21 March 2013

Terganggu sikit

Salam semua,





Petang semalam saya dapat berita yang agak mengganggu fikiran saya. Rasa sedih ada. Rasa malu pun ada. Terfikir2, napa saya susah nak dapat yang saya nak tu. Bila target saya dah ke arah tu, ada jer halangannya. Buntu rasa. Kadang2 rasa macam nak mengalah je, tapi saya tak boleh duk lama2 macam ni. Tak boleh. Kesian pulak rasa diri ini. uhuk uhuk.....


~ Begini la nasib diri ku yang malang oh Tuhannnnn...... ~


Takpe.
Allah yang bagi rezeki kat kita, bukan manusia yang bagi rezeki kat kita. Manusia tu perantaraan saja, kalo Allah dah janji itu hak kita, in sha Allah akan tiba jugak masanya nanti. Amin. (ayat nak sedapkan hati sendiri ni)

Tapi,
Kalo yang kita berharap sangat tu tak dapat2. Kena la terima. Allah dah aturkan semua benda dalam hidup kita. Kena kuat sabar dan redha dengan qada' dan qadar. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. (uhuhuhuuu.... sedih balik)


Macam mana ni. Pening weh.

Nak letak gambar anak lah, kalo macam tu. ;-)




Gambar baru dapat daripada taska,

abang aqil, seriusnye kamu.


wah, kakak areefa, terlebih senyum nampak.


abang ariq pulak kontrol senyum ek.


baby azwar gak yang comel, yey. 


hai, puji anak sendiri pulak. 
ni sedih ke tak sedih ni.
;-))




20 March 2013

Perkembangan terbaru

Salam semua,

Sebenarnya nak update perkembangan selepas saya inject unidepo kat lppkn ari tu. Ada dua minggu lagi untuk temujanji seterusnya.

Cuba tengok ni :-
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 Februari 2013
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31 Mac 2013

Itu la kitaran period saya lepas inject ari tu. Saya start inject 5hb. Tapi yang betul2 ada darah 25 - 28 jer. Yang bulan Mac ada tanda2 jer tapi tak der darah. Agak sedikit pelik sebab tak pernah terjadi kat saya sebelum ni. Yang dia kata tak sesuai tu sama ada darah keluar lama dan banyak sangat atau migrain yang teruk sangat. Setakat ni tak der tanda2 macam tu. Rasa2nya ok la kot.


Bangun tido smalam, muka rasa tak selesa. Raba2 kat muka, eh, sakit lah. Aik, banyaknya jerawat aku. Naik serentak pulak tu, aduhhhh. Dah la besar2, naik pulak kat atas bibir ngan dagu, bukan dua jer, tapi LIMA!.
Adoiiii, macam mana nak gi kerja ni. Malu nyeee. :-(
Ari ni dah 20hb (em, lambatnye nak gajiii). Nak datang period ker. Mungkin jugak kot. Tapi tak keluar2 lagi. Jerawat jer yang rajin keluar ni. Adoiiii. Nak mengadu muka naik jerawat jer ni, malu rase tua2 pun ada jerawat lagi. huuuuuuu.....



Saya kepilkan pamplet ni untuk rujukan mereka yang berminat.





















 Sekian, terima kasih. :-))





Milk boosterku

Salam semua,

Baru ku tahu, milk boosterku ialah nasik!.

Nasi wei.

Nasi.

Nasi.

Nasi.



Itu jer nak update. heeee.....



07 March 2013

Saya tak kisah bersusah-susah dahulu.....


Saya bukannya orang yang baik, tapi berusaha untuk menjadi lebih baik. In sha Allah.




Pertama.
Saya tak kisah kena susah-susah bagi anak saya susu ibu sepenuhnya. Saya tak kisah bila kena susah-susah nak perah susu, kena bangun awal pagi-pagi semata-mata nak perah susu, kat opis pun berkejar-kejar nak perah susu, angkut beg susu bila datang opis (berat wei sebab dalam tu la ada spectra 3, stok susu dan ice pack), ada masa fikiran risau kalo susu tak cukup, selalu jer fikir macam mana nak banyakkan susu, pernah balik awal sebab bekal susu tak cukup, huhuhuuu. Tapi saya senang hati buat benda susah2 ni sebab saya tau apa yang baik untuk anak saya, selagi terdaya saya akan bagi susu ibu sampai anak saya 2 tahun. Senang hati saya bila anak saya minum susu ibu. Nak berbangga tak boleh lagi sebab perjalanan perah susu ni panjang lagi. Saya tak suka nak berdebat2 pasal ni sebab saya bukan dalam bidang kot tu. Orang boleh kata apa saja, saya ok aje. Yang paling penting suami saya sokong dan family saya suka saya bagi susu ibu sepenuhnya kat baby saya itu. Lagi pun 2 tahun jer, sekejapan jer pun.

Kedua.
Saya tak kisah bila terpaksa buat puri untuk anak saya hari-hari (tak semestinya hari2 sebab puri boleh buat stok jugak). Kena rebus lama la, kene lenyek ngan penapis lagi la, lenyek pulak kena betul2 jadi puri,  sebelum bawak gi umah pengasuh kena panaskan dulu la, ah senang kata banyak step la. Leceh. Ada masa kalo stok puri dah abis, dan ada pulak vitamin M kat badan malam tu, pagi2 tu kena la bangun awal dari biasa sebab nak buat puri, tapi ok jer bagi saya. Saya tak kisah kena susah2 gitu. Dah itu pilihan saya jadi saya terpaksa rajin2 kan diri. Saya tak nak bagi anak saya makan nestum, sebabnya saya rasa nestum tak sesuai untuk baby (tak buat kajian pun, andaian sendiri jer). Sebabnya lagi, baby kan awal2 makanan dia tak boleh ada perasa, pada penilaian saya makanan yang dalam tin mesti dia letak 'sesuatu' untuk bagi makanan tu tahan lama, benda tu mesti 'sesuatu' kan. Eh apa aku taip ni. Empat2 anak saya, Aqil sorang jer pernah rasa makan nestum (sebab masa tu saya masih baru bergelar ibu, ilmu masih kurang lagi). Eh, bukan nak kata nestum tak bagus cuma andaian yang saya pandai2 reka tu buat saya tak bagi anak saya makan nestum. Lagi pun saya tak kisah nak susah2 buat puri untuk anak saya. Lagi pun tak lama, bila dia dah tumbuh gigi, dah masuk taska tak perlu lagi nak buat puri, lenyek2, kan.

Ketiga.
Saya tak kisah antar anak saya ke taska permata. Malah suka sangat bila anak saya dapat masuk taska permata. Anak saya begitu seronok bila bercerita tentang taska, kawan2, cikgu2, apa yang dia buat kat taska. Masa kat taska lama tak seseronok gini. Saya tak kisah terpaksa susah-susah bila pagi2 kena hantar anak pergi taska jalan kaki, balik petang pun ambik anak jalan kaki (tak jauh pun 5 minit jer ngan opis saya). Saya ok jer walau pun letih jugak la (tapi bagus sebenarnya boleh bakar sikit lemak2 tepu saya ni, nak harap buat senaman memang tak la). Saya juga tak kisah terpaksa kena luang masa 4 jam kat taska anak (wajib dalam sebulan). Tak susah pun sebenarnya, saya keluar dengan izin bos, jadi tak perlu susah2 hati, boleh buat aktiviti dengan kanak2 kat taska dengan seronok dan senang hati. Dapat kenal kawan2 anak kita, kenal ibu bapanya sekali, cikgu2 permata hari2 bagi laporan apa anak kita buat kat taska, makan apa kat taska ari tu, join aktiviti keluarga yang dirancang oleh pihak AJK taska (lawatan, konvo, dinner, gotong royong). Pengalaman yang tak boleh kita dapat kat nursery lain. Lagi pun setahun jer, tak lama la. Ingat tahun depan nak letak azwar pulak, hehee. :)

Keempat.
Saya tak kisah sekolahkan anak saya dekat dengan opis suami (jugak dekat dengan opis saya). Saya tak nak anak saya sekolah dekat dengan rumah sebab rumah saya jauh dengan opis. Pendapat saya lebih senang sekolah dekat opis sebab senang kita nak ulang alik kalo ade apa2 hal (tak mintak, tapi kalo ada). Saya jugak tak letak anak saya kat transit. Jadi suami saya terpaksa susah2 ambik anak waktu pulang sekolah pagi, siap2 anak untuk ke sekolah agama pulak. Suami saya ok jer. Malah dia yang offer nak buat. Kalo suami ada kursus kat luar kawasan saya boleh handle sebab opis saya dekat jugak (tang ni agak segan2 nak mintak izin bos keluar awal sebab nak ambik anak sekolah, tapi bos ok jer). Saya tak kisah bersusah-susah gitu, sebab saya puas hati tengok anak saya selamat pergi sekolah dan ambik dia sendiri bila balik sekolah. Siapkan sendiri anak ke sekolah petang pulak, puas hati dia bersih dan kemas dan jugak kenyang bila ke sekolah petang.

Kelima.
Saya tak kisah orang selalu tegur saya dah gemuk. Saya dah lali pun. Saya tau saya gemuk sebab apa. Badan saya memang cepat naik kalo tak kontrol makan. Pernah nak diet, tapi tak jadi nak teruskan sebab hasil perahan saya merundum. Pernah diet tak makan nasi, tapi tak boleh, susu kurang. Jadi saya tak boleh tinggal nasi, makan benda lain rasa tak puas. Saya pulak tak ambil apa2 supliment tambah susu kecuali obimin, jadi kena la banyak makan, hhihihiii.... alasan. Lepas perah susu mesti rasa sangat lapar. Sebab tu saya kuat makan. Huhuhuhuu..... Saya tau, ada orang beranak ramai pun masih slim, jugak perah susu macam awak pun masih slim. Lain orang lain badan. Jadi saya tak kisah apa orang kata kat saya. Saya ok aje. Tipu la kalo tak nak kurus tu. Saya ada target nak turunkan berat badan tapi kena tunggu habiskan misi saya menyusukan azwar dengan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun dulu. Glup! terpaksa la saya tahan telinga yer. ;-)


Semua kat atas tu memang kena susah-susah. Susah-susah yang saya buat tu untuk anak saya. Bagi saya tak susah pun, cuma kena rajin jer. Saya gembira dan puas hati dapat buat semua tu. Masa diorang kecik jer kita boleh rasa susah2 macam tu, kalo teringat balik ianya pengalaman manis sebenarnya. Kalo tak der anak kecik mana boleh kita buat benda2 tu semua kan. Jadi saya lakukan dengan senang hati jer dan saya mahu berikan yang baik-baik untuk anak saya. Ada la terasa sikit dengan cakap2 orang ni. Saya cuma boleh senyum saja. Saya dan suami akan buat apa yang kami mampu. Semoga Allah mudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak kami. Doa saya hari-hari, Semoga Aqil, Areefa, Ariq dan Azwar jadi anak soleh dan solehah. In sha Allah.



* Saya sangat kagum dengan ibu, ibu dan ibu ini (dan ada lagi ibu2 lain yang hebat di luar sana). Saya jadikan mereka contoh dalam mendidik anak2 saya.



06 March 2013

Kami pun ada ada anak jugak

Salam semua,

Baru jer dapat call dari suami tadi. Dia bagitau, "abang kena gi kursus kat Kedah ni. Boleh ker urus anak2 nanti".
Nak buat macam mana jawab saya. Nak tak nak abang kena gi jugak, kan.
Isnin dan Selasa depan dia kena pergi kursus kat Alor Star. Huhuhuuu.....

Dah la pagi tadi hati saya ada sedikit terusik (ni pun masih bebekas lagi), tup, tup dapat pulak berita ni.

Bukan tak bagi suami pergi kursus, boleh ajer dia pergi, "Saya yang menurut perintah", redha jer la.
Tapi ada sedikit geram pada geng unit dia. 3 orang dalam unit dia, 2 perempuan dan dia sorang lelaki (ketua unit). Kalo bab kena pergi kursus selalu jer tolak kat suami saya. Kali ni pun, diorang tak nak pergi jugak. Padahal suami baru jer gi kursus bulan 2 ari tu. Sorang perempuan tak boleh pergi sebab ada kursus lain, ok boleh diterima. Sorang perempuan lagi awal2 tolak, alasannya anak nak sekolah, tak der orang nak uruskan (suaminya ada, anak pula 2 orang dan dah bersekolah). Amboi-amboiiii, alasan. Kalo macam tu kami pun ada anak yang bersekolah juga, 4 orang anak, ada baby lagi. Alasan yang dia bagi nak ngelak pergi kursus adalah tidak munasabah (bagi saya). Apa2 pun staf lelaki jugak yang selalu jadi mangsa.

Sebenarnya dah lama saya duk perati kawan unit dia ni. Selalu ambil kesempatan pada suami. Bukan bab kursus aje. Bab pilih jadual, lantik jawatan, cop cuti, urus program, dan macam2 lagi la. Suami saya jer la yang terpaksa mengalah. Sebelum ni saya ok jer, bagi jugak galakan, "nanti abang senang naik pangkat". hehehe.... kalo la dapat. Tapi kalo dah asyik suami jer nak kena ngalah, naik angin jugak den. hehehe... suami tak der ape pun isterinya jer yang lebih2. kehkeh kehkeh.

Bulan 2 baru ni dia ada kursus kat kl jer, jadi tak der masalah. Tapi kali ni agak risau sikit sebab tak boleh balik hari. Yang duk saya fikir. Macam mana nak handle 4 org anak ni sorang-sorang, tambah2 belah pagi. Nak mandikan diorang, nak turun naik keta, azwar pulak nak letak macam mana nanti (sebab car seat aqil dulu dah bagi kat adik, konon2nya dah tak nak guna lagi, huhuhuu...). Belah pagi jer yang pening sikit, sebab belah pagi macam2 ragam anak2 saya ni. Hohohohoo... tak boleh nak fikir panjang lagi (poning).

Tapi sebenarnya saya tak risau sangat. Sebab saya yakin Allah akan menolong saya dan semoga Allah permudahkan urusan saya nanti. Tak nak risaukan suami sebenarnya, kesian kat suami tak tenang nak berkursus nanti. Saya yakin saya boleh handle. Allah sentiasa ada bersama kita. In Sha Allah.



p/s: entri saja2 nak luah perasaan, tak marah pun kat kawan unit suami cuma ada sedikit ralat kat alasan dia saja, harap maklum. Ampuni dosaku Ya Allah.