UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka
sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan
terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu
banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
pas ni kalo sakit sikit2 tu bolehlah cuba cari alternatif lain utk berubat. tak nafikan keberkesanan ubat2 yg ada kat pasaran, tapi kesan masa panjang tu kita takut tu. kasihan kat badan kita, dari sakit sikit2 jadi sakit lain pulak. ayat kat bawah ni saya dapat dari buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (Dato' Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid).
Doa dan amalan untuk mengatasi sakit kepala.

"Dengan nama Allah sebaik-baik nama. Dengan nama Allah Tuhan bumi dan langit. Dengan nama Allah yang nama-Nya membawa berkat dan menjadi penawar. Dengan nama Allah yang tidak akan memudaratkan bersama nama-Nya sesuatu yang di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
InsyaAllah, usaha ni macam2 cara, tok leh cara tu cuba cara lain lak. mana tau salah satu yg kita cuba tu berkesan, kan. ;)
2 comments:
pernah baca jugak artikel ni..sekarang da kena berhati2 bila nak makan panadol..tak boleh amalkan selalu kan :D
betul tu, tak leh bergantung sgt kat ubat. :)
Post a Comment