31 December 2013

Selesai sudahhh

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya hari ni. Dua tiga malam tidur tak lena sebab urusan anak tak settle lagi. Rapat hari tahun ni akhirnya berjaya uruskan dengan mudah. Syukur-syukur. Syukur Ya Allah.

Sebab apa saya happy sangat ni.
Sebab-sebab kat bawah ni la sayang oiiiii.


1. Abang Aqil dah masuk darjah 2, naik kelas dia tahun ni, ada peningkatan yang memberansangkan. Alhamdulillah.

2. Kakak Areefa dapat masuk Prasekolah sama sekolah dengan abang Aqil, dah selesai orentasi dan pendaftaran tadi. Alhamdulillah.

3. Abang Ariq daaapat jugak masuk tadika impian saya, dah selesai daftar jugak tadi, kakak Areefa pun dapat transit kat situ jugak dah settle daftar tadi. Alhamdulillah.

4. Last, Adik Azwar pun berjaya jugak diterima masuk Taska Permata dekaaaat dengan opis saya ni. Senang la nak jenguk nanti. Alhamdulillah.


Itu aje, jgn marah na, saja jer saya ni kan. Hihihii.... ;-)


Selamat datang tahun 2014.
Semoga bertambah tahun ni, bertambah jugak ilmu dan amal saya dan kita-kita semua. In sha Allah.






27 December 2013

Hatiku dilukai...


Si isteri merasa bahagia sepanjang perkahwinan mereka. Apa yang isteri inginkan, akan dipenuhi oleh si suami. Ya, apa sahaja, apa sahaja yang diminta isteri. Minta kereta dibeli kereta, minta perabut dibeli perabut, minta beg dan kasut dibeli beg dan kasut. Sungguh bahagia dia rasa kerana suami selalu penuhi keinginannya.

Sehinggalah pada suatu hari isteri menemui diari suaminya. Ditatap satu persatu catatan suami.
Sedih, pilu, malu, kecewa, tidak dapat digambar dengan kata-kata. Betapa hancur dan luluhnya hati isteri bila mengetahui perkara yang sebenarnya.


Yang selama ini, segala permintaannya dipenuhi oleh suami kerana atas rasa bersalah suami kepada isteri.
Dalam catatan tersebut,

Semua kehendak isteri akan sedaya upaya aku penuhi, memang beliau berhak. Kerana itu sahaja yang mampu aku beri. Aku rasa amat bersalah kerana hatiku masih dan sangat mencintai a**. Walau telah lama berkahwin, aku akui isteri seorang yang baik padaku dan anak-anak. Namun hati ini tidak dapat menipu untuk mencintai isteri. Cintaku masih utuh padamu a**, walaupun tidak dapat bersama, namun aku tak dapat melupakanmu. Maafkan ku wahai isteri.

Sejak hari itu isteri mula berubah. Layanannya pada suami tetap sama. Tetapi dia tidak lagi meminta-minta. Sedikit demi sedikit isteri mengumpul wang sehingga dapat beli motosikal untuk kegunaannya. Segala yang diberi oleh suami tidak diusik dan dipakai. Semua urusan menghantar anak ke sekolah pergi ke kedai, isteri bawa motornya sendiri. Sehinggalah suami perasan akan perubahannya dan menegur, kenapa tak pakai kereta. Tak apa, saya dah ada motor, bawa motor lagi senang.
Sedangkan hatinya begitu sebak menahan sedih, terasa diri menjadi beban dan menyusahkan suami kerana terlalu meminta-minta dahulu. Dia rasa suami begitu baik, walau tidak mencintainya, tetapi masih baik melayannya. Biar la dia belajar berdikari, andai suatu hari suami tidak mahukannya lagi, dia sudah bersedia.

Sehingga satu masa suami jatuh sakit dan terlantar tak dapat bangun. Isteri melayan dan menjaga dengan taat. Tanpa mengeluh dan mengelat sehinggalah suami sembuh. Hati isteri, biarpun tahu suami tidak cinta akannya namun tanggungjawab sebagai isteri sedaya upaya akan dilaksanakan dengan baik dan walau hatinya hancur suami tetap diutamakan. Suami seakan tersedar bahawa susah senang tiada siapa lagi yang boleh diharap selain isteri sendiri, isterinya memang seorang wanita yang baik, rasa berdosa kerana selama ini dia tidak ikhlas menerima isteri dalam hidupnya. Dari hari itu dia cuba mencintai isterinya dan cuba mengikis rasa cinta pada bekas kekasihnya itu.





p/s;-
Ada bakat tak saya menulis. he he he. Tetiba jer rasa nak mengarang cerita. org lain sibuk update azam tahun baru, persiapan sekolah anak, awak pulak duk melayan emosi. ;-)
Ok, sebenarnya inti cerita tu saya dapat dari kelas ustazah suraya. Tapi saya olah jadi karangan pendek. Terasa pulak nak bercerita kat sini.
Masa dengar cerita ni, saya terfikir, boleh ke saya hidup dalam situasi mcm tu. Terang2 suami dah mengaku cintakan orang lain tapi boleh bersabar dan buat macam tak de apa2. Huh! kuat betul dia ya. Kalau sayaaaaa laaaaaaaaaaaa. Opsss...

Pandangan saya, jodoh yang Allah dah tetapkan pada kita ada rahsianya. Kita rasa pasangan kita tak sempurna dan tak macam kita inginkan, tetapi bila tiba masanya, mata dan hati kita akan terbuka bahawa sebenarnya pasangan kita itu lah yang terbaik buat kita. Macam la kita ni sempurna sangat kan. Hargai pasangan kita selayaknya, cuba bina cinta dan bahagia dalam rumahtangga BERSAMA-SAMA, bukan sebelah pihak sahaja. In sha Allah, ada jalannya.

Bila tengok cerita ni, suami dan isteri diuji Allah sebelum dapat cinta dalam rumahtangga. Suami baru tersedar bila diuji sakit, dan isteri baru tersedar peranan isteri (jgn terlalu meminta-minta pada suami sehingga membebankan suami) bila diuji terjumpanya diari suami. Jadi konklusinya, alam rumahtangga banyak onak dan duri. Allah Maha Adil.
Sekian.


~Tiada makna rumahtangga jika tiada rasa cinta dan tiada rasa bahagia jika tiada kerjasama dalam rumahtangga~






ehhh, ada lagi, ada dua lagi cerita yang ustazah kongsi. nnti saya tulis eh, tp tak tau la bila pulak rajinya tu. uhuk! ;-)