Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

18 September 2013

Apa nak buat bila orang suka kacau komputer (opis) kita eh.

As-salam,

Hari ni terfikir nak kongsi satu trick yang agak best jugak (bagi saya la). Hehe.

Sebenarnya dah lama saya dalam dilema pasal komputer kat opis saya ni. Nak letak password serba salah sebab ada masa kita cuti orang nak guna fail dalam komputer ni, diorang akan call kita tanya password kita, maka tak der maknanya letak password kalo camtu. Nak bukak komputer tanpa izin buat kerja opis tak der hal, tapi kes saya ni lain. Benda ni dah lama sangat dah, tapi setakat ni tak pernah jadi lagi la komputer rosak, tapi asyik2 berat jer. Nak buat kerja pun leceh. Heheheeee, alasan.

Kisahnya begini. Ada orang luar suka bukak komputer saya untuk main game kat internet. Dah la suka-suka hati install macam-macam kat komputer saya. Install game la dan macam-macam lagi. Berat la komputer saya kalo macam tu. Jadi saya terfikir apa kata saya sekat internet kat komputer saya ni. Pasti orang tu tak nak bukak dah komputer saya sebab dah tak boleh main game. Mungkin juga nak dekat ngan komputer saya pun tak hingin dan nak tengok pun tak hendak sebab internet tak boleh nak connect. Itu sudah bagussss. Lagi la saya suka. Ha ha ha ha. Eh, ini bukan kedekut ye, tau la komputer opis ni bukan harta kita, tapi saya bertanggungjawab di atas komputer ni. Kalo komputer saya corrupt masa ditangan orang tu, tak ker nanya saya ni. Habis la semua kerja2 saya kat dalam tu. Bukannya hari2 kita nak buat back up. Saya jugak yang susah nanti. Daripada berlaku risiko itu, baik saya bertindak cara sendiri. Cari kat internet tak jumpa pulak cara yang senang.

Sebenarnya trick ni simple aje. Saya suka jugak la godek2 komputer ni. Last2 jumpa jugak cara paling senang dan pantas. Sesuai sangat buat kat komputer di opis. Kalo komputer peribadi tu tak tau la blh ker tak. Saya pun tak pandai sangat pasal IT ni, tau suam-suam kuku jer. Tapi kalo orang yang bukak tu dah tau trick ni maka terkantoi la kita kan. Ohhhh, tidak sama sekali. Ada la caranya. ;-)


Cara saya:
1. Pergi kat Control Panel klik,
2. Klik Network and Internet,
3. Klik Network and Sharing Center,
4. Klik Change Adapter Setting (yang ni tengok kat belah kiri),
5. Keluar Local Area Connection klik kanan,
6. Klik Properties,
7. Akan keluar tetingkap kecil,
8. Klik Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4),
9. Akan keluar tetingkap kecil lagi. Kat situ ada nombor-nombor IP address,
10. Yang ni PALING PENTING! jangan usik nombor IP tu, copy paste kat mana-mana tempat yang selamat dan kita sorang jer tau tempat simpan tu.
11. Ok dah simpan nombor-nombor tu. Cara terakhir buang salah satu daripada nombor-nombor berkenaan, suka hati la nak buang nombor yang mana dan klik ok. Siap. Internet dah tak boleh connect. Padan muka. :-P


12. Bila nak sambung internet balik, masukkan nombor yang dah kita buang tadi dan klik ok. Ini la tricknya. Janji orang tu tak tau nombor sebenar IP address kita tu. Kalo dia tau tak der la maknanya trick ni. He heh.


Kalo berani boleh buat, tapi kalo tak berani tak yah buat, nanti kita kena marah pulak ngan orang sistem sebab dah tukar setting. Heheh. Saya buat bila hari Jumaat atau bila saya bercuti jer. Bimbang sebenarnya ada orang kacau komputer saya (pantang saya cuti ada jer orang kacau). Isnin pagi masukkan balik nombor tu dan internet boleh berfungsi macam biasa. Amacam best tak. Kalo tak best pun tak per, cuma berkongsi saje. Ha ha.




22 May 2013

Ya Hanana - Betapa Beruntungya Kami




ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

korus
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad (2x)
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad



يَا هَنَا نَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT


يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa Beruntungnya Kami 



خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna


مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)



يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa Beruntungnya Kami 


ulang korus

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW)

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia



يَاهَانَانَأ
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami


ulang korus

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT



يَاهَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami



ulang korus

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama



صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami



ulang korus


يَا هَنَانَا
ya hana na (8x)
Betapa beruntungnya kami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2TycRmF8h

______________________________________________________________________________________________________________

As-salam,

Saya kenal lagu ni bila terdengar dalam radio, bila masuk muzik intronya cepat2 abang aqil cakap ni lagu sekolah dia. Aik, pelik pulak saya kenapa lagu sekolah masuk radio pulak. Suami saya cakap sekolah agama dia selalu pasang lagu ni (tak tau la masa bila pasangnya, tapi tengok aqil tu macam dah hafal sikit). Saya pun dengar la, mula2 tu tak paham la lagu apa ni (maklum la saya tak pandai bahasa arab) ;-). Tapi sedap jugak la mula2 dengar tu. Bila tengok Malam Cinta Rasul kat TV (saluran mana tah, lupa) baru2 ni, ada juga lagu ni. Wah glamer rupanya lagu ni yer. Kat radio pun selalu jugak diputar. Bila cari dalam internet baru la saya tahu. Ini ialah qasidah. Pelantun suara oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaf dari Indonesia.  Lagu ni bila lama2 dengar memang best. Tambah2 kita tahu maksudnya. Adik2 aqil pun terikut sama dah jatuh suka kat qasidah ni. ;-)

Sedikit info, Qasidah Ya Hanana ini menerangkan:-
- Mengenai betapa beruntungnya penulis serta kesemua umat seluruh bumi berkenaan kelahiran dan kewujudan Rasulullah S.A.W.
- Kedatangan Rasulullah S.A.W. membawa rahmat ke seluruh alam dan kita dapat lihat dalam bait-bait syair ini dikatakan seluruh umat berzikir ke atas Baginda dari timur ke barat.
- Semoga atas kesungguhan kita mengikut ajaran Rasulullah S.A.W. disamping berselawat ke atas Baginda kita akan dikurniakan syafa'atnya di hari akhirat kelak. In sha Allah.
sumber.

p/s: ada keluar tak video klip yg saya letak tu. kalo tak keluar blh cari sendiri kat youtube eh. :-)


22 April 2013

Kita kongsi sama-sama ~8 al-Mathurat

As-Salam,


Saya terjumpa blog yang menarik, jom klik sini.


Saya kenal al-Mathurat masa belajar kat U dulu. Kalo jemaah kat surau, lepas subuh dan asar tu wajib baca. Masa tu dah ingat dalam kepala otak ni dah. Indahnya zaman belajar dulu tetiba.
Tapi bila dah abis U, hidup pun penuh dengan pancaroba dunia, amalan al-Mathurat dah lama saya tinggalkan. Sibuk betul saya dengan urusan dunia! kalah PM, huhuhu......
Bila terjumpa blog kat atas tu, terasa bersemangat nak mulakan balik. Zaman sekarang ni canggih betul. Terpulang pada kita jer nak rebut ker tak. In sha Allah, berazam pada diri, kalo tak buat selalu pun, buat sekali sekala pun jadilah, jangan lupa terus sudah. Kalo jadi amalan lagi la baik kaedahnya kan. Semoga bermanafaat. :-)


18 April 2013

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir

As-salam,

Bila tengok tajuk tu mesti ramai yang dah tahu zikir ni kan.
Kali ni saya nak ceritakan satu kisah benar. Belaku kat diri saya sendiri. Subhanallah, sampai ke hari ni saya masih tak percaya lagi.
Mula2 nak minta maaf mungkin ada yang tak faham jalan cerita sebenar yang saya nak sampaikan sebab ia berkisar bidang penerbitan dan sebab utama jugak saya ni tak pandai bercerita, ehee.... Harap2 motif sebenar dalam kisah ni akan sampai, :-).

Kisahnya begini. Seorang editor A bertanya kepada saya tentang satu judul komisi yang dah lama daftar. Judul tu pulak dia ambil dari editor B yang dah tukar ke wilayah lain. Semua proses kelulusan nak terbitkan buku ni dah lepas dengan jayanya semasa di tangan editor B. Tapi bila tiba ke bahagian harta intelek ada masalah bila nak buat lesen perjanjian. Editor A punya la gelabah dan pening kepala sebab tak tau nak selesaikan masalah ni, sebab dia baru ambil alih dan tak paham sangat dengan cerita sebenar. Tanya editor B dia kata semua dia buat dah betul. Tambah pulak Ketua editor A ni punya la mendesak suruh selesaikan masalah ni tak kira mcm mana caranya. Tanya situ tanya sini hingga sampai la ke bahagian saya. Saya terlibat dalam masalah ni sebab saya yang sediakan bahan2 untuk kelulusan lembaga. Sebab tu editor A cari saya. Mula2 tu saya ingatkan masalah ni ringkas jer. Bila ditilik-tilik di tengok-tengok, memang pening kepala. Saya pun turut gelabah jugak la. Jangan main2 dengan hasil karya orang ni, kalo kita salah buat, banyak komplikasi akan berlaku. Antaranya tak dapat buat lesen perjanjian, maka buku tak boleh terbit lagi dan penulis tak akan dapat royalti. Andaikata penulis tu penulis tersohor. Tak ker haru. Huhuhuuu.....

Maka start la saya cari dan selidik dari mula proses judul komisi berkenaan. Cari punya cari rupanya ada masalah kat part saya. Wah gelabah sungguh. Dalam hati duk berzikir tak henti2. Cari dalam fail yang berkenaan tak jumpa. Sepatutnya makluman judul untuk dibawa ke mesyuarat lembaga saya akan simpan dalam fail hijau. Dua tiga kali saya belek memang tak der, dan saya yakin tak der dalam fail tu. Oh, mungkin ada dalam kotak2 bawah meja saya ni, kertas2 yang boleh kata guna tak guna saya simpan elok2 dalam kotak dan letak bawah meja untuk buat recycle. Mana tau kot2 saya terbuang ker, jenuh saya selongkar tiga kotak A4 tu. Letih!. Tak jumpa jugak. Satu jalan lagi mungkin ada dalam emel. Mungkin editor B ada emel kat saya maklumat judul berkenaan. Kecewa jugak. Tak der. Hah, berdebar jugak la sikit, pening fikir mana maklumat berkenaan. Tak kan saya tak terima, kalo tak terima mana boleh masuk mesyuarat. Tak kan saya senang2 jer buang dan kertas2 macam tu tak mungkin saya buang, kalo tak buang mana pulak pergi kertas tu. Dalam hati tak berenti berzikir. Saya bagitau editor A bagi saya masa nak cari maklumat tu. Pada hari tu memang tak jumpa. Saya dah penat, esok jer la saya tepon editor A tu. Kebetulan esok dan lusa tu editor A bercuti, sabtu dan ahad. 4 hari tu puas saya fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Sebab punca kat part saya buat. Ya Allah macam mana ni. Hati saya tak berhenti berzikir. Risau.

Masuk isnin, editor A telefon saya bertanyakan judul dia tu. Sebelum tu saya dah maklumkan masalah ni kat kawan sebahagian saya. Dia cadangkan editor A turun dan bincang sama2. Maka kitorg bincang la apa sebenarnya masalah ni, puncanya kat mana. Bila kawan saya suruh ambil fail yang berkenaan tu, saya dah susah hati. Dalam hati tak berenti berzikir. Maka tawakal jer la saya gi ambik dan belek satu2 kertas dalam fail berkenaan tu. Terkejut sungguh saya pada masa tu, maklumat judul yang saya cari selama ni ada dalam fail tu. Dalam hati saya terdetik, biar betul kertas ni saya jumpa dalam ni. Hari tu memang saya dah belek satu2 kertas dalam fail yang sama memang tak der. Kalo tak, tak kan saya sanggup selongkar tiga kotak A4 yang penuh dengan kertas2 semata2 nak cari sekeping kertas ni. YA ALLAH tak tau nak gambarkan macam mana leganya hati saya bila jumpa sekeping kerta yang penting pada masa tu. Terharu pun ada jugak, tak sangka terlepas jugak saya dalam masalah ni. Editor A lagi la lega, tak habis2 ucap terima kasih kat saya, saya pun mintak maaf jugak sebab lalai. Alhamdulillah. Maka selesailah masalah berkenaan.

Sampai ke hari ni saya masih terfikir. Batul ker saya tak jumpa kertas tu dalam fail yang saya cari mula2 tu. Saya masih ingat lagi 2, 3 kali saya belek satu2 kertas dalam fail tu. Sah tak der. Tapi kenapa hari kemuncak tu jumpa pula. Dalam 4 hari tu saya susah hati betul. Mana la saya nak cari kertas tu. Macam mana la nak selesaikan masalah ni. Saya fikir, Allah nak uji saya. Hati saya tak berenti berzikir. Akhirnya masalah tu dapat selesai dengan mudah sekali.










Inilah zikir yang selalu saya baca masa tu. Sehingga sekarang saya amalkan. Hati saya kuat mengatakan sebab zikir ni Allah memudahkan urusan saya itu. Subhanallah. 

20 February 2013

Kita kongsi sama-sama ~7 Sunnah yang ditinggalkan!




Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Tambahan : Penerangan Ust Azhar mengenai sunnah nabi saw yang tunjuk menggunakan Lambang B.

http://www.youtube.com/watch?v=YZ_K7VqjXnM



sumber: facebook

p/s: agak terkejut kan.


23 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~6 Doa yang elok kita amalkan, khas untuk para isteri (untuk semua pun boleh jugak).

Salam semua,


Sebelum tu awal2 lagi saya nak cakap, saya bukannya org bijak pandai dalam bab2 agama. saya seorang yang biasa2 saja. Cuma, saya sedang mencari dan mendalami ilmu agama untuk bekalan akhirat seksok. Selalu berdoa semoga menjadi muslimah sejati dan diredhai Allah di muka bumi ini. Apa yg saya kongsi kat sini atau dientri2 lain adalah untuk panduan saya sendiri sebenarnya, bukan nak tunjuk alim tapi berasa nak kongsi dengan sesiapa yang baca blog saya ni. :)

Apa yang saya nak kongsi kat sini adalah sedikit cerita dari kuliah yang saya hadir jummat lepas. Saya mengaku tak pandai nak cerita balik yang ustazah bincang hari tu. Pergi pun tadah teling jer, huhuhuuu.... ni saya mintak pinjam buku kak yus kat opis ni. Kalo ayat lintang pukang tu mintak maaf la yer. :)

Apa ceritanya?


Yang menarik perhatian saya ialah satu cerita tentang seorang kawan ustazah ni. Dia seorang ibu yang sgt sibuk. Banyak kerja nak dilakukan dlm satu masa. Bangun dari tidur dah bersusun dalam kepala nak buat apa hari tu. Itu ini, macam2 perkara. Semua nak kena buat dalam masa satu hari. Bila dah mula, yang itu nak capai yang ini nak capai, tengok2 hari dah malam, banyak kerja yang tak sempat nak buat, ada yang dapat buat tapi separuh jalan. Hinggakan dia selalu stress dengan urusan harian dia. Kerja kat rumah tak siap kerja kat opis pun tak siap.

Sehingga satu hari (ewah, mcm serius jer cerita, heee) dia dapat satu doa dari seorang ustaz/ah (saya tak ingat pulak) . Lapas dapat tu dia selalu amalkan. Tiap2 hari dia baca lepas sembahyang subuh, tak pernah tinggal.

Seperti biasa lepas sembahyang subuh, start buat kerja2 rumah sebelum pergi kerja. Urus anak, urus suami, urus rumah. Kuasa Allah, semuanya dapat diselesaikan sebelum dia bertolak pergi kerja, sampai di opis pun tepat pada masa. Dia rasa pelik la, eh, semua dah settle ker? mcm tak percaya. Dia ingat balik, apa yang di tak buat pada hari tu, rasanya sama jer, tapi dia dapat buat dengan senang dan tenang. Baru dia teringat doa yang dia baca hari2. Alhamdulillah, nampak keberkesanan amalannya itu.

Seronok dengar masa ustazah tu cerita. Yang pasti semua kerja dia untuk hari itu selesai. Dia tak tergopoh-gapah lagi, banyak kerja yang nak dibuat tapi dapat diselesaikan dengan baik.
Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang paling baik. Dia dah aturkan setiap perkara untuk kita dan Dia juga yang boleh menyelesaikannya. Berdoa tanpa jemu semoga Allah bantu kita untuk menyusun setiap kerja2 kita untuk hari tu.


Nak tau doa dia tak? Mesti la saya copy kat sini, jgn riiiisauuu. :)
Ini doa yang diberi oleh ustazah Suraya, sumbernya dari buku 50 Wasiat Rasulullah s.a.w. Untuk Wanita.





Baca yang dalam kurungan, mula dari Yaa Haiyunn sampai habis.
Harap2 boleh baca yer. 
Tapi kalo tak jelas boleh beli buku 50 Wasiat Rasulullah s.a.w. Untuk Wanita di pasaran. he he heh...




Bahasa Melayu.


Doa ni kita baca lepas sembahyang subuh, iaitu sebelum kita mulakan tugas harian kita. Insha Allah.
Salam Maulidur Rasul.






* saya buat entri ni sebab terkesan dengan kisah kawan kita mia. Dah lama saya baca blog mia, menarik. Ayatnya sedap dibaca. :) Sebetulnya, saya amat bersimpati dengan keadaannya. Punyai anak kecil, pjj dengan suaminya, dan juga guru yg sgt komitment dengan tugasnya. Dugaan demi dugaan, sehinggakan tragedi kemalangan yang menimpa. Kalo saya berada ditempatnya tak tahu mcm mana, kuat ker saya. Semoga mia tabah hadapi ujian dariNYA. ada hikmah disebalik ujian itu mia. :)
Saya tak pasti mia baca ke tak blog saya ni. Saya cuma nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat untuk semua kawan2 saya. Kita kan ibu2 yang hebat! Insha Allah.


18 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~5 Cara menentukan arah kiblat menggunakan kompas

Sebelum tu cerita lain dulu eh.

Tadii, masuk bilik bos, ternampak tiga majalah baru, sbb tak penah tengok majalah ni terus mintak ngan bos nak pinjam baca. belek2, menarik jugak majalah ni.

Perkenalkan, ................................


Edisi Intro




Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka






Terbitan Synergymate Sdn. Bhd.




Covernya pun menarik, kan. isi kat dalam pun menarik gak, mula2 baca terus jatuh hati, tambah2 majalah senyum spontan. bacaan ringan, tapi penuh dengan nasihat.

Antara isi kat dalamnya, 


Ada poster dalam majalah Senyum,




Doa dalam majalah Ti,



Tips dalam majalah Salam Traveller.


Haaaa, ini yang menarik perhatian yang nak kongsi tu. Kalo terer boleh baca, kan. atau lebih senang, jom pakat beli majalah-majalah ni. daaaaah. ;)


*sori, gambar yg saya edit tu carca-marba, konon2nya terer la tu, tapi .........., isi sendiri la ek. heheheh....



11 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~4 Terapi Kambing



Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.


Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


*sumber: saya baru dapat dari emel, wahh ini sudah bagus, sbb saya mmg suka makan daging kambing. :)


10 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~3 TOLONG FIKIRKAN WAHAI IBUBAPA ....



Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia . Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"Makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"Boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negatif. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"Hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
4 Muharram 1431 H 21 Disember 2009


*Terima kasih ustaz. :)

Kita kongsi sama-sama ~2 15 Perkara


15 Pintu Syaitan yang Ada Didalam Diri Kita
- Pintu marah 
- Cinta dunia
- Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Ujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa 



sumber: emel.

09 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~1 Doa Untuk Anak Kita


Ya Allah,
Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya,

Kami memohon kepada Mu,
perelokanlah akhlak mereka,
permudahkanlah perjalanan hidup mereka,
lindungilah mereka dari fitnah dunia,
kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik,
jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan solat dan lembut hatinya,
serta ampunkanlah mereka.

Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan.
Amin.
 
 
sumber: dari mana saya ambil lupa pulak, mintak maaf pemiliknya, saya mintak izin copy kat sini (kalo dia ada terbaca la). heeee..

11 October 2011

Keadaan Hari Kiamat

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 



Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat  sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. 
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan  Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 


‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.  Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan  berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
 (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad
Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat❞.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang  anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
①Sedekah/amal jariahnya.
②Doa anak²nya yang soleh.
③Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Khasiat Madu Lebah



menarik bagi saya, kena simpan kat blog, nnti senang nak buat rujukan, kan.







oleh Enco Encho 
Antara mukjizat Al-Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, 
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”  [Surat An Nahl ayat 68-69 di mana ]

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Di bawah disenaraikan beberapa khasiat madu lebah. 

BAYI/KANAK-KANAK
  • Menyembuh dengan segera cirit-birit.
  • Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
  • Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
  • Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak
REMAJA : Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

WANITA:
  • Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  • Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
LELAKI:
  • Menguatkan tenaga batin.
  • Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
  • Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
IBU MENGANDUNG
  • Menambahkan tenaga utk ketahanan diri semasa mengandung & semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
  • Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
ANAK DALAM KANDUNGAN
  • Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  • Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  • Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
  • Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
  • Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
  • Mengelak dari kembung perut bayi.
  • Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
  • dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
  • Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
  • Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
  • Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
UNTUK SEMUA:
  • Baik untuk perempuan bersalin.
  • Memulihkan penyakit berpanjangan.
  • Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  • Menyembuhkan penyakit dalam perut.
  • Membantu/menerangkan pemandangan.
  • Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
  • Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  • Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
  • Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
  • Memulihkan batuk dan lelah.Menghindarkan badan letih dan lesu.
CARA MENGGUNAKANNYA
  • Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
  • Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  • Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
  • Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  • Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
  • Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.(Berhati-hati jangan tersedak)
  • Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
PERHATIAN!
  • Jauhkan dari litar elektrik.
  • Jangan disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
  • Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
  • Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
  • Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak. Madu ialah “Miracle Antibiotik”.