09 September 2011

Kisah Raya - Nak Mundok

kisah raya yang nak citer ni tak der kena mengena nga baju2 raya atau pegi beraya umah orang. :)
tapi nak citer pengalaman beraya di Nak Mundok baru-baru ni.
Hah? Nak Munduk? gapo Nak Mundok tu?

ok ok ok. biasa la duk kelantan ni kan, kalu tak gi tempat2 org duk sebut2 barang kat sana murah tak sah kalo tak pegi. tambah2 org kelate sendiri pun tak penah pegi. apa kes. :) org berniaga, mmg kenal sgt la Nak Mundok. sblm ni saya tertanya2 gak la best sgt ker shopping kat sana. apa yg bestnya kat sana.

hah, Nak Munduk tu apa?
Nak = pasar
Munduk = nama tempat tu, tempatnya kat belah siam sana, area rantau panjang gak, tapi jauh tak jauh, dekat tak dekat jugak ngan Golok tu.
Nak Munduk = Pasar Munduk

jd, nak jadi citer, raya ke7 tu kitorg dah tak tau nak pegi mana2 dah, saya pun ajak la sesapa yg nak gi Nak Munduk ni. tambah2 lak semua tak penah pegi lagi, kecuali isteri bapa sedara yg mmg asal org sana. cun sgt la kebetulan Nak Munduk tu bukak ari Jumaat ngan Isnin jer. maka bersiap2 la kami dan bertolak kul 11pg dr rumah saya dan aduhhh sampai sana kul 1 lebih mmg masak sgt la. panas mmg terikkkkkkk. tp disebabkan nak gi jugak tahan jer la. seb baik bawak aqil sorang je, kalo tak mmg kesian la kat budak dua org tu.

sebenarnya tak banyak sgt ambik gambar masa menyoping ari tu. sbb jakun sgt sampai terlupa nak snap gambar, maklum la saya bukan pemblog tegar. gambar yg mana ada je letak kat sini. jom kita lihat mcm mana Nak Munduk ni.

belum apa2 lagi dah sebok beli air, ayoo panas tak hengat la masa ni.


pemandangan dari malaysia, sana dah negara thailand :) tengok la air sungai tu, walau panas terik, deras airnya, dan semestinya dalam.

perahu yg mengangkut org2 yg nak gi shopping alik sana. org panggil pengkalan. tak sampai 3 minit duk dlm tu, dah sampai dah. dekat sesangat. ket tepi2 sungai tuuuu, kedai-kedai Nak Munduk la, kat tengah2nya ada lagi pasar Munduk besar la jugak.


pasar2 yg kat dalam. kedai2 dia ada kat setiap jalan, rugi sgt tak ambik gambar banyak2, masa tu tak terpikir pulak nak letak dlm belog ni. tambah lagi ghalit sgt tengok2 barang kat situ, blh? :)


dalam2 banyak2 kedai situ, kedai ni yg paling besar dan nampak glamer. yg ni kedai kasut/selipar, tak tau la kenapa yg ni sebijik jer lain, mungkin tuan dia kaya sgt kot. yg dlm gambar tu bukan saya yer :)

abang aqil yg merah padam muka dia, tapi hepi sbb dapat mainan, kan.


bila tengok balik gambar ni rasa ruginya tak ambik banyak2 gambar masa pegi ari tu. nak pegi lagi tak tau la bila pulaknya.

apa yg best sgt kat sana? 
mula2 sampai mmg terkejut gak, woi ramainya org, napa ramai sgt ni, best sgt ker kat sini. suasananya mmg sesak, dengan panasnya dengan kita yg tengah laparnya dengan bunyi bising lagu2 siam/ dikir barat modennya. fuh, serik pegi time tghari camtu. 
emm, bagi saya barang2 dia lebih kurang mcm kat rantau panjang jer, kain baju, tudung, toto, periuk belanga, beras, dan mcm2 la. harganya pun blh la, org kata lagi murah dari rantau panjang, tapi org lain kata Golok lagi murah. org kata lagi periuk2 dan beras2 dia mmg murah giler, tapi hari tu saya tak beli pulak beras tak tau la harga dia berapa yg org kata murah tu. dengar org2 kata jer, hehehehe.... tapi mmg betul murah la, ipar2 saya selalu datang sini diorg bgtau beza harga agak banyak. 

berapa harga murah tu? ni yg lemah kalo org tanya pasal harga2 ni, saya betul tak penah nak ingat atau nak tau harga2 beras periuk ni sbb jarang saya yang beli, selalunya che abe yg beli beras2 ni, saya tau makan jer. so tak dapat nak jawab. :)
tapiiiii.... yg saya betul2 tau mana murah mahal pasal harga ni, cuba tanya harga pampers ngan susu anak saya, kompom saya blh jawab. jadi harga beras ker harga periuk ker sori ek, tok dapat nok jawab. :) ecehceh.... mcm la ada org nak tanya. huhuhuhuuuu...

abih apa yg kau beli kata sana ek. 
hehehe... tujuan sebenar nak kenal Nak Munduk jer, tak der target nak beli apa2 pun. tu yg tak tanya harga barang tu berapa harga barang ni berapa, lebih kepada jalan2 saja. ada la satu dua tiga pat lima barang2 dapur yg menarik harganya yg saya beli kat situ. hohoho... blh pulak mcm tu ek, sanggup tu berpanas semata2 nak kenal Nak Munduk. 

ok itu aja.

Selamat Hari Raya





2 comments:

gOku said...

hok di nak mundok tu,,,,macey kena jah....paka juboh tu.. :P

rinkume_zi said...

hahahahaaaa