Salam semua,
Masa hari orientasi tahun 1 awal2 tahun baru ni, agak pening kepala bila guru besar duk sebut pasal KSSR, apa benda la KSSR ni. Yang saya tahu KBSR jer, tup2 sekarang ni KSSR pulak. Maklum la anak2 tak sekolah lagi sebelum ni, memang tak ambik tau langsung pasal sistem2 sekolah. Masa cuti sekolah ari tu duk sibuk beli keperluan sekolah anak je, sampai lupa ambik tau pasal sistem sekolah sekarang. Cuma penah la dengar UPSR dah tak der dah, tapi tak ambik tahu pun. Bila anak dah masuk sekolah ni, hari2 duk tengok buku2 dia, sembang2 ngan biras (cikgu) pasal sistem sekolah rendah sekarang, baru la paham sikit apa KSSR. Nak kata faham sangat tu tidak la (biras saya kata cikgu2 pun masih separuh tahu sistem baru ni, :-), saya cuma nak berkongsi sikit kat sini apa yang saya tau pasal KSSR (berdasarkan pemahaman saya, ringkas2 sudah).
KSSR ialah singkatan dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah, menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sistem ni mula di guna pakai pada tahun 2011 (kira masih baru sangat lagi). Jadi murid tahun 1 bermula tahun 2011 dah guna sistem ni. Dalam sistem baru ni, format UPSR digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya murid akan dinilai dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Apa yang saya tahu, budak2 dah tak der buku rekod dah, setiap murid akan ada fail peribadi, segala rekod prestasi pelajaran dan aktiviti lain dimasukkan dalam rekod peribadi murid dan akan di bawa dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Ibubapa juga akan diberi satu pautan web untuk semak rekod prestasi anak2 kita. Periksa besar macam UPSR dah dihapuskan, cuma ada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dan ujian2 lain. Perbezaan jelas 2 sistem ni ialah sistem penilaian yang digunakan. Masa KBSR sistem penilaian guna ABC dan murid dapat nombor dalam kelas, tapi sistem penilaian KSSR pulak guna penilaian BAND. Masa KBSR ada 3M, KSSR pulak ada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). Biras saya kata untuk murid darjah 1, dapat band 4 dah kira bagus sangat dah.
Band 1 - Tahu
Band 2 - Tahu dan Faham
Band 3 - Tahu, Faham, Boleh Buat
Band 4 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap
Band 5 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap Terpuji
Band 6 - Tahu, Faham, Boleh Buat dengan Beradap Mithali
Nak tahu lebih lanjut boleh klik web KSSR atau web KPM.
Web Lembaga Peperiksaan (boleh terus rujuk contoh rekod perkembangan murid - m/s 45&46, kerangka standard prestasi - m/s57&58).
Itu aje ringkasan yang saya tau pasal KSSR dan PBS ni. Saya nak cerita panjang pun takut salah ulas pulak yer :-)
Sejak anak dah sekolah ni saya lebih ambik tau pasal sistem sekolah sekarang. Belek2 buku tahun 1 memang tinggi silibus dia. Sungguh jauh berbeza masa zaman saya sekolah dulu. Masa dulu tahun 1 masih lagi cikgu ajar abc, jawi, baru belajar membaca, mengira. Sekarang ni, naik tahun 1 budak2 kena pandai atau lebih tepat mesti boleh membaca dan mengira dan juga pandai jawi. Kena jugak tahu basic english dan arab (sekarang budak tahun 1 dah belajar subjek arab, zaman dulu sapa masuk sekolah agama jer belajar arab). Sekarang ada ni ada subjek Dunia Sains dan Teknologi (zaman saya dulu Kajian Tempatan tak salah la, oh, lupa pulak), subjek Pendidikan Seni dan Visual, dan Pendidikan Jasmani.
Kat sekolah abang aqil, ibubapa kena pilih satu subjek sama ada Bahasa Arab atau Bahasa Cina untuk subjek tambahan. Saya tengok buku Bahasa Arab/Cina tak ada tulisan rumi sepatah pun. Sama jugak subjek Pendidikan Islam, buku dia semuanya tulis jawi. Bayangkan tahun 1 dah kena pandai baca jawi. Agak terkejut bagi saya yang tak pernah ambik tau langsung pasal sistem sekolah sekarang. Terfikir jugak, tak pening ker anak2 kita ek. Tapi tengok budak2 ni balik dari sekolah happy jer. Tanya kat sekolah ok ker? Ok memanjang.
Pendapat saya, sistem KSSR ni masih baru lagi, kalo ada benda yang kita tak puas hati atau tak faham tu terus jer berhubung dengan guru kelas dia (kena simpan no. hp cikgu kelas). Budak2 pun tak boleh nak ponteng2 sekolah sebab segala aktiviti, cikgu akan rekod dan simpan dalam fail peribadi dan di bawa hingga ke tahun 6 nanti. Kalo tak datang sekolah sebab sakit kena mintak mc ngan doktor, suruh anak bagi kat cikgu untuk rekod (ingatkan org kerja jer ada mc, budak sekolah pun boleh mintak mc jugak). Kalo tak pergi sekolah ada sebab2 tertentu kena telefon cikgu maklumkan.
Haa, baru sorang anak yang sekolah kelam kabut jugak rasanya. Tahun depan areefa ngan ariq nak antar tadika kat SRA abang aqil (kat situ ada tadika untuk 5 dan 6 tahun), macam mana la agaknya bila tiga2 sekolah nanti, fuhhh, berdebar pulak).
Itu belum survey pasal Sekolah Rendah Agama lagi. Rasanya tak der perubahan kot, tapi SRA ada UPSRA, sekolah rendah kebangsaan dah tak der UPSR. Macam mana pulak tu ye.
*Tiap2 hari terfikir nak buat jadual belajar abang aqil, sampai la ni tak buat2 lagi. :-)
1 comment:
tahun ni anak sulung saya UPSR ;)
umie yg lebih berdebar
Post a Comment