14 February 2013

Kaedah perancang keluarga yang saya pilih, IMPLANON, lain dirancang, lain pula jadinya

Salam semua.

Kat sini saya nak cerita sedikit pengalaman masa kat lppkn untuk dapatkan kaedah perancang keluarga. Anak dah empat orang, harus la pakai apa2 kaedah untuk perancangan masa depan.

Mula2 tu bincang ngan suami nak pakai cara mana. Fikir punya fikir. Sebelum ni saya pernah cuba makan pil dan inject 2 bln sekali tu. Tapi kali ni saya tak nak guna yang tu lagi. Tak sesuai bagi saya yang suka culas2 makan dan malas nak ulang inject. Nak rancang sendiri tak berani la pulak. Jadi, pilihan saya kali ni ialah IMPLANON.

Mula2 tu, betul2 ker nak pakai ni, mcm2 info saya dah cari dan baca. Tapi saya nekad, nak pakai implan jugak. Sebab saya tak bersedia sgt2 kalo terpregnant lagi (niat nak tambah sorang lagi ada, tapi tunggu azwar 3 atau 4 tahun dulu, inshaAllah kalo ada rezeki :-)

Lepas bersalin hari tu dah 2 kali datang bulan. Berdebar2 kalo lewat datang, walaupun tau kompom tak mengandung, tapi hati rasa susah sbb mcm2 boleh jadi. Maka, set appointment dengan lppkn jln raja laut pada 6hb baru2 ni. Pergi la saya keseorangan ke sana dengan hati yang nekad, hari ni nak jugak pasang  implanon, tak nak tangguh2 lagi dah! Untuk pengetahuan semua, masa telofon lppkn untuk set temujanji, dia ada cakap suami tak datang pun tak per, janji dah mintak keizinan dari suami, dan lagi satu paling penting, nak pakai apa2 perancang mesti waktu kita sedang datang haid. Seelok2nya hari pertama hingga hari ke lima. Dan kalo pergi kena ada appointment, kalo tak dia tak ambil kes, sbb dia dah set dah berapa org untuk hari tu.

Sampai2 sana, terus masuk ke bahagian pendaftaran untuk daftar dahulu. Ambik nombor dan letak kad pengenalan bersama nombor kita tu dalam box yang disediakan kat kaunter. Sat lagi dia akan panggil nama kita. Jangan risau, kat sana service memang cepat, cuma lambat sikit kat pendaftaran sbb nak bukak buku baru, kena isi itu ini. Tapi tempatnya selesa, lambat sikit pun tak terasa. Lagi pun boleh sembang sikit-sikit dengan sapa2 yang sedang menunggu ngan kita tu. Masa tu sempat la saya berbual ngan sorang kakak. Hari tu dia buang implanon dan pakai balik untuk tiga tahun. Wah, advance sungguh kakak ni yer (dlm hati saya la) dah pakai tiga tahun, sambung tiga tahun lagi. Dia kata, masa lahir anak keempat, dia ingat tak nak tambah dah, 9 tahun dia rancang sendiri. Tup2 lekat nombor lima. Lepas bersalin tu dia dah takut nak rancang sendiri. Itu yang sambung2 pakai implan tu.

Tiba masa nama saya dipanggil. Masuk bilik staff nurse dulu untuk soal selidik sejarah kesihatan kita, juga dia rekodkan dalam buku kita tu. Macam2 yang dia tanya tentang hal2 kesihatan wanita. Pas tu dia terang satu2 kaedah perancang keluarga. Dah kita pilih implanon, dia terang lebih sikit tentang implanon. Tapiiiiiiii lain yang disangka, lain pula yang jadi. huhuhuhuuuu.... :-)

Bersama dengan staff nurse yang layan saya tu ada dua lagi staff nurse pelatih. Duk kecek-kecek saya.

Perbualan penting (saya dah ringkaskan) yang merubah impian saya :-D

staff nurse : Kitorg bukan tak nak bagi akak pakai implanon, tapi akak cuba dulu inject yang dua bulan dulu, tengok rasi tak ngan hormon akak. Ubat dia sama jer, kalo lepas inject ni akak tak der apa2 komplikasi, maknanya hormon badan akak sesuai pakai implanon.

saya : Akak dah pernah cuba inject tu dik, tapi ok jer tak der apa2 yang pelik dalam tempoh inject tu.

staff nurse : Akak pakai tu masa tahun 2009 kan, dah lama tu kak, pas tu akak dah bersalin skali lagi mungkin hormon tu berubah lepas bersalin, kalo akak baru inject baru2 ni tak per, kita benarkan.

saya : Ha'a, dah lama inject tu, tapi akak rasa ok kot. Akak nak pakai jugak ari ni la dik. Dah bersedia sangat dah ni (mental, fizikal dan kewangan. Penting ni, hihihihiiii).

staff nurse : Kalo ikut prosedur kitorang suggest akak try inject dulu, dua bulan jer kak. Kalo ok kita set temujanji balik untuk pakai implanon. Bukan apa kak, kita tak mahu bila dah pasang tetiba ada masalah, nak tak nak kena buang implanon tu. Bahaya kalo teruskan. Bukan nak takutkan akak, kita cakap  mcm ni sebab dah ada kes, kawan saya sendiri kak. Dia pakai dalam 6 bulan jer. Tak tahan sebab migrain dia makin teruk dan ada pendarahan. Bila dah buang tu baru ok. Lagi pun, benda ni bukannya murah kak, nak pakai bayar 320 ringgit, buang pun kena bayar 100 ringgit, membazir kak kalo tak rasi ngan badan kita nanti. Sebab tu kita nak akak try inject dulu, kalo hormon akak boleh terima tak per la. Kalo ada masalah yang luar dari biasa tu mmg akak tak boleh pakai implanon. 

Dua2 stuff nurse pelatih tu pun ada sampuk2 gak, tambah2 lagi cerita. Buat saya fikir panjang nak teruskan ker tak. Kebetulan perempuan kat sebelah saya tu pun berkeras nak pakai implanon juga.

saya : Emm. betul jugak kan, akak bukan apa, nak datang sini masalah sikit, sebab kena datang hari kerja. Nak ambik cuti sayang la pulak (hehehh, sebab pakainya sekejap saja, dan boleh ambik time slip). Akak ingat ker senang jer, datang terus boleh pakai. Sebelum ni tak tahu pulak ada kes2 yang macam ni. Memang tak nak la ada risiko macam tu. Tapi kalo akak berkeras nak pakai pun mmg tak boleh kan. :-)

staff nurse : (tersenyum) itu la kak, nanti akak masuk bilik doktor pun dia akan tanya napa akak tak cuba inject dulu. Kita kat sini memang akan suruh cuba inject dulu sebelum pakai implanon. Boleh eh kak, try inject dulu. Dua bulan kak, tak lama.

saya : ok la, akak cuba inject la.

staff nurse : ok, akak buat bayaran dulu kat farmasi, pas tu masuk balik kita inject kat bilik sana.


Masa kat farmasi beli ubat dan bayar bukak buku tu terserempak ngan perempuan yang kat sebelah saya tadi. Saya tanya napa beli pil pulak, tak jadi ambik implanon ker. Dia kata sekarang ni haid dia dah 16 hari tak berenti2. Sebelum ni inject la. Dah jadi macam tu dia tak berani pakai implanon. Tukar makan pil pulak. Ha, bila dah tau depan mata tu terus tukar fikiran, takut jugak kalo tak rasi ngan hormon badan kita ek.

Sesungguhnya perancangan dari Allah jugak yang terbaik untuk kita. Memang tak der dalam fikiran langsung ari tu nak inject2 ni. Berkecai sudah harapanku. Eceh, macam la penting sangat eh.






sambungan....


saya : dik, inject perlahan2 ek, masa inject yang dulu tu, lenguh2 kat tempat inject dua tiga hari baru hilang, sakit pulak tu dik, (saya tak takut, cuma serik saja, heheh).

staff nurse : ok kak, tahan nafas.

Nurse tu kata dalam tempoh inject tu sama ada haid kita tak der lansung atau keluar tak berenti tengok la kesesuaian ubat tu ngan hormon kita. Dan ubat tu sesuai untuk ibu yang menyusukan. Setakat ni tak ada apa2 yang pelik lepas inject ari tu. Harap2nya badan saya boleh terima ubat tu. Sebab nak jugak pakai implanon. :-)















jadi.................

kena la tunggu 2 bulan lagi. nnti saya cerita lagi. dahhh.


p/s: gambar tak der la pulak ambik ari tu, sori ek.


No comments: