Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya hari ni. Dua tiga malam tidur tak lena sebab urusan anak tak settle lagi. Rapat hari tahun ni akhirnya berjaya uruskan dengan mudah. Syukur-syukur. Syukur Ya Allah.
Sebab apa saya happy sangat ni.
Sebab-sebab kat bawah ni la sayang oiiiii.
1. Abang Aqil dah masuk darjah 2, naik kelas dia tahun ni, ada peningkatan yang memberansangkan. Alhamdulillah.
2. Kakak Areefa dapat masuk Prasekolah sama sekolah dengan abang Aqil, dah selesai orentasi dan pendaftaran tadi. Alhamdulillah.
3. Abang Ariq daaapat jugak masuk tadika impian saya, dah selesai daftar jugak tadi, kakak Areefa pun dapat transit kat situ jugak dah settle daftar tadi. Alhamdulillah.
4. Last, Adik Azwar pun berjaya jugak diterima masuk Taska Permata dekaaaat dengan opis saya ni. Senang la nak jenguk nanti. Alhamdulillah.
Itu aje, jgn marah na, saja jer saya ni kan. Hihihii.... ;-)
Selamat datang tahun 2014.
Semoga bertambah tahun ni, bertambah jugak ilmu dan amal saya dan kita-kita semua. In sha Allah.
Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts

31 December 2013
27 December 2013
Hatiku dilukai...
Si isteri merasa bahagia sepanjang perkahwinan mereka. Apa yang isteri inginkan, akan dipenuhi oleh si suami. Ya, apa sahaja, apa sahaja yang diminta isteri. Minta kereta dibeli kereta, minta perabut dibeli perabut, minta beg dan kasut dibeli beg dan kasut. Sungguh bahagia dia rasa kerana suami selalu penuhi keinginannya.
Sehinggalah pada suatu hari isteri menemui diari suaminya. Ditatap satu persatu catatan suami.
Sedih, pilu, malu, kecewa, tidak dapat digambar dengan kata-kata. Betapa hancur dan luluhnya hati isteri bila mengetahui perkara yang sebenarnya.
Yang selama ini, segala permintaannya dipenuhi oleh suami kerana atas rasa bersalah suami kepada isteri.
Dalam catatan tersebut,
Semua kehendak isteri akan sedaya upaya aku penuhi, memang beliau berhak. Kerana itu sahaja yang mampu aku beri. Aku rasa amat bersalah kerana hatiku masih dan sangat mencintai a**. Walau telah lama berkahwin, aku akui isteri seorang yang baik padaku dan anak-anak. Namun hati ini tidak dapat menipu untuk mencintai isteri. Cintaku masih utuh padamu a**, walaupun tidak dapat bersama, namun aku tak dapat melupakanmu. Maafkan ku wahai isteri.
Sejak hari itu isteri mula berubah. Layanannya pada suami tetap sama. Tetapi dia tidak lagi meminta-minta. Sedikit demi sedikit isteri mengumpul wang sehingga dapat beli motosikal untuk kegunaannya. Segala yang diberi oleh suami tidak diusik dan dipakai. Semua urusan menghantar anak ke sekolah pergi ke kedai, isteri bawa motornya sendiri. Sehinggalah suami perasan akan perubahannya dan menegur, kenapa tak pakai kereta. Tak apa, saya dah ada motor, bawa motor lagi senang.
Sedangkan hatinya begitu sebak menahan sedih, terasa diri menjadi beban dan menyusahkan suami kerana terlalu meminta-minta dahulu. Dia rasa suami begitu baik, walau tidak mencintainya, tetapi masih baik melayannya. Biar la dia belajar berdikari, andai suatu hari suami tidak mahukannya lagi, dia sudah bersedia.
Sehingga satu masa suami jatuh sakit dan terlantar tak dapat bangun. Isteri melayan dan menjaga dengan taat. Tanpa mengeluh dan mengelat sehinggalah suami sembuh. Hati isteri, biarpun tahu suami tidak cinta akannya namun tanggungjawab sebagai isteri sedaya upaya akan dilaksanakan dengan baik dan walau hatinya hancur suami tetap diutamakan. Suami seakan tersedar bahawa susah senang tiada siapa lagi yang boleh diharap selain isteri sendiri, isterinya memang seorang wanita yang baik, rasa berdosa kerana selama ini dia tidak ikhlas menerima isteri dalam hidupnya. Dari hari itu dia cuba mencintai isterinya dan cuba mengikis rasa cinta pada bekas kekasihnya itu.
p/s;-
Ada bakat tak saya menulis. he he he. Tetiba jer rasa nak mengarang cerita. org lain sibuk update azam tahun baru, persiapan sekolah anak, awak pulak duk melayan emosi. ;-)
Ok, sebenarnya inti cerita tu saya dapat dari kelas ustazah suraya. Tapi saya olah jadi karangan pendek. Terasa pulak nak bercerita kat sini.
Masa dengar cerita ni, saya terfikir, boleh ke saya hidup dalam situasi mcm tu. Terang2 suami dah mengaku cintakan orang lain tapi boleh bersabar dan buat macam tak de apa2. Huh! kuat betul dia ya. Kalau sayaaaaa laaaaaaaaaaaa. Opsss...
Pandangan saya, jodoh yang Allah dah tetapkan pada kita ada rahsianya. Kita rasa pasangan kita tak sempurna dan tak macam kita inginkan, tetapi bila tiba masanya, mata dan hati kita akan terbuka bahawa sebenarnya pasangan kita itu lah yang terbaik buat kita. Macam la kita ni sempurna sangat kan. Hargai pasangan kita selayaknya, cuba bina cinta dan bahagia dalam rumahtangga BERSAMA-SAMA, bukan sebelah pihak sahaja. In sha Allah, ada jalannya.
Bila tengok cerita ni, suami dan isteri diuji Allah sebelum dapat cinta dalam rumahtangga. Suami baru tersedar bila diuji sakit, dan isteri baru tersedar peranan isteri (jgn terlalu meminta-minta pada suami sehingga membebankan suami) bila diuji terjumpanya diari suami. Jadi konklusinya, alam rumahtangga banyak onak dan duri. Allah Maha Adil.
Sekian.
~Tiada makna rumahtangga jika tiada rasa cinta dan tiada rasa bahagia jika tiada kerjasama dalam rumahtangga~
ehhh, ada lagi, ada dua lagi cerita yang ustazah kongsi. nnti saya tulis eh, tp tak tau la bila pulak rajinya tu. uhuk! ;-)
Label:
apa-apa aje
16 May 2013
Celoteh Petang
Petang ni ada ngantuk sangat la. Meh saya celoteh sikit.
Saya: Hujan lebat la kak, tak leh nak gi ni.
Kakak opis: Ha'a, baru jer lebat ni.
Saya: Itu la payung tak bawak pulak ari ni. Dah lama ker akak tunggu.
Kakak opis: Ada la 15 minit dah.
Saya: Biasa tengok akak jalan pergi belah sana, akak tunggu suami kat mana?
Kakak opis: Kat depan sana tu, senang, dia tak yah nak pusing. Emmm... biasa la "orang dah lama kahwin dikk".
Saya: Eheheheee....(tak berapa nak faham lagi).
Kakak opis: Masa akak baru2 kahwin, hari2 suami mai ambik kat opis. Biasa dia ambik kat koperasi nu. Satu hari tu macam biasa la akak tunggu kat koperasi, suami akak tepon, "meh datang sini la, susah nak pusing kat sana tu". Hah pulak dah, berlari la akak pegi sana tempat dia tunggu tu.
Saya: Jauh gak tu kak.
Kakak opis: Ye la. Time hujan macam ni jer dia ambik kat depan opis ni. Itu orang kata "dah lama kahwin". :-)
Saya: (errr... sama macam aku gak la ni). Hehehehee.... ye la kak kan, sama la saya pun.
Baru kahwin: yang susah, jadi senang.
Dah lama kahwin: yang susah, tak kuasa nak layan dah.
p/s: Betul tak korang. ;-)
Label:
apa-apa aje
15 May 2013
Projek yang tertangguh semalam.
As-salam,
Lamanya saya tak coretkan sesuatu kat sini. Rindu, tapi masa tak mengizinkan. ;-)
Ok berbalik pada tajuk, semua dah maklum kan, esok adalah Hari Guru. Maka anak-anak saya dah bertanya nak bagi apa kat cikgu.
Ting! Tong!, apa nak bagi ek. Hadiah hari guru mestilah praktikal, dan mestilah bagi cikgu rasa terharu bila dah bukak pembalut tu , waahhh..... (hehehe... andaian saya jer, tapi kalo saya, bila terima hadiah mesti rasa eksaited nak bukak dan bila tengok hadiahnya best mesti rasa terharu, huhuhuhuu). Apa2 bentuk rupa hadiah tak penting kan, yang penting kita ikhlas nak bagi kat cikgu sebagai tanda terima kasih sebab mendidik anak kita dengan baik dan ikhlas ;-)
Projek yang tertanguh kat atas tu ialah proses nak balut hadiah untuk cikgu2 anak2 saya. 3 orang anak saya berlainan tempat, maka cikgu2 nye pun ramai lah. Kesemua hadiah yang nak kena balut 15 hadiah. Huhuhuhuuu...... berpeluh saya. Nak menyorok dalam bilik, pasti diorang tau nye bila dah tau saya takder kat luar tu. Bila dah semua masuk bilik, yang tu nak pegang ni yang tu nak tengok tu. Bila masa la nak siap ni. Nak letak dalam paper beg tak nak (padahal nak jimat kos, hehehe). Maka malam ni lewat tido la saya nampaknya nak membalut hadiah2 ni.
Apa yang saya nak bagi tu,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bagi semua yang berstatus guru Selamat Hari Guru saya ucapkan, "Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa anda dan semoga cikgu-cikgu ikhlas menjadi pendidik dan menjadi pendidik yang baik. Insha Allah".

Ini pilihan saya untuk cikgu tahun ni. Bagi saya benda ni sesuai untuk cikgu letak apa2 hiasan dan bila letak kat meja nampak menarik (bagi saya la, hihihii). Nampak macam hadiah kahwin kan. :-) Semua cikgu anak saya perempuan, sebab tu saya pilih hadiah ni. Saya masukkan juga nota kecil ucapan untuk cikgunya.
Nak balut jadi macam ni yang mencabar keimanan nya tu. Padahal balut simple saje. Baru satu siap. Si abahnya menjeling saje, bila nak siap kalo macam ni kan. ;-)
Bagi semua yang berstatus guru Selamat Hari Guru saya ucapkan, "Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa anda dan semoga cikgu-cikgu ikhlas menjadi pendidik dan menjadi pendidik yang baik. Insha Allah".
Label:
apa-apa aje
17 April 2013
SMART KIDS '13
Terbelek dalam paper hari ni.
Nampak menarik.
Napa la sebelum2 ni saya tak pernah tau ye, atau mungkin sejak anak dah masuk sekolah ni selera ekspo saya dah berubah dah. ehek. :-)
Nak tau lebih lanjut boleh klik sini.
Daftar untuk masuk percuma dah tutup dah. Rugi eh.
Jom gi ramai2.
Label:
apa-apa aje
GEMUK!
As-salam,
"Akak ada isi lagi ker".
"Wah, sihatnya sekarang".
"Gemuknya awok sekarang ni".
"Tengok belakang tak cam dah".
"Makan lalu yer sekarang ni".
"Dah berapa bulan dah".
"Bila nak diet ni".
Glup.............
Hodoh sangat kot bila saya gemuk ni. Terasa tu memang la ada. Tapi saya lalikan aje. Tapi bila ramai sangat yang dah menegur sekarang ni, malu la weh. Tak boleh ker saya gemuk. Gemuk sangat ker saya ni. Saya tengok orang lain gemuk ok jer. Wah, takut pulak taip GEMUK ni banyak kali.
Ker orang gemuk ni pernah melalui fasa2 macam saya ni. Huhuhuuuu......
*tak huduh gano, mula2 kerja bera 48kg, sekarang 65kg. tak ker haruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

12 April 2013
Pertama kali menang GA
As-salam,
Sunyinya blog saya ni.
Dah tak der idea ker tuan punya blog.
Tuan punya blog jawab, draf ada dalam 3, 4, 5 tuuu, nak publish tu tak tau la masa mane. alasan! ;-)
Kali ni nak citer pasal saya menang GA. Pertama kali join GA terus meeenaaaang. Suka!
Saya join GA Suka Hati dari Mama Alya, nama GA pun suka hati kan, jadi saya pun suka-suka jer la join GA tu, tak sangka adik alya cabut nama saya, maka dapat saya hadiah tersebut.

Mana satu yang jadi milik saya yer.
Oh, hitam itu menawan. :-)
Dah selamat jadi hak milik kakak effa pun.
Itu je nak citer.
Senyuuuummm.
Label:
apa-apa aje
03 April 2013
Marilah mari, mari mengundi .....
As-Salam,
Tak sabar nak balik kampung weh (padahal baru jer balik cuti sekolah ari tu). Balik kali ni meriah la bendera kat tepi2 jalan tu. Tentu seronok on the way balik kampung nanti. :-)
Ni kali kedua saya buang undi, sepatutnya kali ketiga, tapi masa ngundi tahun 2008 saya ngan suami duk kuching tak dapat nak balik. Rasa eksaited pulak nak ngundi kali ni. hihihihi....
Sedikit info ringkas:
Selepas Perlimen dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 untuk membentuk kerajaan baru. SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Kini kita ditadbir kerajaan sementara (bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini).
Untuk mereka yang nak mengundi nanti, hati2, jangan sampai jadi undi rosak ye.

21 March 2013
Terganggu sikit
Salam semua,

Petang semalam saya dapat berita yang agak mengganggu fikiran saya. Rasa sedih ada. Rasa malu pun ada. Terfikir2, napa saya susah nak dapat yang saya nak tu. Bila target saya dah ke arah tu, ada jer halangannya. Buntu rasa. Kadang2 rasa macam nak mengalah je, tapi saya tak boleh duk lama2 macam ni. Tak boleh. Kesian pulak rasa diri ini. uhuk uhuk.....
~ Begini la nasib diri ku yang malang oh Tuhannnnn...... ~
Takpe.
Allah yang bagi rezeki kat kita, bukan manusia yang bagi rezeki kat kita. Manusia tu perantaraan saja, kalo Allah dah janji itu hak kita, in sha Allah akan tiba jugak masanya nanti. Amin. (ayat nak sedapkan hati sendiri ni)
Tapi,
Kalo yang kita berharap sangat tu tak dapat2. Kena la terima. Allah dah aturkan semua benda dalam hidup kita. Kena kuat sabar dan redha dengan qada' dan qadar. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. (uhuhuhuuu.... sedih balik)
Macam mana ni. Pening weh.
Nak letak gambar anak lah, kalo macam tu. ;-)
Gambar baru dapat daripada taska,

abang aqil, seriusnye kamu.
wah, kakak areefa, terlebih senyum nampak.
abang ariq pulak kontrol senyum ek.
baby azwar gak yang comel, yey.
hai, puji anak sendiri pulak.
ni sedih ke tak sedih ni.
;-))
Label:
apa-apa aje
27 February 2013
Sekarang dah tak der UPSR (KBSR), guna sistem Band (KSSR) pulak.
Salam semua,
Masa hari orientasi tahun 1 awal2 tahun baru ni, agak pening kepala bila guru besar duk sebut pasal KSSR, apa benda la KSSR ni. Yang saya tahu KBSR jer, tup2 sekarang ni KSSR pulak. Maklum la anak2 tak sekolah lagi sebelum ni, memang tak ambik tau langsung pasal sistem2 sekolah. Masa cuti sekolah ari tu duk sibuk beli keperluan sekolah anak je, sampai lupa ambik tau pasal sistem sekolah sekarang. Cuma penah la dengar UPSR dah tak der dah, tapi tak ambik tahu pun. Bila anak dah masuk sekolah ni, hari2 duk tengok buku2 dia, sembang2 ngan biras (cikgu) pasal sistem sekolah rendah sekarang, baru la paham sikit apa KSSR. Nak kata faham sangat tu tidak la (biras saya kata cikgu2 pun masih separuh tahu sistem baru ni, :-), saya cuma nak berkongsi sikit kat sini apa yang saya tau pasal KSSR (berdasarkan pemahaman saya, ringkas2 sudah).
KSSR ialah singkatan dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah, menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sistem ni mula di guna pakai pada tahun 2011 (kira masih baru sangat lagi). Jadi murid tahun 1 bermula tahun 2011 dah guna sistem ni. Dalam sistem baru ni, format UPSR digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya murid akan dinilai dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Apa yang saya tahu, budak2 dah tak der buku rekod dah, setiap murid akan ada fail peribadi, segala rekod prestasi pelajaran dan aktiviti lain dimasukkan dalam rekod peribadi murid dan akan di bawa dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Ibubapa juga akan diberi satu pautan web untuk semak rekod prestasi anak2 kita. Periksa besar macam UPSR dah dihapuskan, cuma ada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dan ujian2 lain. Perbezaan jelas 2 sistem ni ialah sistem penilaian yang digunakan. Masa KBSR sistem penilaian guna ABC dan murid dapat nombor dalam kelas, tapi sistem penilaian KSSR pulak guna penilaian BAND. Masa KBSR ada 3M, KSSR pulak ada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Biras saya kata untuk murid darjah 1, dapat band 4 dah kira bagus sangat dah.
Band 1 - Tahu
Band 2 - Tahu dan Faham
Band 3 - Tahu, Faham, Boleh Buat
Band 4 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap
Band 5 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap Terpuji
Band 6 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap Mithali
Nak tahu lebih lanjut boleh klik web KSSR atau web KPM.
Web Lembaga Peperiksaan (boleh terus rujuk contoh rekod perkembangan murid - m/s 45&46, kerangka standard prestasi - m/s57&58).
Itu aje ringkasan yang saya tau pasal KSSR dan PBS ni. Saya nak cerita panjang pun takut salah ulas pulak yer :-)
Sejak anak dah sekolah ni saya lebih ambik tau pasal sistem sekolah sekarang. Belek2 buku tahun 1 memang tinggi silibus dia. Sungguh jauh berbeza masa zaman saya sekolah dulu. Masa dulu tahun 1 masih lagi cikgu ajar abc, jawi, baru belajar membaca, mengira. Sekarang ni, naik tahun 1 budak2 kena pandai atau lebih tepat mesti boleh membaca dan mengira dan juga pandai jawi. Kena jugak tahu basic english dan arab (sekarang budak tahun 1 dah belajar subjek arab, zaman dulu sapa masuk sekolah agama jer belajar arab). Sekarang ada ni ada subjek Dunia Sains dan Teknologi (zaman saya dulu Kajian Tempatan tak salah la, oh, lupa pulak), subjek Pendidikan Seni dan Visual, dan Pendidikan Jasmani.
Kat sekolah abang aqil, ibubapa kena pilih satu subjek sama ada Bahasa Arab atau Bahasa Cina untuk subjek tambahan. Saya tengok buku Bahasa Arab/Cina tak ada tulisan rumi sepatah pun. Sama jugak subjek Pendidikan Islam, buku dia semuanya tulis jawi. Bayangkan tahun 1 dah kena pandai baca jawi. Agak terkejut bagi saya yang tak pernah ambik tau langsung pasal sistem sekolah sekarang. Terfikir jugak, tak pening ker anak2 kita ek. Tapi tengok budak2 ni balik dari sekolah happy jer. Tanya kat sekolah ok ker? Ok memanjang.
Pendapat saya, sistem KSSR ni masih baru lagi, kalo ada benda yang kita tak puas hati atau tak faham tu terus jer berhubung dengan guru kelas dia (kena simpan no. hp cikgu kelas). Budak2 pun tak boleh nak ponteng2 sekolah sebab segala aktiviti, cikgu akan rekod dan simpan dalam fail peribadi dan di bawa hingga ke tahun 6 nanti. Kalo tak datang sekolah sebab sakit kena mintak mc ngan doktor, suruh anak bagi kat cikgu untuk rekod (ingatkan org kerja jer ada mc, budak sekolah pun boleh mintak mc jugak). Kalo tak pergi sekolah ada sebab2 tertentu kena telefon cikgu maklumkan.
Haa, baru sorang anak yang sekolah kelam kabut jugak rasanya. Tahun depan areefa ngan ariq nak antar tadika kat SRA abang aqil (kat situ ada tadika untuk 5 dan 6 tahun), macam mana la agaknya bila tiga2 sekolah nanti, fuhhh, berdebar pulak).
Itu belum survey pasal Sekolah Rendah Agama lagi. Rasanya tak der perubahan kot, tapi SRA ada UPSRA, sekolah rendah kebangsaan dah tak der UPSR. Macam mana pulak tu ye.
*Tiap2 hari terfikir nak buat jadual belajar abang aqil, sampai la ni tak buat2 lagi. :-)

15 January 2013
3 Perkara - 2012
Disebabkan tahun 2012 saya sepi tanpa berita, 3 perkara ini memberi perubahan besar kepada saya sepanjang tahun lepas. kena la masukkan dlm blog untuk kenang-kenangan. ;)
Pertama
Semestinya yang paling menggembirakan ialah kelahiran anak saya yg keempat, syukur sgt sbb dapat melalui proses mengandung dan bersalin dengan jayanya. cumaaaaaaaaaa, ada jugak cuma tu, heheh.... alahan teruk masa minggu pertama amat memeritkan saya, sbb tiga anak yg sblm ni saya tak ada alahan yang teruk, setakat muntah2 biasa saja. yg keempat ni, alahannya saya tak boleh makan langsung, makan muntah, makan muntah, sampai nak bangun pun tak larat, badan lemah-selemahnya. banyak jugak solat yang kena khada. Ya Allah ampunilah dosa aku. :( bila muntah baru ada tenaga sikit, pas tu layu balik, dua bulan jugak keadaan mcm tu, datang kerja pun selepek jer kat meja, gagah jugak gi klinik ambik mc sbb tak tahan sgt, pas tu tido jer kat surau. menangis-nangis depan doktor, sampai bila keadaan saya mcm ni doktorrr. heheheh.... lucu pulak bila ingat balik, biras saya cakap alahan mcm tu bagi dia biasa2 saje, tak kuat mana pun, dia lagi la, siap muntah darah, mata pun pecah darah. huhuhuhuu,,, takut saya dengar. last2 saya jumpa ubat yg blh kawal alahan saya tu, gi klinik idzham dia bagi inject kat bahu, wah, terus tak muntah2 lagi dah, doktor kata ubat tu blh tahan 2 or 3 hari, tapi sejak cucuk tu, badan tarus jadi sihat, dan saya dapat melalui proses hamil dengan gembiranya. hheheheh..... yang tak tahannya, banyak2 klinik yang saya jejak, klinik idzham yang last saya pergi, huhuhuhuuuuuu..... Allah Maha Mengetahui. :)
Kedua
Adik saya dah kahwin. kira lewat gak la dia kahwin, umur 27, dah lama mencari last2 dapat kawan sekerja. mulanya, hujung tahun 2011 dia tunang ngan org senegeri, tetap tarikh kahwin raya cina 2012, tup2, dapat msg dr dia tak jadi kahwin, apalagi kecoh la dua2 belah pihak. malu weiii tetiba putus tunang ni, masa tu mmg banyak dugaan la. sabar, sabar, sabar jer yang blh buat masa tu. tuan punya badan dah bagi kata putus, kena la terima. tak blh buat apa2 dah. jenuh gaya, pujuk rayu, tetap ngan keputusan dia. apa masalah sebenarnya kitorg pun tak tau, dia tak nak cakap. duduk sbln dua tetiba cakap nak kahwin pulak. apa lagi laaaa..... dia ni. takut pulak kitorg. bln 5 tapi tarih lain, adik saya selamat kahwin ngan org lain, dan extunang dia jugak dah selamat kahwin ngan org lain. Alhamdulillah. dua2 dah jumpa jodoh yang sesuai. kuasa Allah, apa saja blh berlaku. yg saya rasa ralat sgt tu, sbb saya yg kenenkan diorg. serik weh, tobat tak nak dah kenen2 kan org, sekali jadi mcm ni, haruuuuu sgt. serik! adik saya kahwin ngan org johor, 1st time saya pergi johor, masa tu kandungan dah masuk 7 bln. perut saya jenis besar, kalo org tengok kata perut saya tu dah tunggu bulan dah, pergi tak pergi, pergi tak pergi. memandangkan adik yg kahwin, harus la pergi jugak. jauh sungguh johor ni, letih tok leh nak cakap bila sampai sana, mungkin sbb tgh mengandung kot. yg best kat situ homestay yg kami duduk sungguh selesa. masa sampai tu tengok rumah yg besar, serba lengkap, hilang terus rasa penat. :)
Ketiga
Adik perempuan saya dah tak duduk kat kl dah. sedih wei. selama duk kl ni, dia la tempat saya gebang2, ronda2, manja2. ye la kan. adik sendiri sesuka hati la nak buat lagu mana pun. ajak gi mana2, on, minta tolong jaga anak, on, tengah sedih giler, on. sekarang saya keseorangan. ehh, tak la keseorangan, ajak suami pun blh jugak, tapi susah sikit la kan, tak leh nak shoping lama2, kalo ngan perempuan dari pagi sampai mlm pun bolehhhh. :) melampau la tu! adik saya ni dah lama kat kl, sejak poli kat shah alam, terus kerja kat sri damansara, pastu kat sungai buloh. 11 tahun gak la. skang dia dapat pindah kat ppd jeli. seronok la dia balik kg. ajak saya pindah kelate jugak, boring la tu. heeee... selalu call dia, bila nak turun kl, bila nak turun kl. :)
3 perkara ni banyak beri kesan kat saya sepanjang thn lepas. manis, pahit, sedih, gembira, suka, duka. semuanya bermakna. semoga diri saya dan orang2 di sekeliling saya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini untuk tahun2 yang mendatang. Insha Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. daaaaaah ;)

Lahir 29 julai, berat 2.71 kg

Tengok la saya, gemuk sgt weh.

Cik irah
3 perkara ni banyak beri kesan kat saya sepanjang thn lepas. manis, pahit, sedih, gembira, suka, duka. semuanya bermakna. semoga diri saya dan orang2 di sekeliling saya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini untuk tahun2 yang mendatang. Insha Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. daaaaaah ;)
Tak sah kalo tak letak gambar anak kan, :)
Label:
anak,
apa-apa aje
09 January 2013
Selamat tinggal 2012, Selamat datang 2013
Bismillah hirrahma nirrahim.
Baru rasa ada keinginan berblog semula. heheh.
Tahun 2012 banyak perkara yang berlaku. Yang baik-baik alhamdulillah, syukur. Yang tak molek ambil pengajaran.
Tahun 2013 insha Allah semoga diberi kemudahan oleh Allah untuk tingkatkan lagi usaha ke arah kebaikan untuk saham akhirat.
Alamak, kenapa tak blh masukkan gambar pulak ni. huhuhuuu....

16 November 2011
Masih begini
Oh, kesiannya kat blog saya ni. tak der entry baru lansung. tu la, org ada blog, ko nak ada blog. huhuhuhuuu....
hati saya masih tak stabil. susah nak cakap. apa2 yg saya buat rasa tak happy jer. tengok blog org hilang sikit tension ni. nak update blog sendiri rasa berat. tak tau sampai bila berterusan.
saja nak luah sikit2 kat blog ni perasaan saya masa dan ketika ni. kot2 nnti bila bahagia datang semula, belek tarikh, bln, thn saya buat entry ni, akan ingatkan kenangan pahit yg pernah berlaku kat saya dan akan saya kenang sampai bila2.
setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi di dalamnya. ;)

21 September 2011
Buat apa kat PUDU??????
Ni ha, temankan kawan beli barang2 utk jamuan raya jabatan jumaat niiii.
sapa yg tak kenal pudu kan, terkenal dikalangan peniaga. kita yg tak beniaga pun blh beli gak, tapi kena beli banyak2 la, kalo nak beli sikit2 tu harga ok lg, masih murah dari kedai2 kat tempat kita, tapi tak blh banyak kurang la. adoyaaaiiii. situ memang manyak mulah woo, terpegun sekejapan sbb baru first time pegi n kenal tempat tu. terikut dialog johan lak sbb tengok edisi khas smalam. hehehehe.....
ok la, mesti tertunggu-tunggu nak tengok gambar kan. saya pergi sana tumpu kat tempat jual pinggan polistrin jer. keluar pun dlm waktu pejabat kan, haruslah kena cepat2. cerita pun kena cepat2. ok. heheh...

Pudu yang 'indah'. huhuhhuuu....
ni la kedai yg kawan saya pegi, mula2 pegi kedai yg besar yg pada mata kasar banyak barang, tapi tu la indah khabar dari rupa, harga ok la tapi tak blh nak kurang langsung, dah la nak tak nak jer layan kita, mcm la kita ni ambik barang free, terus pegi tempat ni, lagi best sbb barangnya sama jer, tapi harga mmg terbaik!
"apek nak mangkuk ni 1300 yer".
kedainya sempit jer, tapi nak yg jenis mana mesti ada punya laaa.
antara barang yg ada kat kedai tu.
ni la barang yg dicari.
yg nak kenal pasar pudu
juga pasar pudu
yg menarik perhatian saya. siap ada jual mainan kereta kontrol dlm van lagi, tokeynya tak kuasa nak sewa kedai bagai ker, atau barang tu yg haram ker, atau mmg kat pudu pesen jual mcm ni ker. kenapa eik???
yg saya tau mamak jual rojak tepi jln biasa la bukak kedai dlm van ni. kan kan.
lagi tempat menarik di situ. bagi penggemar bela ikan akuarium. mesti tau tempat ni kan. wahh suka sgt tengok ikan2 kat sini, murah gilerrrr.
yg dah siap bungkus.
6 ringgit ada 7 ringgit ada, macam2 harga. siap blh mintak kurang lagi. bukan sekor jer dlm tu, banyak ekor. mcm2 jenis. jenis2 ikan? errrr saya tak kenal ikan2 bela ni, suami jer yg suka beli. saya suka tengok jer :)
ikan gapi, 7 ringgit, 10 ekor. kakak pejabat yg punya. tak senonoh betul tukang ambik gambar ni ek (saya la tu), tak menyempat buang ker plaktik kat belakang tu. huhuhuhuu....
ikan sepat, pun kakak pejabat yg punya ;)
5 ringgit, 5 ekor.
haaaaa............
yg ni baru saya punya. hajat dihati nak buat dadih ujung minggu ni. heheheheh....
100 bekas = 10 ringgit. sudu kecik, 50 batang = RM1.50
murah tak murah tak. murah kan. ;))
itu saja laporan saya utk kali ni.
:)
Label:
apa-apa aje
26 August 2011
Dah kat kampung
Ari ni keje setengah hari, btolak dr rumah kul 2, sampai kg kul 9 mlm.
Alhamdulillah, selamat sampai.
Hepi ok. :)
Alhamdulillah, selamat sampai.
Hepi ok. :)
Label:
apa-apa aje
11 August 2011
Boring
alaaahaiii...
tak sabarnya nak balik kg. terbayang2 kat mata makanan kegemaran saya.
yg saya suka bln2 puasa ni .......

setiap kali balik kg wajib cari la makanan2 ni. kat sini susah sgt nak jumpa. em, tak penah jumpa pun. atau mungkin ada kat kl, emh tak kuasa eh nak pi jelajah semua param kat kl ni. tunggu balik kg jo la.

sotong sumbat
(gambar dari blog ceria resipi)
terasa nyaman hirup kuah dia tu. :)
kerabu perut
(dari blog jintan manis)
terasa masam2 limau nipis, pedas cili dan rangup kacang panjang, wah sedap. hehehee...
gulai kawah
(dari blog kaknah)
siap berasap lagi tuh.

pecal
(dari kak hanieliza)
teliur nyooo la tengok gambar ni. :)
manisan buah bidara (gambar cari kat google)
nak cari buah bidara yg dibuat manisan. tak de la pulak kat google ngan yahoo ni. org kelantan mesti tau manisan ni key. rasa mmg manis, tp saya suka, mungkin sbb hanya ada pada bln puasa jer kot.
setiap kali balik kg wajib cari la makanan2 ni. kat sini susah sgt nak jumpa. em, tak penah jumpa pun. atau mungkin ada kat kl, emh tak kuasa eh nak pi jelajah semua param kat kl ni. tunggu balik kg jo la.
Label:
apa-apa aje
15 July 2011
Kalori oh kalori
Smalam saya hadir ceramah Pengurusan Berat Badan: Ada Apa Dengan Kalori?.
mmg sangat bermanafaat kepada saya yg tengah usaha kuruskan badan ni. puan penceramahnya dr jab. kesihatan wilayah persekutuan. kecik comel jer puan tu. nnti ada masa saya taip apa yg saya dapat dlm ceramah semalam tu.

gift yg saya dapat.
itu la bmi saya sekarang. huhuhuuu... sungguh sadis.
nak pegi upsi jap lg ni. che abe kita nak konvo 27hb ni. ;)
Label:
apa-apa aje
05 July 2011
Aku? Masih menunggu..........
Smalam, dapat berita gembira dari mak,
Tahniah mak dapat jawatan tu, bangga lak rasa bila mak ada jawatan kat kg aku tu. bestnya mak.
Ari ni, baru tadi, pun dapat berita gembira adik ipar. dia berjaya dlm interview ngan TM tp tak tau posting kat mana lg, kena gi training dulu. wah bagus ko dik. bangga gak ada sedara kerja ngan TM.
Aku?
Bila lak giliran aku yer. tak sabar nak tau, tapi dlm hati Tuhan saja yg tau. berdebar-debar.
Akan tiba jugak masanya. Tunggu jer la.
Doa, doa, doa.

Anak-anakku, doakan mak berjaya yer. :)
Wajah tiga beradik yg ceria.
kalo time gaduh, ya ampun, maunya jadi singa aku. :)
tapi kalo diorg tak bising tak best lak.
cuba kalo demam sorang, tak ceria jd rumah tu.
biar la depa nak bising ka, nak ngada2 ka.
bila diorg dah besar nnti, tak dak dah perangai ngada2.
mesti kita mak pak ni rindu time hinggar bingar tu.
semoga anak2 mak jadi anak yg soleh dan solehah.
Label:
apa-apa aje
04 July 2011
Warna warni kehidupan di pejabat
Ambik mood kerja dihari isnin. huhuhuuuu....
Warna warni kehidupan di pejabat
-Ada lelaki
- Ada yg pura2 rajin
- Ada yg pengampu
- Ada yg main games
- Ada yg suka marah²
- Ada yg suka gosip
- Ada yg suka merosakkan harta pejabat
ulang alik ambil minuman
- Ada pujian
-Ada yg ceria
-Tp katanya "We're a team"
-So be fun
APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JGN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.........
*kat atas ni juga dicopy dari emel. :)
Label:
apa-apa aje
Subscribe to:
Posts (Atom)