Showing posts with label asi. Show all posts
Showing posts with label asi. Show all posts

16 April 2013

Tak nak ebm

As-salam,

Saya tengah susah hati sekarang ni.

Kemarin pengasuh azwar tetiba bagi msg. "Azwar tak nak minum susu". Start hantar pukul 7pg sampai pukul 10pg dia tak menyusu. Duk nangis2 lapar. Saya suh pengasuh bagi kot sudu pun tak nak, kot cawan pun tak nak. Asyik tolak2 ngan lidah dia. Pengasuh kata azwar bukan tak nak botol, tapi macam tak nak susu tu.

Risau la saya kat opis ni. Saya kata cuba bagi makan yang saya bekalkan, campur ngan ebm tu. Kalo dia tak nak makan jugak saya ingat nak balik la tgh hari tu. Tunggu2 pengasuh tak tepon. Saya tepon pengasuh dia kata azwar makan elok, cuma tak nak susu jer. Jadi seharian tu dia tak minum pun susu, satu botol terpaksa buang.

Jenuh mikir napa dia tak nak ebm. Tak nak puting tu ker, tapi sebelum ni elok jer. Tak selesa gusi nak tumbuh gigi, tak nampak pulak gusi azwar bengkak. Bila ambil dari pengasuh, cepat2 bagi susu kat dia, elok jer. Memang lapar susu sangat kemarin tu.

Ker, dia tak dah tak suka ebm??? Jangan la anakku. Tak sanggup lagi nak campur ngan susu formula. Saya ni baru jer semangat nak beli shaklee untuk persediaan nak ganti puasa. Ebm kat peti ais tu pun dah makin banyak. Emmm.... napa pulak azwar tak nak ebm ni ye. Tak pernah terfikir pulak masalah mcm ni. Hari ni pun sama. Saya bekalkan susu yang baru perah (tak bagi yang ebm), pun tak nak minum. Buntu.

Saya dah lapan bulan dah minum susu ibu. 

20 March 2013

Milk boosterku

Salam semua,

Baru ku tahu, milk boosterku ialah nasik!.

Nasi wei.

Nasi.

Nasi.

Nasi.



Itu jer nak update. heeee.....



18 February 2013

Saya dah boleh tersenyum ...........(sikit) :-)

Sebelum ni saya ada citer pasal EBM saya yang makin merundum.
Sampaikan dah cuba banyak cara (lebih pada pemakanan) untuk buat stok semula.
Tapi tak jadi. Susu masih keluar sikit dari sebelum2 ni.
Masa tu EBM azwar memang tinggal nyawa2 ikan, bawak gi umah pengasuh 4 bekas, kat dalam peti ais tinggal 2, kadang2 tinggal satu. Sedaya upaya bahagi2 kan bagi cukup jugak 4 bekas nak bawak pi umah pengasuh, pernah bekalkan 3 (alhamdulillah, cukup pulak ari tu). Satu bekas saya isi 4 oz.


Saya terfikir-fikir jugak, apa kesalahan saya susu saya susah nak keluar. Tapi saya yakin susu masih banyak dan masih ada. Memang sedih juga masa tu.


Yang saya fikir :-
1. Mungkin sebab saya minum ais;
2. Mungkin sebab saya minum teh dan nescafe,
3. Mungkin sebab kat opis saya tunggu breast penuh baru pump,
4. Mungkin sebab saya guna pam manual yang dah berusia 3 tahun lebih dan tak pernah service,
5. Atau mungkin sebab saya PEMALAS nak pam masa cuti.


huhuhuhuuu....... semua sebab tu buat saya terfikir, ibu menyusu memang tak boleh amal sebab2 kat atas tu kan. Alahaiii, menyesalnye saya. Lepas tu saya cuba sedaya upaya cari jalan macam mana nak tambah EBM saya.


Sekarang ni saya boleh tersenyum sikit (sikit jer, tak boleh senyum lebar sangat lagi). Sebab, stok EBM dah makin meningkat, sekarang ni EBM kat rumah ada lapan bekas, tadi bawak 5 pek (saja bawak lebih). Syukur sangat dah dapat buat stok banyak tu (walau pun tak banyak mana, kan). Saya dah lega sikit dari sebelum ni.


Apa rahsia saya (sebelum ni saya tak pernah cuba).


1. Buat power pumping. Memang power lah. Masa mula2 buat tu dalam seminggu 3 atau 4 kali saya buat. Masa buat pulak tak tentu, time rasa nak buat saya buat (kebetulan masa tengah free, sebab makan masa sejam!). Hari sabtu atau ahad memang saya buat. Hari kerja pun buat (30 minit saja) sebelum masuk tido, atau bangun awal pagi. Alhadulillah berkesan! Keluar banyak sangat tu tak la, tapi ada peningkatan. Dua minggu jugak buat macam tu. Sekarang ni buat seminggu sekali jer (sebab power pumping seminggu dah memadai kan). Lagi satu yang saya perasan lepas buat power pumping ni, saya mudah dapat ransangan (maka susu mudah keluar, banyak, dan cepat), sebelum ni susah nak dapat.


2. Lagi cara saya, mengelak minum ais , mengelak minum teh , dan mengelak minum nescafe. Ada jugak terlajak minum, tapi banyak dah kurang. Kurang banyak la. Heheheeee. Tak macam sebelum ni. Hari2 minum ais. Teruknyaaa saya.


3. Selain tu saya beli longan (mata kucing) kering. Beli kat Giant. Basuh, rebus masukkan gula dan minum. Buat stok banyak2. Bawak gi opis. Hari minggu duk minum air tu je. Heheheeee. Rasi pulak ngan badan saya. Dah la air tu sedap, minum hari2 pun suka. :)


4. Pas tu, gigih saya bawak pam spectra 3 saya hari2 gi opis pastu bawak balik rumah pulak. Sebelum ni saya tinggal jer kat opis, berat nak bawak ulang alik. Kat umah pakai medela harmony. Tapi pump tu tak berapa jadi pulak sekarang ni. Atau corong dia kena tukar beli yang baru. Ntah la. Tapi bila pakai spectra 3 laju jer keluar. Alhamdulillah. Jadi sekarang ni rela saya usung spectra 3 walau pun beratnyaaaa nak bawak awak specra 3 oii.


5. Dan lagi, saya pam sambil menyusukan azwar (double pumping). Yang ni memang boleh buat stok, walau keluar tak banyak, 1 oz ker, 2 ker, 3, 4 ker, saya kumpul2 dapat jugak satu, dua pek untuk hari tu. Lepas tu sebelum pergi kerja wajib menyusu azwar dan sebelah lagi saya pump. Masa ni banyak yang keluar, boleh dapat 5 - 6 oz (boleh terus bawak gi umah pengasuh, fresh gitu). :-)



Jadi, saya maintain cara macam ni. Selain tu saya makan obimin jugak untuk tambah vitamin yang kurang. Sekarang ni kat opis dapat jugak 6 - 7 oz, kat rumah pulun habis :). Menyusu secara exclusive selama 6 bulan  dah berjaya saya laksanakan. Alhamdulillah. Doa saya dapat menyusukan azwar sampai 2 tahun atau lebih. Insha Allah. Amin.



Tinggal kenangan. 
Masa ni sebelum naik kerja. Ada lebih kurang 50 pek. Ingatkan dah naik kerja boleh cover baik teknik FIFO tu. Silap saya. Sepatutnya kena buat stok banyak lagi. Menyesal tiada guna. ;-(


Sekarang bukan masa nak malas2 lagi. 2 tahun jer, bukan lama mana pun, kan. Insha Allah, SAYA BOLEH! daaah.




29 January 2013

Nak buat power pumping jugak lah

Salam semua,

Sekarang ni tengah giat cari maklumat untuk tambah EBM. Sedih tengok EBM kat dalam peti sejuk tu, nasib baik azwar dah mula makan. Tak la bergantung sangat dengan EBM semata. Rasa tak bersedia lagi nak bagi azwar susu lain.

Tapi yang sebenarnya salah saya jugak sbb tak kumpul EBM banyak2, azwar sekarang ni sangat la kuat menyusu, suka tengok, tapi tu la tak sempat nak top-up, tup2 EBM dah tinggal nyawa2 ikan. huhuhuhuu... tak der gunanya nak sedih2 kan. :)

Mcm2 cara ada untuk tingkatkan penghasilan susu ibu, terima kasih en. google.
Tapi yang menarik minat saya ialah POWER PUMPING. Sangat bersemangat bila baca dari blog2 ibu yang exclusive breastfeeding. Dan-dan tu gak rasa nak buat. hehehe. Ramai yang kata masa paling sesuai pada waktu awal2 pagi atau sebelum subuh. Insha Allah, pagi esok saya akan start. Semoga impian saya untuk menyusu azwar tercapai sampai 2 tahun.
Amin.

16 January 2013

Risaunyeeeee saya :-(

Salam semua,
:-)

Hati tengah risau ni, susu makin kurang, biasa pam dapat 8~12 auns.
tapi, dlm seminggu ni nak dapat 6 auns pun susah, risaunyeee.
azwar makin kuat susu sekarang ni. ;_(