Showing posts with label taska permata. Show all posts
Showing posts with label taska permata. Show all posts

30 October 2013

Aktiviti/Pembelajaran kat Taska Permata anak saya

As-salam,

Semalam, terjumpa fb taska ariq. Huh ketinggalan keretapi sungguh saya ni, org lain dah berkurun join saya baru tau. Heerrrr.

Tak der cerita nak tulis hari ni, nak kongsi gambar apa ariq belajar kat taska jer. Minta izin yer cikgu. ;-)



Panggil saya Ariq ;-)



Tema: haiwan, ostrich craft



Aktiviti ibu bapa 4 jam



Tema: Pekerjaan luar pejabat, berniaga



Anak-anak di taska permata bersama cikgu hanum dan cikgu akma.



Ariq macam bad mood, tak suka pakai kostum ayam kot. hihi...



Taaaarik cikgu. 



Kawasan permaian 



Belajar buat kek coklat



Main pasir lak



Tema: Restoran



Biskut konfleks pun ada belajar



Tema: Pekerjaan pejabat, bank



Mari beli, saya jual



Buat biskut raya



water play, colour bubble


Sori, gambar kelam kalibut letak tu ha. Banyak lagi aktiviti yang diorang buat/belajar, yang saya letak ni pembelajaran/ aktiviti luar. Lain kali saya kongsi lagi yer. 
Wassalam.



22 January 2013

Taska Permata Perpaduan, lega sungguh!

Salam semua,


Alhamdulillah, ariq diterima masuk taska permata perpaduan dekat ngan opis saya. dah selesai dah pun urusan pendaftaran 20hb baru ni.

Serba sedikit tentang taska ni, mula2nya saya keliru gak taska ni sama ker ngan taska permata yang lagi satu tu. Sebenarnya lain, lain apanya, lain tang pengurusannya. Taska Permata Perpaduan ni di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Pusat Anak Permata Negara pulak terus dibawah Jabatan Perdana Menteri yang mana penaungnya isteri PM kita sendiri. Tapi kurikulumnya sama saja dan diikut pakai seperti Pusat Anak Permata Negara. Nak tau lebih lanjut klik kat pautan tu ek.

Mula2, bila dapat sms ariq dapat masuk taska ni agak risau pasal peraturan2 taska. Yer la kan, sebelum tu mmg dah tau dan baca tentang peraturan2 yg mesti dipatuhi. Tapi disebabkan dekat ngan opis, nak jugak anak pi situ. :) 

Skang dah pergi taklimat, bila dah dengar taklimat dari cikgu permata, baru la lega. Haaa, kat taska permata ni peraturannya agak strict.


Apa yg paling membimbangkan saya tu.
Ok tengok ni...........



Hat mula2 tuuuu. Agak2 blh ikut tak. Kalo yang bekerja mesti risau pasal ni takut tak boleh nak ikut. Betul kan. Dah berkira-kira, nak antar ker tak ek. Tak per la, pergi jer dulu dengar taklimat dia mcm mana.


Rupa2nya peraturan tu blh ubah2. Kan dah kata, jgn dengar cakap2 org, pi tengok sendiri mcm mana. Tu yang lega sungguh! tu. ;) Sebenarnya tak semestinya tiap2 minggu kena laungkan masa 1 jam kat taska. Pihak taska dah tau kebanyakan ibubapa yang hantar anak kat situ bekerja. Jadi ibubapa diblhkan kumpul 2, 3, atau 4 jam sekaligus. Maksudnya nak habiskan masa 4 jam dlm satu hari pun blh, dan jika ibu dan bapa datang sekali dikira 1 jam seorang, dan juga jika dua2 duduk dua jam kat sana di kira 4 jam. Tengok, tak der masalah kan. Betul tak. Baru la hati saya gembira dan ceria. Hehe heh..... bincang ngan suami, mintak dia ambik hari rabu 2 jam sama ngan saya, isi borang keluar dan pergi sama2. Maka sekali jer la dlm sebulan. Yeyyy, lega rasa. masalah ni dah setel. ;)


Apa yang dia ajar kat situ yer?



Haa, yang penting kat situ cikgu akan ajar budak ni berdikari, tak nak manja2 lagi dah. 
Semoga ariq jadi lebih berani bila dah masuk kat taska ni. Selama ni dia ke taska sama ngan kakaknya. Tak boleh berenggang ngan kakak, sampaikan tak nak kawan ngan budak lain, manja ngan cikgu. Risau pulak saya. Nasib baik la wujudnyan taska ni. Start masuk taska 4 feb ni.



Boring rupanya cerita aje tak der gambar ni ek. Tak meriah org kata. heeee :) 
kawe lupo bawok kamero ari tu. tak po la deh. daaahhh :)




Ini la budak yang nak pergi Taska Permata Perpaduan tu. ;)