15 July 2011

Kalori oh kalori

Smalam saya hadir ceramah Pengurusan Berat Badan: Ada Apa Dengan Kalori?.
mmg sangat bermanafaat kepada saya yg tengah usaha kuruskan badan ni. puan penceramahnya dr jab. kesihatan wilayah persekutuan. kecik comel jer puan tu. nnti ada masa saya taip apa yg saya dapat dlm ceramah semalam tu.

gift yg saya dapat.
itu la bmi saya sekarang. huhuhuuu... sungguh sadis.

nak pegi upsi jap lg ni. che abe kita nak konvo 27hb ni. ;)



05 July 2011

Aku? Masih menunggu..........

Smalam, dapat berita gembira dari mak,
Tahniah mak dapat jawatan tu, bangga lak rasa bila mak ada jawatan kat kg aku tu. bestnya mak.

Ari ni, baru tadi, pun dapat berita gembira adik ipar. dia berjaya dlm interview ngan TM tp tak tau posting kat mana lg, kena gi training dulu. wah bagus ko dik. bangga gak ada sedara kerja ngan TM.

Aku?
Bila lak giliran aku yer. tak sabar nak tau, tapi dlm hati Tuhan saja yg tau. berdebar-debar.
Akan tiba jugak masanya. Tunggu jer la.
Doa, doa, doa.

Anak-anakku, doakan mak berjaya yer. :)

Wajah tiga beradik yg ceria. 

kalo time gaduh, ya ampun, maunya jadi singa aku. :)
tapi kalo diorg tak bising tak best lak. 
cuba kalo demam sorang, tak ceria jd rumah tu. 
biar la depa nak bising ka, nak ngada2 ka. 
bila diorg dah besar nnti, tak dak dah perangai ngada2.
mesti kita mak pak ni rindu time hinggar bingar tu.
semoga anak2 mak jadi anak yg soleh dan solehah.


Keperibadian seorang insan bergelar lelaki.....

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan.
Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang  lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. 

Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat.
Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. 

Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. 

Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan
demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga.
Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi.
Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurangkedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan
mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.
Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih
mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang  ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
**NOTE : cerita ini adalah untuk dibaca sahaja.... bukan untuk dipercayai 100%
Thank From : Khalid 


*walau dah 5 thn lebih hidup berumahtangga ni, masih tak berapa nak faham ngan laki sendiri. bila baca ertikel ni baru tahu n faham ngan che abe. lepas ni saya tak nak berleter depan che abe lagi. tak baik sungguh perangai saya ni. selalu pikir yang bukan2. bukan apa skang ni kita kena jaga laki kita betul2 kan. mcm2 dugaan kat luar rumah tu. nauzubillah.


semoga rumahtangga saya dirahmati dan dilindungi Allah selalu.



04 July 2011

Warna warni kehidupan di pejabat



Ambik mood kerja dihari isnin. huhuhuuuu....


Warna warni kehidupan di pejabat 

-Ada 
  lelaki     & ada wanita 
Ada yg pura2 rajin   & ada yg   bersantai  
Ada yg pengampu     & ada yg pak turut 

Ada yg main games   & yg tidur 

- Ada yg 
suka marah²   & yg stress 

- Ada yg 
suka gosip   & yg suka jln² 

- Ada yg suka 
merosakkan harta pejabat     & ada yg suka 
ulang alik ambil minuman 
 

- Ada 
pujian  & makian 
-Ada 
yg ceria    yg boring    
-Tp katanya "We're a team" 
 
-So be fun 
 , enjoy your timeyour work   & achieve the best  


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JGN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI......... 

 

*kat atas ni juga dicopy dari emel. :)



Syaaban dan kelebihannya

Baca emel lama, bahan mana yg sesuai, elok juga saya copy dlm blog ni, lg pun skang ni dah masuk bln Syaaban dah, utk rujukan masa akan datang. :)



Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban 

Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban) pada tahun ini adalah bersamaan 17 Julai 2011 (15 Syaaban 1432) . 

Apa pentingnya Nisfu syaaban?
Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :
(*) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukankan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
(*) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.
(*) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.
(*) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.
(*) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.
Antaranya disebut dalam kitab-kitab :
(*) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.
(*) Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
(*) Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:-Angkat kepala mu ke langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.
- Sabda Nabi s.a.w:-
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)
- Sabdanya lagi:-
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)   
- Tersebut dalam kitab A-Barokah:-
Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
- Tersebut dalam kitab Iq'na:-
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-
Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.
Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.
Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.
Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-
Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-
Sehingga naik fajar subuh.
Dan katanya lagi :-
Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

IMPORTANT NOTE:
Untuk makluman semua....Malam Nisfu Syaaban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin (sebaik saja masuk maghrib), 17 Julai, 2011.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &  mati di dalam iman &  pohonlah segala yang baik....
    Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
    Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.     Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat. 
Sabda Nabi s.a.w: " Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya."        (Hadis Riwayat Muslim)
Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin amin ya rabbal alamin.
Wallahu'alam bissawab...Wassalam.


*saya copy paste dari emel yang diforward pada saya, jd tak tau nak bg kredit kat sapa. harap tuan punya emel ni izin saya copy kat sini yer. 

01 July 2011

Kisah Sedih

Smalam,
masuk
http://ratuhati.com/
masuk forum ni.
http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2703.0.html
pastu baca blog ni.
http://mawarnafastari.blogspot.com/
dan
http://hasyasofea.blogspot.com/
sedih sgt.
rasa insaf sgt.
dunia hanyalah sementara.
apa segala kemungkinan.
seharusnya kita bersedia.
semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada mereka.




*saya sgt sensitif ngan che abe saya. sikit2 nak merajuk. sikit2 nak marah2. sikit2 buat muka. aduhh... buruk betul perangai. insyaAllah, pas ni saya akan control dan ubah sikap buruk ni. kesian kat che abe, tetiba jer bini dia buat muka, tak tau ujung pangkal. tp, saya betul2 respek ngan dia, sbb dia tak penah ambil hati n buat2 tak tau jer bila saya marah2, dia cakap ngan saya mcm biasa mcm tak de apa2. lama2 saya sendiri yg jd cair n back to normal. huhuhuu..... syukur Ya Allah kerana kurniakan suami ini untuk saya.