Salam semua,
Baru jer dapat call dari suami tadi. Dia bagitau, "abang kena gi kursus kat Kedah ni. Boleh ker urus anak2 nanti".
Nak buat macam mana jawab saya. Nak tak nak abang kena gi jugak, kan.
Isnin dan Selasa depan dia kena pergi kursus kat Alor Star. Huhuhuuu.....
Dah la pagi tadi hati saya ada sedikit terusik (ni pun masih bebekas lagi), tup, tup dapat pulak berita ni.
Bukan tak bagi suami pergi kursus, boleh ajer dia pergi, "Saya yang menurut perintah", redha jer la.
Tapi ada sedikit geram pada geng unit dia. 3 orang dalam unit dia, 2 perempuan dan dia sorang lelaki (ketua unit). Kalo bab kena pergi kursus selalu jer tolak kat suami saya. Kali ni pun, diorang tak nak pergi jugak. Padahal suami baru jer gi kursus bulan 2 ari tu. Sorang perempuan tak boleh pergi sebab ada kursus lain, ok boleh diterima. Sorang perempuan lagi awal2 tolak, alasannya anak nak sekolah, tak der orang nak uruskan (suaminya ada, anak pula 2 orang dan dah bersekolah). Amboi-amboiiii, alasan. Kalo macam tu kami pun ada anak yang bersekolah juga, 4 orang anak, ada baby lagi. Alasan yang dia bagi nak ngelak pergi kursus adalah tidak munasabah (bagi saya). Apa2 pun staf lelaki jugak yang selalu jadi mangsa.
Sebenarnya dah lama saya duk perati kawan unit dia ni. Selalu ambil kesempatan pada suami. Bukan bab kursus aje. Bab pilih jadual, lantik jawatan, cop cuti, urus program, dan macam2 lagi la. Suami saya jer la yang terpaksa mengalah. Sebelum ni saya ok jer, bagi jugak galakan, "nanti abang senang naik pangkat". hehehe.... kalo la dapat. Tapi kalo dah asyik suami jer nak kena ngalah, naik angin jugak den. hehehe... suami tak der ape pun isterinya jer yang lebih2. kehkeh kehkeh.
Bulan 2 baru ni dia ada kursus kat kl jer, jadi tak der masalah. Tapi kali ni agak risau sikit sebab tak boleh balik hari. Yang duk saya fikir. Macam mana nak handle 4 org anak ni sorang-sorang, tambah2 belah pagi. Nak mandikan diorang, nak turun naik keta, azwar pulak nak letak macam mana nanti (sebab car seat aqil dulu dah bagi kat adik, konon2nya dah tak nak guna lagi, huhuhuu...). Belah pagi jer yang pening sikit, sebab belah pagi macam2 ragam anak2 saya ni. Hohohohoo... tak boleh nak fikir panjang lagi (poning).
Tapi sebenarnya saya tak risau sangat. Sebab saya yakin Allah akan menolong saya dan semoga Allah permudahkan urusan saya nanti. Tak nak risaukan suami sebenarnya, kesian kat suami tak tenang nak berkursus nanti. Saya yakin saya boleh handle. Allah sentiasa ada bersama kita. In Sha Allah.
p/s: entri saja2 nak luah perasaan, tak marah pun kat kawan unit suami cuma ada sedikit ralat kat alasan dia saja, harap maklum. Ampuni dosaku Ya Allah.
Showing posts with label che abe. Show all posts
Showing posts with label che abe. Show all posts
06 March 2013
05 July 2011
Keperibadian seorang insan bergelar lelaki.....
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan.
Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat.
Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat.
Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian.
Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan
demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga.
Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi.
Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurangkedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan
mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.
Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih
mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
**NOTE : cerita ini adalah untuk dibaca sahaja.... bukan untuk dipercayai 100%
Thank From : Khalid 
*walau dah 5 thn lebih hidup berumahtangga ni, masih tak berapa nak faham ngan laki sendiri. bila baca ertikel ni baru tahu n faham ngan che abe. lepas ni saya tak nak berleter depan che abe lagi. tak baik sungguh perangai saya ni. selalu pikir yang bukan2. bukan apa skang ni kita kena jaga laki kita betul2 kan. mcm2 dugaan kat luar rumah tu. nauzubillah.
semoga rumahtangga saya dirahmati dan dilindungi Allah selalu.
Label:
che abe
18 February 2011
Haiiii nasib.
Dapat call dari che abe. laptop dia kena curi laaaagiiiiiiiiiiiiiii. haaa????? lagi???? dah dua kali!!!!
huh. tak tau nak kata apa dah. apa nak kata pun tak da idea dah.
nak salah kat sapa. nak membebel kat che abe tak dok guna. buat dia panas lg ada la.
berserah, dah takdir. tak de rezeki. nak buat mcm mana. tak leh buat apa. emm....
apa2 pun salah sendiri. tak jaga harta benda leklok. ari tu hilang kat umah. kali ni kat opis pulak.
huh, geram nyeeeeeeeeeeeee.... eiiiii..... mmg nak marah. tapi,
aduhhh.....
geram kat che abe benarnye ni. eeeeeeeeeeeeeeee.......

Subscribe to:
Posts (Atom)