Salam semua,
Masa hari orientasi tahun 1 awal2 tahun baru ni, agak pening kepala bila guru besar duk sebut pasal KSSR, apa benda la KSSR ni. Yang saya tahu KBSR jer, tup2 sekarang ni KSSR pulak. Maklum la anak2 tak sekolah lagi sebelum ni, memang tak ambik tau langsung pasal sistem2 sekolah. Masa cuti sekolah ari tu duk sibuk beli keperluan sekolah anak je, sampai lupa ambik tau pasal sistem sekolah sekarang. Cuma penah la dengar UPSR dah tak der dah, tapi tak ambik tahu pun. Bila anak dah masuk sekolah ni, hari2 duk tengok buku2 dia, sembang2 ngan biras (cikgu) pasal sistem sekolah rendah sekarang, baru la paham sikit apa KSSR. Nak kata faham sangat tu tidak la (biras saya kata cikgu2 pun masih separuh tahu sistem baru ni, :-), saya cuma nak berkongsi sikit kat sini apa yang saya tau pasal KSSR (berdasarkan pemahaman saya, ringkas2 sudah).
KSSR ialah singkatan dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah, menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sistem ni mula di guna pakai pada tahun 2011 (kira masih baru sangat lagi). Jadi murid tahun 1 bermula tahun 2011 dah guna sistem ni. Dalam sistem baru ni, format UPSR digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya murid akan dinilai dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Apa yang saya tahu, budak2 dah tak der buku rekod dah, setiap murid akan ada fail peribadi, segala rekod prestasi pelajaran dan aktiviti lain dimasukkan dalam rekod peribadi murid dan akan di bawa dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Ibubapa juga akan diberi satu pautan web untuk semak rekod prestasi anak2 kita. Periksa besar macam UPSR dah dihapuskan, cuma ada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dan ujian2 lain. Perbezaan jelas 2 sistem ni ialah sistem penilaian yang digunakan. Masa KBSR sistem penilaian guna ABC dan murid dapat nombor dalam kelas, tapi sistem penilaian KSSR pulak guna penilaian BAND. Masa KBSR ada 3M, KSSR pulak ada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Biras saya kata untuk murid darjah 1, dapat band 4 dah kira bagus sangat dah.
Band 1 - Tahu
Band 2 - Tahu dan Faham
Band 3 - Tahu, Faham, Boleh Buat
Band 4 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap
Band 5 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap Terpuji
Band 6 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap Mithali
Nak tahu lebih lanjut boleh klik web KSSR atau web KPM.
Web Lembaga Peperiksaan (boleh terus rujuk contoh rekod perkembangan murid - m/s 45&46, kerangka standard prestasi - m/s57&58).
Itu aje ringkasan yang saya tau pasal KSSR dan PBS ni. Saya nak cerita panjang pun takut salah ulas pulak yer :-)
Sejak anak dah sekolah ni saya lebih ambik tau pasal sistem sekolah sekarang. Belek2 buku tahun 1 memang tinggi silibus dia. Sungguh jauh berbeza masa zaman saya sekolah dulu. Masa dulu tahun 1 masih lagi cikgu ajar abc, jawi, baru belajar membaca, mengira. Sekarang ni, naik tahun 1 budak2 kena pandai atau lebih tepat mesti boleh membaca dan mengira dan juga pandai jawi. Kena jugak tahu basic english dan arab (sekarang budak tahun 1 dah belajar subjek arab, zaman dulu sapa masuk sekolah agama jer belajar arab). Sekarang ada ni ada subjek Dunia Sains dan Teknologi (zaman saya dulu Kajian Tempatan tak salah la, oh, lupa pulak), subjek Pendidikan Seni dan Visual, dan Pendidikan Jasmani.
Kat sekolah abang aqil, ibubapa kena pilih satu subjek sama ada Bahasa Arab atau Bahasa Cina untuk subjek tambahan. Saya tengok buku Bahasa Arab/Cina tak ada tulisan rumi sepatah pun. Sama jugak subjek Pendidikan Islam, buku dia semuanya tulis jawi. Bayangkan tahun 1 dah kena pandai baca jawi. Agak terkejut bagi saya yang tak pernah ambik tau langsung pasal sistem sekolah sekarang. Terfikir jugak, tak pening ker anak2 kita ek. Tapi tengok budak2 ni balik dari sekolah happy jer. Tanya kat sekolah ok ker? Ok memanjang.
Pendapat saya, sistem KSSR ni masih baru lagi, kalo ada benda yang kita tak puas hati atau tak faham tu terus jer berhubung dengan guru kelas dia (kena simpan no. hp cikgu kelas). Budak2 pun tak boleh nak ponteng2 sekolah sebab segala aktiviti, cikgu akan rekod dan simpan dalam fail peribadi dan di bawa hingga ke tahun 6 nanti. Kalo tak datang sekolah sebab sakit kena mintak mc ngan doktor, suruh anak bagi kat cikgu untuk rekod (ingatkan org kerja jer ada mc, budak sekolah pun boleh mintak mc jugak). Kalo tak pergi sekolah ada sebab2 tertentu kena telefon cikgu maklumkan.
Haa, baru sorang anak yang sekolah kelam kabut jugak rasanya. Tahun depan areefa ngan ariq nak antar tadika kat SRA abang aqil (kat situ ada tadika untuk 5 dan 6 tahun), macam mana la agaknya bila tiga2 sekolah nanti, fuhhh, berdebar pulak).
Itu belum survey pasal Sekolah Rendah Agama lagi. Rasanya tak der perubahan kot, tapi SRA ada UPSRA, sekolah rendah kebangsaan dah tak der UPSR. Macam mana pulak tu ye.
*Tiap2 hari terfikir nak buat jadual belajar abang aqil, sampai la ni tak buat2 lagi. :-)
27 February 2013
20 February 2013
Kita kongsi sama-sama ~7 Sunnah yang ditinggalkan!
Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.
#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#
Tambahan : Penerangan Ust Azhar mengenai sunnah nabi saw yang tunjuk menggunakan Lambang B.
http://www.youtube.com/
sumber: facebook
p/s: agak terkejut kan.
Label:
kongsi
18 February 2013
Saya dah boleh tersenyum ...........(sikit) :-)
Sebelum ni saya ada citer pasal EBM saya yang makin merundum.
Sampaikan dah cuba banyak cara (lebih pada pemakanan) untuk buat stok semula.
Tapi tak jadi. Susu masih keluar sikit dari sebelum2 ni.
Masa tu EBM azwar memang tinggal nyawa2 ikan, bawak gi umah pengasuh 4 bekas, kat dalam peti ais tinggal 2, kadang2 tinggal satu. Sedaya upaya bahagi2 kan bagi cukup jugak 4 bekas nak bawak pi umah pengasuh, pernah bekalkan 3 (alhamdulillah, cukup pulak ari tu). Satu bekas saya isi 4 oz.
Saya terfikir-fikir jugak, apa kesalahan saya susu saya susah nak keluar. Tapi saya yakin susu masih banyak dan masih ada. Memang sedih juga masa tu.
Yang saya fikir :-
1. Mungkin sebab saya minum ais;
2. Mungkin sebab saya minum teh dan nescafe,
3. Mungkin sebab kat opis saya tunggu breast penuh baru pump,
4. Mungkin sebab saya guna pam manual yang dah berusia 3 tahun lebih dan tak pernah service,
5. Atau mungkin sebab saya PEMALAS nak pam masa cuti.
huhuhuhuuu....... semua sebab tu buat saya terfikir, ibu menyusu memang tak boleh amal sebab2 kat atas tu kan. Alahaiii, menyesalnye saya. Lepas tu saya cuba sedaya upaya cari jalan macam mana nak tambah EBM saya.
Sekarang ni saya boleh tersenyum sikit (sikit jer, tak boleh senyum lebar sangat lagi). Sebab, stok EBM dah makin meningkat, sekarang ni EBM kat rumah ada lapan bekas, tadi bawak 5 pek (saja bawak lebih). Syukur sangat dah dapat buat stok banyak tu (walau pun tak banyak mana, kan). Saya dah lega sikit dari sebelum ni.
Apa rahsia saya (sebelum ni saya tak pernah cuba).
1. Buat power pumping. Memang power lah. Masa mula2 buat tu dalam seminggu 3 atau 4 kali saya buat. Masa buat pulak tak tentu, time rasa nak buat saya buat (kebetulan masa tengah free, sebab makan masa sejam!). Hari sabtu atau ahad memang saya buat. Hari kerja pun buat (30 minit saja) sebelum masuk tido, atau bangun awal pagi. Alhadulillah berkesan! Keluar banyak sangat tu tak la, tapi ada peningkatan. Dua minggu jugak buat macam tu. Sekarang ni buat seminggu sekali jer (sebab power pumping seminggu dah memadai kan). Lagi satu yang saya perasan lepas buat power pumping ni, saya mudah dapat ransangan (maka susu mudah keluar, banyak, dan cepat), sebelum ni susah nak dapat.
2. Lagi cara saya, mengelak minum ais , mengelak minum teh , dan mengelak minum nescafe. Ada jugak terlajak minum, tapi banyak dah kurang. Kurang banyak la. Heheheeee. Tak macam sebelum ni. Hari2 minum ais. Teruknyaaa saya.
3. Selain tu saya beli longan (mata kucing) kering. Beli kat Giant. Basuh, rebus masukkan gula dan minum. Buat stok banyak2. Bawak gi opis. Hari minggu duk minum air tu je. Heheheeee. Rasi pulak ngan badan saya. Dah la air tu sedap, minum hari2 pun suka. :)
4. Pas tu, gigih saya bawak pam spectra 3 saya hari2 gi opis pastu bawak balik rumah pulak. Sebelum ni saya tinggal jer kat opis, berat nak bawak ulang alik. Kat umah pakai medela harmony. Tapi pump tu tak berapa jadi pulak sekarang ni. Atau corong dia kena tukar beli yang baru. Ntah la. Tapi bila pakai spectra 3 laju jer keluar. Alhamdulillah. Jadi sekarang ni rela saya usung spectra 3 walau pun beratnyaaaa nak bawak awak specra 3 oii.
5. Dan lagi, saya pam sambil menyusukan azwar (double pumping). Yang ni memang boleh buat stok, walau keluar tak banyak, 1 oz ker, 2 ker, 3, 4 ker, saya kumpul2 dapat jugak satu, dua pek untuk hari tu. Lepas tu sebelum pergi kerja wajib menyusu azwar dan sebelah lagi saya pump. Masa ni banyak yang keluar, boleh dapat 5 - 6 oz (boleh terus bawak gi umah pengasuh, fresh gitu). :-)
Jadi, saya maintain cara macam ni. Selain tu saya makan obimin jugak untuk tambah vitamin yang kurang. Sekarang ni kat opis dapat jugak 6 - 7 oz, kat rumah pulun habis :). Menyusu secara exclusive selama 6 bulan dah berjaya saya laksanakan. Alhamdulillah. Doa saya dapat menyusukan azwar sampai 2 tahun atau lebih. Insha Allah. Amin.

Tinggal kenangan.
Masa ni sebelum naik kerja. Ada lebih kurang 50 pek. Ingatkan dah naik kerja boleh cover baik teknik FIFO tu. Silap saya. Sepatutnya kena buat stok banyak lagi. Menyesal tiada guna. ;-(
Sekarang bukan masa nak malas2 lagi. 2 tahun jer, bukan lama mana pun, kan. Insha Allah, SAYA BOLEH! daaah.
Label:
asi
14 February 2013
Kaedah perancang keluarga yang saya pilih, IMPLANON, lain dirancang, lain pula jadinya
Salam semua.
Kat sini saya nak cerita sedikit pengalaman masa kat lppkn untuk dapatkan kaedah perancang keluarga. Anak dah empat orang, harus la pakai apa2 kaedah untuk perancangan masa depan.
Mula2 tu bincang ngan suami nak pakai cara mana. Fikir punya fikir. Sebelum ni saya pernah cuba makan pil dan inject 2 bln sekali tu. Tapi kali ni saya tak nak guna yang tu lagi. Tak sesuai bagi saya yang suka culas2 makan dan malas nak ulang inject. Nak rancang sendiri tak berani la pulak. Jadi, pilihan saya kali ni ialah IMPLANON.
Mula2 tu, betul2 ker nak pakai ni, mcm2 info saya dah cari dan baca. Tapi saya nekad, nak pakai implan jugak. Sebab saya tak bersedia sgt2 kalo terpregnant lagi (niat nak tambah sorang lagi ada, tapi tunggu azwar 3 atau 4 tahun dulu, inshaAllah kalo ada rezeki :-)
Lepas bersalin hari tu dah 2 kali datang bulan. Berdebar2 kalo lewat datang, walaupun tau kompom tak mengandung, tapi hati rasa susah sbb mcm2 boleh jadi. Maka, set appointment dengan lppkn jln raja laut pada 6hb baru2 ni. Pergi la saya keseorangan ke sana dengan hati yang nekad, hari ni nak jugak pasang implanon, tak nak tangguh2 lagi dah! Untuk pengetahuan semua, masa telofon lppkn untuk set temujanji, dia ada cakap suami tak datang pun tak per, janji dah mintak keizinan dari suami, dan lagi satu paling penting, nak pakai apa2 perancang mesti waktu kita sedang datang haid. Seelok2nya hari pertama hingga hari ke lima. Dan kalo pergi kena ada appointment, kalo tak dia tak ambil kes, sbb dia dah set dah berapa org untuk hari tu.
Sampai2 sana, terus masuk ke bahagian pendaftaran untuk daftar dahulu. Ambik nombor dan letak kad pengenalan bersama nombor kita tu dalam box yang disediakan kat kaunter. Sat lagi dia akan panggil nama kita. Jangan risau, kat sana service memang cepat, cuma lambat sikit kat pendaftaran sbb nak bukak buku baru, kena isi itu ini. Tapi tempatnya selesa, lambat sikit pun tak terasa. Lagi pun boleh sembang sikit-sikit dengan sapa2 yang sedang menunggu ngan kita tu. Masa tu sempat la saya berbual ngan sorang kakak. Hari tu dia buang implanon dan pakai balik untuk tiga tahun. Wah, advance sungguh kakak ni yer (dlm hati saya la) dah pakai tiga tahun, sambung tiga tahun lagi. Dia kata, masa lahir anak keempat, dia ingat tak nak tambah dah, 9 tahun dia rancang sendiri. Tup2 lekat nombor lima. Lepas bersalin tu dia dah takut nak rancang sendiri. Itu yang sambung2 pakai implan tu.
Tiba masa nama saya dipanggil. Masuk bilik staff nurse dulu untuk soal selidik sejarah kesihatan kita, juga dia rekodkan dalam buku kita tu. Macam2 yang dia tanya tentang hal2 kesihatan wanita. Pas tu dia terang satu2 kaedah perancang keluarga. Dah kita pilih implanon, dia terang lebih sikit tentang implanon. Tapiiiiiiii lain yang disangka, lain pula yang jadi. huhuhuhuuuu.... :-)
Bersama dengan staff nurse yang layan saya tu ada dua lagi staff nurse pelatih. Duk kecek-kecek saya.
Perbualan penting (saya dah ringkaskan) yang merubah impian saya :-D
staff nurse : Kitorg bukan tak nak bagi akak pakai implanon, tapi akak cuba dulu inject yang dua bulan dulu, tengok rasi tak ngan hormon akak. Ubat dia sama jer, kalo lepas inject ni akak tak der apa2 komplikasi, maknanya hormon badan akak sesuai pakai implanon.
saya : Akak dah pernah cuba inject tu dik, tapi ok jer tak der apa2 yang pelik dalam tempoh inject tu.
staff nurse : Akak pakai tu masa tahun 2009 kan, dah lama tu kak, pas tu akak dah bersalin skali lagi mungkin hormon tu berubah lepas bersalin, kalo akak baru inject baru2 ni tak per, kita benarkan.
saya : Ha'a, dah lama inject tu, tapi akak rasa ok kot. Akak nak pakai jugak ari ni la dik. Dah bersedia sangat dah ni (mental, fizikal dan kewangan. Penting ni, hihihihiiii).
staff nurse : Kalo ikut prosedur kitorang suggest akak try inject dulu, dua bulan jer kak. Kalo ok kita set temujanji balik untuk pakai implanon. Bukan apa kak, kita tak mahu bila dah pasang tetiba ada masalah, nak tak nak kena buang implanon tu. Bahaya kalo teruskan. Bukan nak takutkan akak, kita cakap mcm ni sebab dah ada kes, kawan saya sendiri kak. Dia pakai dalam 6 bulan jer. Tak tahan sebab migrain dia makin teruk dan ada pendarahan. Bila dah buang tu baru ok. Lagi pun, benda ni bukannya murah kak, nak pakai bayar 320 ringgit, buang pun kena bayar 100 ringgit, membazir kak kalo tak rasi ngan badan kita nanti. Sebab tu kita nak akak try inject dulu, kalo hormon akak boleh terima tak per la. Kalo ada masalah yang luar dari biasa tu mmg akak tak boleh pakai implanon.
Dua2 stuff nurse pelatih tu pun ada sampuk2 gak, tambah2 lagi cerita. Buat saya fikir panjang nak teruskan ker tak. Kebetulan perempuan kat sebelah saya tu pun berkeras nak pakai implanon juga.
saya : Emm. betul jugak kan, akak bukan apa, nak datang sini masalah sikit, sebab kena datang hari kerja. Nak ambik cuti sayang la pulak (hehehh, sebab pakainya sekejap saja, dan boleh ambik time slip). Akak ingat ker senang jer, datang terus boleh pakai. Sebelum ni tak tahu pulak ada kes2 yang macam ni. Memang tak nak la ada risiko macam tu. Tapi kalo akak berkeras nak pakai pun mmg tak boleh kan. :-)
staff nurse : (tersenyum) itu la kak, nanti akak masuk bilik doktor pun dia akan tanya napa akak tak cuba inject dulu. Kita kat sini memang akan suruh cuba inject dulu sebelum pakai implanon. Boleh eh kak, try inject dulu. Dua bulan kak, tak lama.
saya : ok la, akak cuba inject la.
staff nurse : ok, akak buat bayaran dulu kat farmasi, pas tu masuk balik kita inject kat bilik sana.
Masa kat farmasi beli ubat dan bayar bukak buku tu terserempak ngan perempuan yang kat sebelah saya tadi. Saya tanya napa beli pil pulak, tak jadi ambik implanon ker. Dia kata sekarang ni haid dia dah 16 hari tak berenti2. Sebelum ni inject la. Dah jadi macam tu dia tak berani pakai implanon. Tukar makan pil pulak. Ha, bila dah tau depan mata tu terus tukar fikiran, takut jugak kalo tak rasi ngan hormon badan kita ek.
Sesungguhnya perancangan dari Allah jugak yang terbaik untuk kita. Memang tak der dalam fikiran langsung ari tu nak inject2 ni. Berkecai sudah harapanku. Eceh, macam la penting sangat eh.
sambungan....
saya : dik, inject perlahan2 ek, masa inject yang dulu tu, lenguh2 kat tempat inject dua tiga hari baru hilang, sakit pulak tu dik, (saya tak takut, cuma serik saja, heheh).
staff nurse : ok kak, tahan nafas.
Nurse tu kata dalam tempoh inject tu sama ada haid kita tak der lansung atau keluar tak berenti tengok la kesesuaian ubat tu ngan hormon kita. Dan ubat tu sesuai untuk ibu yang menyusukan. Setakat ni tak ada apa2 yang pelik lepas inject ari tu. Harap2nya badan saya boleh terima ubat tu. Sebab nak jugak pakai implanon. :-)
jadi.................
kena la tunggu 2 bulan lagi. nnti saya cerita lagi. dahhh.
p/s: gambar tak der la pulak ambik ari tu, sori ek.

implanon
Subscribe to:
Posts (Atom)