31 December 2013

Selesai sudahhh

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya hari ni. Dua tiga malam tidur tak lena sebab urusan anak tak settle lagi. Rapat hari tahun ni akhirnya berjaya uruskan dengan mudah. Syukur-syukur. Syukur Ya Allah.

Sebab apa saya happy sangat ni.
Sebab-sebab kat bawah ni la sayang oiiiii.


1. Abang Aqil dah masuk darjah 2, naik kelas dia tahun ni, ada peningkatan yang memberansangkan. Alhamdulillah.

2. Kakak Areefa dapat masuk Prasekolah sama sekolah dengan abang Aqil, dah selesai orentasi dan pendaftaran tadi. Alhamdulillah.

3. Abang Ariq daaapat jugak masuk tadika impian saya, dah selesai daftar jugak tadi, kakak Areefa pun dapat transit kat situ jugak dah settle daftar tadi. Alhamdulillah.

4. Last, Adik Azwar pun berjaya jugak diterima masuk Taska Permata dekaaaat dengan opis saya ni. Senang la nak jenguk nanti. Alhamdulillah.


Itu aje, jgn marah na, saja jer saya ni kan. Hihihii.... ;-)


Selamat datang tahun 2014.
Semoga bertambah tahun ni, bertambah jugak ilmu dan amal saya dan kita-kita semua. In sha Allah.






27 December 2013

Hatiku dilukai...


Si isteri merasa bahagia sepanjang perkahwinan mereka. Apa yang isteri inginkan, akan dipenuhi oleh si suami. Ya, apa sahaja, apa sahaja yang diminta isteri. Minta kereta dibeli kereta, minta perabut dibeli perabut, minta beg dan kasut dibeli beg dan kasut. Sungguh bahagia dia rasa kerana suami selalu penuhi keinginannya.

Sehinggalah pada suatu hari isteri menemui diari suaminya. Ditatap satu persatu catatan suami.
Sedih, pilu, malu, kecewa, tidak dapat digambar dengan kata-kata. Betapa hancur dan luluhnya hati isteri bila mengetahui perkara yang sebenarnya.


Yang selama ini, segala permintaannya dipenuhi oleh suami kerana atas rasa bersalah suami kepada isteri.
Dalam catatan tersebut,

Semua kehendak isteri akan sedaya upaya aku penuhi, memang beliau berhak. Kerana itu sahaja yang mampu aku beri. Aku rasa amat bersalah kerana hatiku masih dan sangat mencintai a**. Walau telah lama berkahwin, aku akui isteri seorang yang baik padaku dan anak-anak. Namun hati ini tidak dapat menipu untuk mencintai isteri. Cintaku masih utuh padamu a**, walaupun tidak dapat bersama, namun aku tak dapat melupakanmu. Maafkan ku wahai isteri.

Sejak hari itu isteri mula berubah. Layanannya pada suami tetap sama. Tetapi dia tidak lagi meminta-minta. Sedikit demi sedikit isteri mengumpul wang sehingga dapat beli motosikal untuk kegunaannya. Segala yang diberi oleh suami tidak diusik dan dipakai. Semua urusan menghantar anak ke sekolah pergi ke kedai, isteri bawa motornya sendiri. Sehinggalah suami perasan akan perubahannya dan menegur, kenapa tak pakai kereta. Tak apa, saya dah ada motor, bawa motor lagi senang.
Sedangkan hatinya begitu sebak menahan sedih, terasa diri menjadi beban dan menyusahkan suami kerana terlalu meminta-minta dahulu. Dia rasa suami begitu baik, walau tidak mencintainya, tetapi masih baik melayannya. Biar la dia belajar berdikari, andai suatu hari suami tidak mahukannya lagi, dia sudah bersedia.

Sehingga satu masa suami jatuh sakit dan terlantar tak dapat bangun. Isteri melayan dan menjaga dengan taat. Tanpa mengeluh dan mengelat sehinggalah suami sembuh. Hati isteri, biarpun tahu suami tidak cinta akannya namun tanggungjawab sebagai isteri sedaya upaya akan dilaksanakan dengan baik dan walau hatinya hancur suami tetap diutamakan. Suami seakan tersedar bahawa susah senang tiada siapa lagi yang boleh diharap selain isteri sendiri, isterinya memang seorang wanita yang baik, rasa berdosa kerana selama ini dia tidak ikhlas menerima isteri dalam hidupnya. Dari hari itu dia cuba mencintai isterinya dan cuba mengikis rasa cinta pada bekas kekasihnya itu.





p/s;-
Ada bakat tak saya menulis. he he he. Tetiba jer rasa nak mengarang cerita. org lain sibuk update azam tahun baru, persiapan sekolah anak, awak pulak duk melayan emosi. ;-)
Ok, sebenarnya inti cerita tu saya dapat dari kelas ustazah suraya. Tapi saya olah jadi karangan pendek. Terasa pulak nak bercerita kat sini.
Masa dengar cerita ni, saya terfikir, boleh ke saya hidup dalam situasi mcm tu. Terang2 suami dah mengaku cintakan orang lain tapi boleh bersabar dan buat macam tak de apa2. Huh! kuat betul dia ya. Kalau sayaaaaa laaaaaaaaaaaa. Opsss...

Pandangan saya, jodoh yang Allah dah tetapkan pada kita ada rahsianya. Kita rasa pasangan kita tak sempurna dan tak macam kita inginkan, tetapi bila tiba masanya, mata dan hati kita akan terbuka bahawa sebenarnya pasangan kita itu lah yang terbaik buat kita. Macam la kita ni sempurna sangat kan. Hargai pasangan kita selayaknya, cuba bina cinta dan bahagia dalam rumahtangga BERSAMA-SAMA, bukan sebelah pihak sahaja. In sha Allah, ada jalannya.

Bila tengok cerita ni, suami dan isteri diuji Allah sebelum dapat cinta dalam rumahtangga. Suami baru tersedar bila diuji sakit, dan isteri baru tersedar peranan isteri (jgn terlalu meminta-minta pada suami sehingga membebankan suami) bila diuji terjumpanya diari suami. Jadi konklusinya, alam rumahtangga banyak onak dan duri. Allah Maha Adil.
Sekian.


~Tiada makna rumahtangga jika tiada rasa cinta dan tiada rasa bahagia jika tiada kerjasama dalam rumahtangga~






ehhh, ada lagi, ada dua lagi cerita yang ustazah kongsi. nnti saya tulis eh, tp tak tau la bila pulak rajinya tu. uhuk! ;-)


30 October 2013

Aktiviti/Pembelajaran kat Taska Permata anak saya

As-salam,

Semalam, terjumpa fb taska ariq. Huh ketinggalan keretapi sungguh saya ni, org lain dah berkurun join saya baru tau. Heerrrr.

Tak der cerita nak tulis hari ni, nak kongsi gambar apa ariq belajar kat taska jer. Minta izin yer cikgu. ;-)



Panggil saya Ariq ;-)



Tema: haiwan, ostrich craft



Aktiviti ibu bapa 4 jam



Tema: Pekerjaan luar pejabat, berniaga



Anak-anak di taska permata bersama cikgu hanum dan cikgu akma.



Ariq macam bad mood, tak suka pakai kostum ayam kot. hihi...



Taaaarik cikgu. 



Kawasan permaian 



Belajar buat kek coklat



Main pasir lak



Tema: Restoran



Biskut konfleks pun ada belajar



Tema: Pekerjaan pejabat, bank



Mari beli, saya jual



Buat biskut raya



water play, colour bubble


Sori, gambar kelam kalibut letak tu ha. Banyak lagi aktiviti yang diorang buat/belajar, yang saya letak ni pembelajaran/ aktiviti luar. Lain kali saya kongsi lagi yer. 
Wassalam.



18 October 2013

Diet Atkins

Salam sejahtera,

Saya dah join kelab diet atkins kat fb. Tengok apa akan jadi. Jadi ker tak jadi. Berat sekarang 64kg, tinggi 150cm. Huhuhuuuu, sedih....

Step pertama kita study dulu pasal diet atkins ni dulu. Heh heh...

Dahhh...























Ok acah jer tu. Saya copykan kat sini sikit2 tentang diet atkins.

ATKINS DIET
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap
  11. Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
  12. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  13. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  14. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  15. Sate yg dibeli dikedai kebanyakkannya perap dengan gula!
Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda. (Penting, jgn kurang!)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  • Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  • Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Hati2 dengan makanan dibeli di kedai..kemungkinan besar dimasak dengan gula, seperti tomyam & sup.



Saya pilih diet ni sebab hasil dan kesannya cepat, wah gelojoh bukan main, mcm la senang nak hapuskan lemak2 degil ni :-). Semoga saya istikomah dan tawaduk ikut rule2 dalam diet ni. Tengok macam susah. Tapi tak der jalan mudah kalo nak berjaya. Nak turunkan berat badan kena berkorban. In sha Allah, in sha Allah, in sha Allah. Semoga hati saya kuat.




18 September 2013

Apa nak buat bila orang suka kacau komputer (opis) kita eh.

As-salam,

Hari ni terfikir nak kongsi satu trick yang agak best jugak (bagi saya la). Hehe.

Sebenarnya dah lama saya dalam dilema pasal komputer kat opis saya ni. Nak letak password serba salah sebab ada masa kita cuti orang nak guna fail dalam komputer ni, diorang akan call kita tanya password kita, maka tak der maknanya letak password kalo camtu. Nak bukak komputer tanpa izin buat kerja opis tak der hal, tapi kes saya ni lain. Benda ni dah lama sangat dah, tapi setakat ni tak pernah jadi lagi la komputer rosak, tapi asyik2 berat jer. Nak buat kerja pun leceh. Heheheeee, alasan.

Kisahnya begini. Ada orang luar suka bukak komputer saya untuk main game kat internet. Dah la suka-suka hati install macam-macam kat komputer saya. Install game la dan macam-macam lagi. Berat la komputer saya kalo macam tu. Jadi saya terfikir apa kata saya sekat internet kat komputer saya ni. Pasti orang tu tak nak bukak dah komputer saya sebab dah tak boleh main game. Mungkin juga nak dekat ngan komputer saya pun tak hingin dan nak tengok pun tak hendak sebab internet tak boleh nak connect. Itu sudah bagussss. Lagi la saya suka. Ha ha ha ha. Eh, ini bukan kedekut ye, tau la komputer opis ni bukan harta kita, tapi saya bertanggungjawab di atas komputer ni. Kalo komputer saya corrupt masa ditangan orang tu, tak ker nanya saya ni. Habis la semua kerja2 saya kat dalam tu. Bukannya hari2 kita nak buat back up. Saya jugak yang susah nanti. Daripada berlaku risiko itu, baik saya bertindak cara sendiri. Cari kat internet tak jumpa pulak cara yang senang.

Sebenarnya trick ni simple aje. Saya suka jugak la godek2 komputer ni. Last2 jumpa jugak cara paling senang dan pantas. Sesuai sangat buat kat komputer di opis. Kalo komputer peribadi tu tak tau la blh ker tak. Saya pun tak pandai sangat pasal IT ni, tau suam-suam kuku jer. Tapi kalo orang yang bukak tu dah tau trick ni maka terkantoi la kita kan. Ohhhh, tidak sama sekali. Ada la caranya. ;-)


Cara saya:
1. Pergi kat Control Panel klik,
2. Klik Network and Internet,
3. Klik Network and Sharing Center,
4. Klik Change Adapter Setting (yang ni tengok kat belah kiri),
5. Keluar Local Area Connection klik kanan,
6. Klik Properties,
7. Akan keluar tetingkap kecil,
8. Klik Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4),
9. Akan keluar tetingkap kecil lagi. Kat situ ada nombor-nombor IP address,
10. Yang ni PALING PENTING! jangan usik nombor IP tu, copy paste kat mana-mana tempat yang selamat dan kita sorang jer tau tempat simpan tu.
11. Ok dah simpan nombor-nombor tu. Cara terakhir buang salah satu daripada nombor-nombor berkenaan, suka hati la nak buang nombor yang mana dan klik ok. Siap. Internet dah tak boleh connect. Padan muka. :-P


12. Bila nak sambung internet balik, masukkan nombor yang dah kita buang tadi dan klik ok. Ini la tricknya. Janji orang tu tak tau nombor sebenar IP address kita tu. Kalo dia tau tak der la maknanya trick ni. He heh.


Kalo berani boleh buat, tapi kalo tak berani tak yah buat, nanti kita kena marah pulak ngan orang sistem sebab dah tukar setting. Heheh. Saya buat bila hari Jumaat atau bila saya bercuti jer. Bimbang sebenarnya ada orang kacau komputer saya (pantang saya cuti ada jer orang kacau). Isnin pagi masukkan balik nombor tu dan internet boleh berfungsi macam biasa. Amacam best tak. Kalo tak best pun tak per, cuma berkongsi saje. Ha ha.




21 August 2013

Pecah berkecai!

As-Salam,


Luahan hati di pagi hari (enrty adalah guna bahasa kasar, harap maaf).




Hati aku tengah sakit giler ni.  :-(




Kisahnya,

Sumpah, bukan aku saja2 lewat/ lambat masuk kerja pagi itu. Disebabkan satu hal yang 'penting' (yang tak perlu aku ceritakan secara detail kepada sesapa pun) maka secara tak sengajanya apa yang aku harap terjadi itu tidak terjadi seeloknya. Maka terpaksa la aku tebalkan muka telipon dan mintak tolong. Tak sangka pulak aku kena sembur depan2. Wahhh, sakitttttt jer hati aku ni (sebab tak sangka gila ayat yang keluar dari mulutnya itu). Muka ni rasa panas sejuk panas sejuk dah, sejuk ekon pun tak terasa. Pujuk hati sendiri suruh sabar banyak2. (tapi dah mencebek2 nak nangis dah ngadu kat suami, huuuuuuu).
Astaghfirullah. Terkedu sungguh aku pagi itu. Nak kata salah aku tak boleh jugak, sbb aku pun tak ingin benda ni jadi macam ni. Seboleh-bolehnya aku tak mahu menyusahkan orang dan tak nak mintak tolong orang. Prinsip aku, dah itu kerja kita, kena setel sendiri la kan. Tapi pagi itu memang berlaku perkara yang tak dijangka dek akalku. Maka sebab itu la tergamaknya hati aku ni nak mintak tolong orang. Baru sekali ok, SEKALI! Terus aku kena sembur, oh. Bukan mintak tolong setelkan kerja aku pun, cuma tolong hantar bahan jer. Last2 sempat jugak aku buat sendiri dan setel sendiri. Parah sungguh pagi itu.

Eh makcik, kalo nak marah pun jangan la terus sound kat telinga aku ni. Macam la aku ni sedara mara engkau. Ingat orang tak der hati dan perasaan ker. Huh!

Baru jer masuk hari Isnin mood kerja dah kena cantas. Pagi2 buto pulak tuh! Yang hati aku sakit sangat tu sebab kepercayaan aku sudah pecah. Pecah sungguh hati ni wei. Pecah-sepecahnya, rasanya tak boleh bercantum balik dah (eh ayat, bukan main :-).
Kita memang boleh rancang sesuatu yang kita nak, tapi jika Allah tak izinkan berlaku yang macam kita nak tu, apa boleh kita buat. Sungguh tak ku sangka akan menerima nasib sebegini. Huuuuuu.....Huuuuuuu..... huuuuuuuu. Nak ku nangis tapi tak boleh kat opis ni. Nak menghabiskan sehari tu kat opis rasa lamaaaa sangat. Huuuuuuuuuuuu..... Sakitnya hati aku. :_(







*Astaghfirullah, maaf kan saya. Bulan raya ni tak elok dan tak baik marah2 dan dendam kat orang, saya tahu itu. Saya tak nak simpan perasaan tak elok tu dalam hati saya, tapi kini 'keadaan' sudah jadi berbeza. Mungkin saya sudah lalai padaNYA. Allah nak bagi peringatan pada saya mungkin.
Alhamdulillah.




21 June 2013

Blog satu lagi

As-Salam,

Cuma nak bagitahu.

INI,

Blog saya yang lagi satu tu.

;-)



14 June 2013

Hidup bakal berubah

Assalamualaikum.

Cerita saya kali ni lebih kepada sesi luahan rasa kat blog sendiri. ;-)

Suami balik dari kerja, sampaikan berita yang bakal merubah hidup kami.
Katanya tempat kerjanya akan berpindah ke SERENDAH.
Hah? Serendah? Kata mana tu? tanya saya.
Biasa dengar Serendah, kawasan mana yer. 
Jauh ngan tempat sekarang la. Atas lagi dari Rawang. 
Ooooo, jauhnya (sebab saya tahu Rawang kat mana).
Jauhnya abang nak berulang gi kerja nanti eh. 
Emmm, nak buat macam mana. 
Bila agaknya kena pindah tu. 
Mungkin dalam tempoh tiga tahun lagi. 
Dah pecah tanah dah kat sana, tak lama lagi start la kerja2 pembinaan tu.
Kompom ker ni.
Yer la. Baru tadi Pengarah tunjuk plan bangunan nak buat kat sana. Kompom la jadi.
Oooooo...

Tak tau nak kata macam mana masa tau berita ni. Dalam kepala duk berfikir macam mana la nanti suami kerja kat Serendah nu. Macam mana pulak corak hidup kami nanti. Walau pun lambat lagi, tapi dah kena rancang awal-awal sebab banyak benda yang akan berubah nanti.

Perancangan awalnya (sebelum tahu pasal Serendah ni), tahun depan kami bercadang nak pindah kawasan Kg. Pandan dekat dengan opis suami, dan dekat jugak ngan opis saya, anak-anak pun sekolah disitu. Nak pindah sangat tu sebab tak tahan jauh ngan rumah sekarang, dan hari-hari kena tempuh jalan jam. Stress wei hari-hari macam tu. Nampaknya plan tu kena buang dalam senarai la. Tahan je la duk rumah sekarang dan menempuh jalan jam hari-hari. Huhuhuhuuu.

Kalo nak duduk rumah sekarang pulak, suami jer ulang alik ke sana susah juga. Sekarang ni suami yang uruskan transit anak yang sekolah, sebab dekat ngan opis suami, saya susah nak handle, nanti tak pasal2 naik nama time rehat keluar awal dan masuk lewat. Sekali sekala dengan izin tak pe la, tapi kalo dah hari-hari, tak sedap la pulak saya.

Sejak dapat tahu berita ni. Hari-hari duk bincang macam mana nanti, macam mana nanti. Bincang punya bincang, penyelesaiannya kami ambil keputusan kena cari rumah kat sana, dan anak pun pindah sekolah di sana, saya pulak ulang alik naik komuter saja (wah, boleh kurus la saya pas ni, kan). Setakat ni  itu yang paling senang dan banyak memudahkan urusan kami. (Yeyyy, tercapai jugak impian saya nak duduk rumah teres). Saya pilih nak duk Rawang, kat situ kan banyak kawasan perumahan yang baru-baru. Suami kata tengok dulu tempat kerjanya dekat tak ngan Rawang. Opis baru ni ada disediakan kuarters. Tapi saya tak nak lagi la duk rumah tingkat-tingkat. Nak duk rumah atas tanah pulak. Ehek, ngada-ngada la pulaaaaakkkkk, dia ni, ;-).

Untungnya kami, kami belum beli rumah lagi di sini (rancangnya nak buat rumah kat kampung, anak jati kampung la kata kan, iye :-). Jadi nak sewa di mana-mana pun tak kisah. Suami kata, kawan-kawan dia dah pening kepala bila dapat berita kena pindah Serendah. Ramai kawan suami dah beli rumah, yang baru beli rumah, dan dah siap buat renovate lagi rumah tu. Beli pulak kawasan Cheras, Ampang, Bangi, Kajang. Fuhh, memang betul-betul pening la kan. Nak bagi sewa kat orang tu, kalo saya pun kena pikir seratus kali. Sayang weiiiii.

Tapi manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Siapa sangka opis suami kena pindah (sebab tu ramai kawan dia yang ambil keputusan beli rumah kawasan tu). Kami pun ingatkan lama lagi la kami kerja kat KL ni, letih ulang alik Gombak - Kg. Pandan, itu yang ambil keputusan nak cari rumah kat Kg. Pandan pulak, memang dah nekad la nak pindah, dah berangan-angan dah duk kawasan tu. Rupanya lain pulak jadinya.

Suami saya kata duk mana-mana pun tak kisah, malah suka pulak dia opis kena pindah sana, tempat tak sibuk, ada hutan-hutan, tenang fikiran. Eh, yer ker kat sana tak sibuk. Saya tak pernah sampai lagi kawasan sana, jadi tok leh nak bayang. Yang saya tahu, alamatnya pas ni nak gi shopping kl jauh doh la. Nama dah perempuan kan benda-benda gitu kena pikir. Betul tak. Tapi suami kata kalo nak shopping pegi Shah Alam la, dekat ngan kawasan sana. O, ehe he heh. Shah Alam pun best gak.  Ehek hek hek... (ke situ pulak perginya yer).

Apa-apa pun tiga tahun tu lambat lagi, macam-macam lagi boleh jadi. Tapi kita kena ada perancangan supaya tak kelam kabut nanti kan. Dalam tempoh tu, perancangan nak balik kerja kat kampung tu belum ada lagi la. Itu perancangan jangka masa sederhana kami. Kami rancang, bila anak-anak dah masuk sekolah berasrama baru nak mohon pindah balik kampung. Kiranya dah masuk umur 40an la. Terbayang-bayang dalam minda, seronoknya bila kerja kat negeri sendiri kan. Itu lah impian kami. In sha Allah, semoga menjadi kenyataan.



Semuanya dalam perancangan Allah s.w.t.
Semoga dipermudahkan urusan hambaNya ini.
Amin.




22 May 2013

Ya Hanana - Betapa Beruntungya Kami




ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

korus
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad (2x)
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad



يَا هَنَا نَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa Beruntungnya Kami 



خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)



يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa Beruntungnya Kami 


ulang korus

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW)

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia



يَاهَانَانَأ
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami


ulang korus

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT



يَاهَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami



ulang korus

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama



صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami



ulang korus


يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2TycRmF8h

______________________________________________________________________________________________________________

As-salam,

Saya kenal lagu ni bila terdengar dalam radio, bila masuk muzik intronya cepat2 abang aqil cakap ni lagu sekolah dia. Aik, pelik pulak saya kenapa lagu sekolah masuk radio pulak. Suami saya cakap sekolah agama dia selalu pasang lagu ni (tak tau la masa bila pasangnya, tapi tengok aqil tu macam dah hafal sikit). Saya pun dengar la, mula2 tu tak paham la lagu apa ni (maklum la saya tak pandai bahasa arab) ;-). Tapi sedap jugak la mula2 dengar tu. Bila tengok Malam Cinta Rasul kat TV (saluran mana tah, lupa) baru2 ni, ada juga lagu ni. Wah glamer rupanya lagu ni yer. Kat radio pun selalu jugak diputar. Bila cari dalam internet baru la saya tahu. Ini ialah qasidah. Pelantun suara oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaf dari Indonesia.  Lagu ni bila lama2 dengar memang best. Tambah2 kita tahu maksudnya. Adik2 aqil pun terikut sama dah jatuh suka kat qasidah ni. ;-)

Sedikit info, Qasidah Ya Hanana ini menerangkan:-
- Mengenai betapa beruntungnya penulis serta kesemua umat seluruh bumi berkenaan kelahiran dan kewujudan Rasulullah S.A.W.
- Kedatangan Rasulullah S.A.W. membawa rahmat ke seluruh alam dan kita dapat lihat dalam bait-bait syair ini dikatakan seluruh umat berzikir ke atas Baginda dari timur ke barat.
- Semoga atas kesungguhan kita mengikut ajaran Rasulullah S.A.W. disamping berselawat ke atas Baginda kita akan dikurniakan syafa'atnya di hari akhirat kelak. In sha Allah.
sumber.

p/s: ada keluar tak video klip yg saya letak tu. kalo tak keluar blh cari sendiri kat youtube eh. :-)


16 May 2013

Celoteh Petang



Petang ni ada ngantuk sangat la. Meh saya celoteh sikit.


Saya: Hujan lebat la kak, tak leh nak gi ni.

Kakak opis: Ha'a, baru jer lebat ni.

Saya: Itu la payung tak bawak pulak ari ni. Dah lama ker akak tunggu. 

Kakak opis: Ada la 15 minit dah.

Saya: Biasa tengok akak jalan pergi belah sana, akak tunggu suami kat mana?

Kakak opis: Kat depan sana tu, senang, dia tak yah nak pusing. Emmm... biasa la "orang dah lama kahwin dikk".

Saya: Eheheheee....(tak berapa nak faham lagi).

Kakak opis: Masa akak baru2 kahwin, hari2 suami mai ambik kat opis. Biasa dia ambik kat koperasi nu. Satu hari tu macam biasa la akak tunggu kat koperasi, suami akak tepon, "meh datang sini la, susah nak pusing kat sana tu". Hah pulak dah, berlari la akak pegi sana tempat dia tunggu tu. 

Saya: Jauh gak tu kak.

Kakak opis: Ye la. Time hujan macam ni jer dia ambik kat depan opis ni. Itu orang kata "dah lama kahwin". :-)

Saya: (errr... sama macam aku gak la ni). Hehehehee.... ye la kak kan, sama la saya pun. 



Baru kahwin: yang susah, jadi senang.
Dah lama kahwin: yang susah, tak kuasa nak layan dah.


p/s: Betul tak korang. ;-)



15 May 2013

Projek yang tertangguh semalam.

As-salam,

Lamanya saya tak coretkan sesuatu kat sini. Rindu, tapi masa tak mengizinkan. ;-)

Ok berbalik pada tajuk, semua dah maklum kan, esok adalah Hari Guru. Maka anak-anak saya dah bertanya nak bagi apa kat cikgu.
Ting! Tong!, apa nak bagi ek. Hadiah hari guru mestilah praktikal, dan mestilah bagi cikgu rasa terharu bila dah bukak pembalut tu , waahhh..... (hehehe... andaian saya jer, tapi kalo saya, bila terima hadiah mesti rasa eksaited nak bukak dan bila tengok hadiahnya best mesti rasa terharu, huhuhuhuu). Apa2 bentuk rupa hadiah tak penting kan, yang penting kita ikhlas nak bagi kat cikgu sebagai tanda terima kasih sebab mendidik anak kita dengan baik dan ikhlas ;-)


Projek yang tertanguh kat atas tu ialah proses nak balut hadiah untuk cikgu2 anak2 saya. 3 orang anak saya berlainan tempat, maka cikgu2 nye pun ramai lah. Kesemua hadiah yang nak kena balut 15 hadiah. Huhuhuhuuu...... berpeluh saya. Nak menyorok dalam bilik, pasti diorang tau nye bila dah tau saya takder kat luar tu. Bila dah semua masuk bilik, yang tu nak pegang ni yang tu nak tengok tu. Bila masa la nak siap ni. Nak letak dalam paper beg tak nak (padahal nak jimat kos, hehehe). Maka malam ni lewat tido la saya nampaknya nak membalut hadiah2 ni.


Apa yang saya nak bagi tu,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




 Ini pilihan saya untuk cikgu tahun ni. Bagi saya benda ni sesuai untuk cikgu letak apa2 hiasan dan bila letak kat meja nampak menarik (bagi saya la, hihihii). Nampak macam hadiah kahwin kan. :-) Semua cikgu anak saya perempuan, sebab tu saya pilih hadiah ni. Saya masukkan juga nota kecil ucapan untuk cikgunya.



Nak balut jadi macam ni yang mencabar keimanan nya tu. Padahal balut simple saje. Baru satu siap. Si abahnya menjeling saje, bila nak siap kalo macam ni kan. ;-)




Bagi semua yang berstatus guru Selamat Hari Guru saya ucapkan, "Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa anda dan semoga cikgu-cikgu ikhlas menjadi pendidik dan menjadi pendidik yang baik. Insha Allah".


22 April 2013

Kita kongsi sama-sama ~8 al-Mathurat

As-Salam,


Saya terjumpa blog yang menarik, jom klik sini.


Saya kenal al-Mathurat masa belajar kat U dulu. Kalo jemaah kat surau, lepas subuh dan asar tu wajib baca. Masa tu dah ingat dalam kepala otak ni dah. Indahnya zaman belajar dulu tetiba.
Tapi bila dah abis U, hidup pun penuh dengan pancaroba dunia, amalan al-Mathurat dah lama saya tinggalkan. Sibuk betul saya dengan urusan dunia! kalah PM, huhuhu......
Bila terjumpa blog kat atas tu, terasa bersemangat nak mulakan balik. Zaman sekarang ni canggih betul. Terpulang pada kita jer nak rebut ker tak. In sha Allah, berazam pada diri, kalo tak buat selalu pun, buat sekali sekala pun jadilah, jangan lupa terus sudah. Kalo jadi amalan lagi la baik kaedahnya kan. Semoga bermanafaat. :-)


18 April 2013

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir

As-salam,

Bila tengok tajuk tu mesti ramai yang dah tahu zikir ni kan.
Kali ni saya nak ceritakan satu kisah benar. Belaku kat diri saya sendiri. Subhanallah, sampai ke hari ni saya masih tak percaya lagi.
Mula2 nak minta maaf mungkin ada yang tak faham jalan cerita sebenar yang saya nak sampaikan sebab ia berkisar bidang penerbitan dan sebab utama jugak saya ni tak pandai bercerita, ehee.... Harap2 motif sebenar dalam kisah ni akan sampai, :-).

Kisahnya begini. Seorang editor A bertanya kepada saya tentang satu judul komisi yang dah lama daftar. Judul tu pulak dia ambil dari editor B yang dah tukar ke wilayah lain. Semua proses kelulusan nak terbitkan buku ni dah lepas dengan jayanya semasa di tangan editor B. Tapi bila tiba ke bahagian harta intelek ada masalah bila nak buat lesen perjanjian. Editor A punya la gelabah dan pening kepala sebab tak tau nak selesaikan masalah ni, sebab dia baru ambil alih dan tak paham sangat dengan cerita sebenar. Tanya editor B dia kata semua dia buat dah betul. Tambah pulak Ketua editor A ni punya la mendesak suruh selesaikan masalah ni tak kira mcm mana caranya. Tanya situ tanya sini hingga sampai la ke bahagian saya. Saya terlibat dalam masalah ni sebab saya yang sediakan bahan2 untuk kelulusan lembaga. Sebab tu editor A cari saya. Mula2 tu saya ingatkan masalah ni ringkas jer. Bila ditilik-tilik di tengok-tengok, memang pening kepala. Saya pun turut gelabah jugak la. Jangan main2 dengan hasil karya orang ni, kalo kita salah buat, banyak komplikasi akan berlaku. Antaranya tak dapat buat lesen perjanjian, maka buku tak boleh terbit lagi dan penulis tak akan dapat royalti. Andaikata penulis tu penulis tersohor. Tak ker haru. Huhuhuuu.....

Maka start la saya cari dan selidik dari mula proses judul komisi berkenaan. Cari punya cari rupanya ada masalah kat part saya. Wah gelabah sungguh. Dalam hati duk berzikir tak henti2. Cari dalam fail yang berkenaan tak jumpa. Sepatutnya makluman judul untuk dibawa ke mesyuarat lembaga saya akan simpan dalam fail hijau. Dua tiga kali saya belek memang tak der, dan saya yakin tak der dalam fail tu. Oh, mungkin ada dalam kotak2 bawah meja saya ni, kertas2 yang boleh kata guna tak guna saya simpan elok2 dalam kotak dan letak bawah meja untuk buat recycle. Mana tau kot2 saya terbuang ker, jenuh saya selongkar tiga kotak A4 tu. Letih!. Tak jumpa jugak. Satu jalan lagi mungkin ada dalam emel. Mungkin editor B ada emel kat saya maklumat judul berkenaan. Kecewa jugak. Tak der. Hah, berdebar jugak la sikit, pening fikir mana maklumat berkenaan. Tak kan saya tak terima, kalo tak terima mana boleh masuk mesyuarat. Tak kan saya senang2 jer buang dan kertas2 macam tu tak mungkin saya buang, kalo tak buang mana pulak pergi kertas tu. Dalam hati tak berenti berzikir. Saya bagitau editor A bagi saya masa nak cari maklumat tu. Pada hari tu memang tak jumpa. Saya dah penat, esok jer la saya tepon editor A tu. Kebetulan esok dan lusa tu editor A bercuti, sabtu dan ahad. 4 hari tu puas saya fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Sebab punca kat part saya buat. Ya Allah macam mana ni. Hati saya tak berhenti berzikir. Risau.

Masuk isnin, editor A telefon saya bertanyakan judul dia tu. Sebelum tu saya dah maklumkan masalah ni kat kawan sebahagian saya. Dia cadangkan editor A turun dan bincang sama2. Maka kitorg bincang la apa sebenarnya masalah ni, puncanya kat mana. Bila kawan saya suruh ambil fail yang berkenaan tu, saya dah susah hati. Dalam hati tak berenti berzikir. Maka tawakal jer la saya gi ambik dan belek satu2 kertas dalam fail berkenaan tu. Terkejut sungguh saya pada masa tu, maklumat judul yang saya cari selama ni ada dalam fail tu. Dalam hati saya terdetik, biar betul kertas ni saya jumpa dalam ni. Hari tu memang saya dah belek satu2 kertas dalam fail yang sama memang tak der. Kalo tak, tak kan saya sanggup selongkar tiga kotak A4 yang penuh dengan kertas2 semata2 nak cari sekeping kertas ni. YA ALLAH tak tau nak gambarkan macam mana leganya hati saya bila jumpa sekeping kerta yang penting pada masa tu. Terharu pun ada jugak, tak sangka terlepas jugak saya dalam masalah ni. Editor A lagi la lega, tak habis2 ucap terima kasih kat saya, saya pun mintak maaf jugak sebab lalai. Alhamdulillah. Maka selesailah masalah berkenaan.

Sampai ke hari ni saya masih terfikir. Batul ker saya tak jumpa kertas tu dalam fail yang saya cari mula2 tu. Saya masih ingat lagi 2, 3 kali saya belek satu2 kertas dalam fail tu. Sah tak der. Tapi kenapa hari kemuncak tu jumpa pula. Dalam 4 hari tu saya susah hati betul. Mana la saya nak cari kertas tu. Macam mana la nak selesaikan masalah ni. Saya fikir, Allah nak uji saya. Hati saya tak berenti berzikir. Akhirnya masalah tu dapat selesai dengan mudah sekali.










Inilah zikir yang selalu saya baca masa tu. Sehingga sekarang saya amalkan. Hati saya kuat mengatakan sebab zikir ni Allah memudahkan urusan saya itu. Subhanallah. 

17 April 2013

SMART KIDS '13

As-salam,

Terbelek dalam paper hari ni.

Nampak menarik.
Napa la sebelum2 ni saya tak pernah tau ye, atau mungkin sejak anak dah masuk sekolah ni selera ekspo saya dah berubah dah. ehek. :-)
Nak tau lebih lanjut boleh klik sini.
Daftar untuk masuk percuma dah tutup dah. Rugi eh.
Jom gi ramai2.

GEMUK!

As-salam,

"Akak ada isi lagi ker".
"Wah, sihatnya sekarang".
"Gemuknya awok sekarang ni".
"Tengok belakang tak cam dah".
"Makan lalu yer sekarang ni".
"Dah berapa bulan dah".
"Bila nak diet ni".


Glup.............
Hodoh sangat kot bila saya gemuk ni. Terasa tu memang la ada. Tapi saya lalikan aje. Tapi bila ramai sangat yang dah menegur sekarang ni, malu la weh. Tak boleh ker saya gemuk. Gemuk sangat ker saya ni. Saya tengok orang lain gemuk ok jer. Wah, takut pulak taip GEMUK ni banyak kali.

Ker orang gemuk ni pernah melalui fasa2 macam saya ni. Huhuhuuuu......


*tak huduh gano, mula2 kerja bera 48kg, sekarang  65kg. tak ker haruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

16 April 2013

Tak nak ebm

As-salam,

Saya tengah susah hati sekarang ni.

Kemarin pengasuh azwar tetiba bagi msg. "Azwar tak nak minum susu". Start hantar pukul 7pg sampai pukul 10pg dia tak menyusu. Duk nangis2 lapar. Saya suh pengasuh bagi kot sudu pun tak nak, kot cawan pun tak nak. Asyik tolak2 ngan lidah dia. Pengasuh kata azwar bukan tak nak botol, tapi macam tak nak susu tu.

Risau la saya kat opis ni. Saya kata cuba bagi makan yang saya bekalkan, campur ngan ebm tu. Kalo dia tak nak makan jugak saya ingat nak balik la tgh hari tu. Tunggu2 pengasuh tak tepon. Saya tepon pengasuh dia kata azwar makan elok, cuma tak nak susu jer. Jadi seharian tu dia tak minum pun susu, satu botol terpaksa buang.

Jenuh mikir napa dia tak nak ebm. Tak nak puting tu ker, tapi sebelum ni elok jer. Tak selesa gusi nak tumbuh gigi, tak nampak pulak gusi azwar bengkak. Bila ambil dari pengasuh, cepat2 bagi susu kat dia, elok jer. Memang lapar susu sangat kemarin tu.

Ker, dia tak dah tak suka ebm??? Jangan la anakku. Tak sanggup lagi nak campur ngan susu formula. Saya ni baru jer semangat nak beli shaklee untuk persediaan nak ganti puasa. Ebm kat peti ais tu pun dah makin banyak. Emmm.... napa pulak azwar tak nak ebm ni ye. Tak pernah terfikir pulak masalah mcm ni. Hari ni pun sama. Saya bekalkan susu yang baru perah (tak bagi yang ebm), pun tak nak minum. Buntu.

Saya dah lapan bulan dah minum susu ibu. 

Terima kasih Ya Allah

As-salam,

Tersentak saya bila seorang kawan bahagian lain menegur kawan sebahagian saya.
"Dah lama tak nampak kawan awak pergi surau ye, sayang la". (saya la yang dia maksudkan tu).
Rupanya bukan dia sorang jer perasan saya dah lama tak pergi surau, kawan sebahagian saya kata ada dua org lagi pernah tanya dia jugak dah lama tak nampak saya berjemaah.

Betul la tu, sejak naik kerja lepas bersalin hari tu lansung tak berjemaah kat surau dah. Aduhh, berdosa pulak rasa. :_(
Terima kasih Tuhan sebab bagi saya kawan yang sentiasa ingatkan saya dalam urusan akhirat.


13 April 2013

Dah pakai daaahhh

As-salam,

Nak kabor ni, saya dah pasang dah inplanon kat lengan saya ni 3/4/13 hari tu. Dah habis tempoh pakai inject hari tu dua bulan tempohnya terus pegi LPPKN sambung implanon pulak. Nurse tu soal saya jawab pasal apa2 perubahan lepas inject ari tu. Saya citer la, lepas inject ari tu, period tak der lansung, masa mula-mula inject dua kali datang dalam sebulan, bulan selepas tu tak der lansung, ada spotting jer, tu pun dua tiga hari, selang dua minggu ada lagi sehari dua, sampai tarikh ni dah tak der keluar tanda apa2 pun (sebenarnya risau gak normal ker macam tu). Nurse tu senyum jer, dia kata normal kalo macam tu puan, ada orang setahun tak datang period, tiga tahun pun ada. Ubat implanon ni dia buat sama macam hormon ibu menyusu. Ibu menyusu eksklusif memang lambat datang period. Puan tak payah risau, itu normal. Ohhh, baru la saya faham. Jadi hormon saya ok la ngan ubat ni yer (baru la lega rasa di hati).

Masa nak pasang tu agak naling sikit (berdebar kata orang bandar). Ye la kan, cucuk kat lengan yang gebu2 dan lembut ni. Ngilu rasa. Doktor wanita yang masukkan implanon tu lembut jer orang nye, jadi operasi masukkan implan pon smooth jer (kata orang putih). Masa masukkan tu tak rasa apa (sebab dia cucuk ubat bius). Dah habis ubat tu terasa la sakit2 kat tempat dia letak implan tu. Doktor pesan dalam seminggu tak boleh angkat benda2 berat, bagi implan tu duk elok2 kat situ katanya. Rasa sakit2 tu ada la 4, 5 hari jugak (sebab benda tu terkena isi2 daging lengan, sebab tu tak boleh gerak lasak sangat nanti sakit). Terasa ngan tangan benda tu kat dalam lengan kita, pas tu ada biru2 lebam kat sekeliling tempat implan tu. Lepas seminggu kena pergi balik kat LPPKN dia nak check implan tu. Dah pergi dah pun, dan nurse tu kata, OK. Maksudnya kedudukan implan tu ok dan kesan2 kat lengan saya tu pun ok. Sebenarnya masa daatng check implan ari tu nurse suruh buat pap smear. Tapi saya kata tak bersedia lagi nak buat. Nurse suh datang bila2 masa jer, bila waktu bersih. Sampai ke hari ni saya tak pergi2. Degil.
Maka setahun lagi la saya jejak ke LPPKN. ;-)



 Kad untuk pemakai implanon, kat belakang ada due date implan ni.


Nurse suh catat dalam ni jika ada tanda2 S atau B.



Nota untuk makluman si pemakai.


Sapa nak pakai ni boleh la telefon terus kat HQ LPPKN untuk maklumat lanjut.
Sekian.


Fuh, dah lepas satu dalam draf tu (lega).
:-)

12 April 2013

Pertama kali menang GA

As-salam,

Sunyinya blog saya ni.
Dah tak der idea ker tuan punya blog.
Tuan punya blog jawab, draf ada dalam 3, 4, 5 tuuu, nak publish tu tak tau la masa mane. alasan! ;-)

Kali ni nak citer pasal saya menang GA. Pertama kali join GA terus meeenaaaang. Suka!
Saya join GA Suka Hati dari Mama Alya, nama GA pun suka hati kan, jadi saya pun suka-suka jer la join GA tu, tak sangka adik alya cabut nama saya, maka dapat saya hadiah tersebut.

Mana satu yang jadi milik saya yer.


Oh, hitam itu menawan. :-)


Dah selamat jadi hak milik kakak effa pun.

Itu je nak citer. 

Senyuuuummm.




03 April 2013

Marilah mari, mari mengundi .....

As-Salam,

Tak sabar nak balik kampung weh (padahal baru jer balik cuti sekolah ari tu). Balik kali ni meriah la bendera kat tepi2 jalan tu. Tentu seronok on the way balik kampung nanti. :-)

Ni kali kedua saya buang undi, sepatutnya kali ketiga, tapi masa ngundi tahun 2008 saya ngan suami duk kuching tak dapat nak balik. Rasa eksaited pulak nak ngundi kali ni. hihihihi....

Sedikit info ringkas:

Selepas Perlimen dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 untuk membentuk kerajaan baru. SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Kini kita ditadbir kerajaan sementara (bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini).


Untuk mereka yang nak mengundi nanti, hati2, jangan sampai jadi undi rosak ye.

21 March 2013

Terganggu sikit

Salam semua,





Petang semalam saya dapat berita yang agak mengganggu fikiran saya. Rasa sedih ada. Rasa malu pun ada. Terfikir2, napa saya susah nak dapat yang saya nak tu. Bila target saya dah ke arah tu, ada jer halangannya. Buntu rasa. Kadang2 rasa macam nak mengalah je, tapi saya tak boleh duk lama2 macam ni. Tak boleh. Kesian pulak rasa diri ini. uhuk uhuk.....


~ Begini la nasib diri ku yang malang oh Tuhannnnn...... ~


Takpe.
Allah yang bagi rezeki kat kita, bukan manusia yang bagi rezeki kat kita. Manusia tu perantaraan saja, kalo Allah dah janji itu hak kita, in sha Allah akan tiba jugak masanya nanti. Amin. (ayat nak sedapkan hati sendiri ni)

Tapi,
Kalo yang kita berharap sangat tu tak dapat2. Kena la terima. Allah dah aturkan semua benda dalam hidup kita. Kena kuat sabar dan redha dengan qada' dan qadar. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. (uhuhuhuuu.... sedih balik)


Macam mana ni. Pening weh.

Nak letak gambar anak lah, kalo macam tu. ;-)




Gambar baru dapat daripada taska,

abang aqil, seriusnye kamu.


wah, kakak areefa, terlebih senyum nampak.


abang ariq pulak kontrol senyum ek.


baby azwar gak yang comel, yey. 


hai, puji anak sendiri pulak. 
ni sedih ke tak sedih ni.
;-))




20 March 2013

Perkembangan terbaru

Salam semua,

Sebenarnya nak update perkembangan selepas saya inject unidepo kat lppkn ari tu. Ada dua minggu lagi untuk temujanji seterusnya.

Cuba tengok ni :-
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 Februari 2013
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31 Mac 2013

Itu la kitaran period saya lepas inject ari tu. Saya start inject 5hb. Tapi yang betul2 ada darah 25 - 28 jer. Yang bulan Mac ada tanda2 jer tapi tak der darah. Agak sedikit pelik sebab tak pernah terjadi kat saya sebelum ni. Yang dia kata tak sesuai tu sama ada darah keluar lama dan banyak sangat atau migrain yang teruk sangat. Setakat ni tak der tanda2 macam tu. Rasa2nya ok la kot.


Bangun tido smalam, muka rasa tak selesa. Raba2 kat muka, eh, sakit lah. Aik, banyaknya jerawat aku. Naik serentak pulak tu, aduhhhh. Dah la besar2, naik pulak kat atas bibir ngan dagu, bukan dua jer, tapi LIMA!.
Adoiiii, macam mana nak gi kerja ni. Malu nyeee. :-(
Ari ni dah 20hb (em, lambatnye nak gajiii). Nak datang period ker. Mungkin jugak kot. Tapi tak keluar2 lagi. Jerawat jer yang rajin keluar ni. Adoiiii. Nak mengadu muka naik jerawat jer ni, malu rase tua2 pun ada jerawat lagi. huuuuuuu.....



Saya kepilkan pamplet ni untuk rujukan mereka yang berminat.





















 Sekian, terima kasih. :-))





Milk boosterku

Salam semua,

Baru ku tahu, milk boosterku ialah nasik!.

Nasi wei.

Nasi.

Nasi.

Nasi.



Itu jer nak update. heeee.....



07 March 2013

Saya tak kisah bersusah-susah dahulu.....


Saya bukannya orang yang baik, tapi berusaha untuk menjadi lebih baik. In sha Allah.




Pertama.
Saya tak kisah kena susah-susah bagi anak saya susu ibu sepenuhnya. Saya tak kisah bila kena susah-susah nak perah susu, kena bangun awal pagi-pagi semata-mata nak perah susu, kat opis pun berkejar-kejar nak perah susu, angkut beg susu bila datang opis (berat wei sebab dalam tu la ada spectra 3, stok susu dan ice pack), ada masa fikiran risau kalo susu tak cukup, selalu jer fikir macam mana nak banyakkan susu, pernah balik awal sebab bekal susu tak cukup, huhuhuuu. Tapi saya senang hati buat benda susah2 ni sebab saya tau apa yang baik untuk anak saya, selagi terdaya saya akan bagi susu ibu sampai anak saya 2 tahun. Senang hati saya bila anak saya minum susu ibu. Nak berbangga tak boleh lagi sebab perjalanan perah susu ni panjang lagi. Saya tak suka nak berdebat2 pasal ni sebab saya bukan dalam bidang kot tu. Orang boleh kata apa saja, saya ok aje. Yang paling penting suami saya sokong dan family saya suka saya bagi susu ibu sepenuhnya kat baby saya itu. Lagi pun 2 tahun jer, sekejapan jer pun.

Kedua.
Saya tak kisah bila terpaksa buat puri untuk anak saya hari-hari (tak semestinya hari2 sebab puri boleh buat stok jugak). Kena rebus lama la, kene lenyek ngan penapis lagi la, lenyek pulak kena betul2 jadi puri,  sebelum bawak gi umah pengasuh kena panaskan dulu la, ah senang kata banyak step la. Leceh. Ada masa kalo stok puri dah abis, dan ada pulak vitamin M kat badan malam tu, pagi2 tu kena la bangun awal dari biasa sebab nak buat puri, tapi ok jer bagi saya. Saya tak kisah kena susah2 gitu. Dah itu pilihan saya jadi saya terpaksa rajin2 kan diri. Saya tak nak bagi anak saya makan nestum, sebabnya saya rasa nestum tak sesuai untuk baby (tak buat kajian pun, andaian sendiri jer). Sebabnya lagi, baby kan awal2 makanan dia tak boleh ada perasa, pada penilaian saya makanan yang dalam tin mesti dia letak 'sesuatu' untuk bagi makanan tu tahan lama, benda tu mesti 'sesuatu' kan. Eh apa aku taip ni. Empat2 anak saya, Aqil sorang jer pernah rasa makan nestum (sebab masa tu saya masih baru bergelar ibu, ilmu masih kurang lagi). Eh, bukan nak kata nestum tak bagus cuma andaian yang saya pandai2 reka tu buat saya tak bagi anak saya makan nestum. Lagi pun saya tak kisah nak susah2 buat puri untuk anak saya. Lagi pun tak lama, bila dia dah tumbuh gigi, dah masuk taska tak perlu lagi nak buat puri, lenyek2, kan.

Ketiga.
Saya tak kisah antar anak saya ke taska permata. Malah suka sangat bila anak saya dapat masuk taska permata. Anak saya begitu seronok bila bercerita tentang taska, kawan2, cikgu2, apa yang dia buat kat taska. Masa kat taska lama tak seseronok gini. Saya tak kisah terpaksa susah-susah bila pagi2 kena hantar anak pergi taska jalan kaki, balik petang pun ambik anak jalan kaki (tak jauh pun 5 minit jer ngan opis saya). Saya ok jer walau pun letih jugak la (tapi bagus sebenarnya boleh bakar sikit lemak2 tepu saya ni, nak harap buat senaman memang tak la). Saya juga tak kisah terpaksa kena luang masa 4 jam kat taska anak (wajib dalam sebulan). Tak susah pun sebenarnya, saya keluar dengan izin bos, jadi tak perlu susah2 hati, boleh buat aktiviti dengan kanak2 kat taska dengan seronok dan senang hati. Dapat kenal kawan2 anak kita, kenal ibu bapanya sekali, cikgu2 permata hari2 bagi laporan apa anak kita buat kat taska, makan apa kat taska ari tu, join aktiviti keluarga yang dirancang oleh pihak AJK taska (lawatan, konvo, dinner, gotong royong). Pengalaman yang tak boleh kita dapat kat nursery lain. Lagi pun setahun jer, tak lama la. Ingat tahun depan nak letak azwar pulak, hehee. :)

Keempat.
Saya tak kisah sekolahkan anak saya dekat dengan opis suami (jugak dekat dengan opis saya). Saya tak nak anak saya sekolah dekat dengan rumah sebab rumah saya jauh dengan opis. Pendapat saya lebih senang sekolah dekat opis sebab senang kita nak ulang alik kalo ade apa2 hal (tak mintak, tapi kalo ada). Saya jugak tak letak anak saya kat transit. Jadi suami saya terpaksa susah2 ambik anak waktu pulang sekolah pagi, siap2 anak untuk ke sekolah agama pulak. Suami saya ok jer. Malah dia yang offer nak buat. Kalo suami ada kursus kat luar kawasan saya boleh handle sebab opis saya dekat jugak (tang ni agak segan2 nak mintak izin bos keluar awal sebab nak ambik anak sekolah, tapi bos ok jer). Saya tak kisah bersusah-susah gitu, sebab saya puas hati tengok anak saya selamat pergi sekolah dan ambik dia sendiri bila balik sekolah. Siapkan sendiri anak ke sekolah petang pulak, puas hati dia bersih dan kemas dan jugak kenyang bila ke sekolah petang.

Kelima.
Saya tak kisah orang selalu tegur saya dah gemuk. Saya dah lali pun. Saya tau saya gemuk sebab apa. Badan saya memang cepat naik kalo tak kontrol makan. Pernah nak diet, tapi tak jadi nak teruskan sebab hasil perahan saya merundum. Pernah diet tak makan nasi, tapi tak boleh, susu kurang. Jadi saya tak boleh tinggal nasi, makan benda lain rasa tak puas. Saya pulak tak ambil apa2 supliment tambah susu kecuali obimin, jadi kena la banyak makan, hhihihiii.... alasan. Lepas perah susu mesti rasa sangat lapar. Sebab tu saya kuat makan. Huhuhuhuu..... Saya tau, ada orang beranak ramai pun masih slim, jugak perah susu macam awak pun masih slim. Lain orang lain badan. Jadi saya tak kisah apa orang kata kat saya. Saya ok aje. Tipu la kalo tak nak kurus tu. Saya ada target nak turunkan berat badan tapi kena tunggu habiskan misi saya menyusukan azwar dengan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun dulu. Glup! terpaksa la saya tahan telinga yer. ;-)


Semua kat atas tu memang kena susah-susah. Susah-susah yang saya buat tu untuk anak saya. Bagi saya tak susah pun, cuma kena rajin jer. Saya gembira dan puas hati dapat buat semua tu. Masa diorang kecik jer kita boleh rasa susah2 macam tu, kalo teringat balik ianya pengalaman manis sebenarnya. Kalo tak der anak kecik mana boleh kita buat benda2 tu semua kan. Jadi saya lakukan dengan senang hati jer dan saya mahu berikan yang baik-baik untuk anak saya. Ada la terasa sikit dengan cakap2 orang ni. Saya cuma boleh senyum saja. Saya dan suami akan buat apa yang kami mampu. Semoga Allah mudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak kami. Doa saya hari-hari, Semoga Aqil, Areefa, Ariq dan Azwar jadi anak soleh dan solehah. In sha Allah.



* Saya sangat kagum dengan ibu, ibu dan ibu ini (dan ada lagi ibu2 lain yang hebat di luar sana). Saya jadikan mereka contoh dalam mendidik anak2 saya.