Lamanya saya tak coretkan sesuatu kat sini. Rindu, tapi masa tak mengizinkan. ;-)
Ok berbalik pada tajuk, semua dah maklum kan, esok adalah Hari Guru. Maka anak-anak saya dah bertanya nak bagi apa kat cikgu.
Ting! Tong!, apa nak bagi ek. Hadiah hari guru mestilah praktikal, dan mestilah bagi cikgu rasa terharu bila dah bukak pembalut tu , waahhh..... (hehehe... andaian saya jer, tapi kalo saya, bila terima hadiah mesti rasa eksaited nak bukak dan bila tengok hadiahnya best mesti rasa terharu, huhuhuhuu). Apa2 bentuk rupa hadiah tak penting kan, yang penting kita ikhlas nak bagi kat cikgu sebagai tanda terima kasih sebab mendidik anak kita dengan baik dan ikhlas ;-)
Projek yang tertanguh kat atas tu ialah proses nak balut hadiah untuk cikgu2 anak2 saya. 3 orang anak saya berlainan tempat, maka cikgu2 nye pun ramai lah. Kesemua hadiah yang nak kena balut 15 hadiah. Huhuhuhuuu...... berpeluh saya. Nak menyorok dalam bilik, pasti diorang tau nye bila dah tau saya takder kat luar tu. Bila dah semua masuk bilik, yang tu nak pegang ni yang tu nak tengok tu. Bila masa la nak siap ni. Nak letak dalam paper beg tak nak (padahal nak jimat kos, hehehe). Maka malam ni lewat tido la saya nampaknya nak membalut hadiah2 ni.
Apa yang saya nak bagi tu,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini pilihan saya untuk cikgu tahun ni. Bagi saya benda ni sesuai untuk cikgu letak apa2 hiasan dan bila letak kat meja nampak menarik (bagi saya la, hihihii). Nampak macam hadiah kahwin kan. :-) Semua cikgu anak saya perempuan, sebab tu saya pilih hadiah ni. Saya masukkan juga nota kecil ucapan untuk cikgunya.
Nak balut jadi macam ni yang mencabar keimanan nya tu. Padahal balut simple saje. Baru satu siap. Si abahnya menjeling saje, bila nak siap kalo macam ni kan. ;-)
Bagi semua yang berstatus guru Selamat Hari Guru saya ucapkan, "Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa anda dan semoga cikgu-cikgu ikhlas menjadi pendidik dan menjadi pendidik yang baik. Insha Allah".
2 comments:
hik3, berpeluh ketiak mak nak balut 15 hadiah..... ini malam, pun kena balut hadiah utk majlis hari guru esok..ting tong! nyorok dlm bilik lah! ;-)okey tu hadiah utk hari guru, cikgu buleh buh kerongsang ke....
iyo, boleh jugok letok getoh2 rambut ko. hehehe.... beli kat kedai kahwin sri gombak nu. ;-)
Post a Comment