06 March 2013

Kami pun ada ada anak jugak

Salam semua,

Baru jer dapat call dari suami tadi. Dia bagitau, "abang kena gi kursus kat Kedah ni. Boleh ker urus anak2 nanti".
Nak buat macam mana jawab saya. Nak tak nak abang kena gi jugak, kan.
Isnin dan Selasa depan dia kena pergi kursus kat Alor Star. Huhuhuuu.....

Dah la pagi tadi hati saya ada sedikit terusik (ni pun masih bebekas lagi), tup, tup dapat pulak berita ni.

Bukan tak bagi suami pergi kursus, boleh ajer dia pergi, "Saya yang menurut perintah", redha jer la.
Tapi ada sedikit geram pada geng unit dia. 3 orang dalam unit dia, 2 perempuan dan dia sorang lelaki (ketua unit). Kalo bab kena pergi kursus selalu jer tolak kat suami saya. Kali ni pun, diorang tak nak pergi jugak. Padahal suami baru jer gi kursus bulan 2 ari tu. Sorang perempuan tak boleh pergi sebab ada kursus lain, ok boleh diterima. Sorang perempuan lagi awal2 tolak, alasannya anak nak sekolah, tak der orang nak uruskan (suaminya ada, anak pula 2 orang dan dah bersekolah). Amboi-amboiiii, alasan. Kalo macam tu kami pun ada anak yang bersekolah juga, 4 orang anak, ada baby lagi. Alasan yang dia bagi nak ngelak pergi kursus adalah tidak munasabah (bagi saya). Apa2 pun staf lelaki jugak yang selalu jadi mangsa.

Sebenarnya dah lama saya duk perati kawan unit dia ni. Selalu ambil kesempatan pada suami. Bukan bab kursus aje. Bab pilih jadual, lantik jawatan, cop cuti, urus program, dan macam2 lagi la. Suami saya jer la yang terpaksa mengalah. Sebelum ni saya ok jer, bagi jugak galakan, "nanti abang senang naik pangkat". hehehe.... kalo la dapat. Tapi kalo dah asyik suami jer nak kena ngalah, naik angin jugak den. hehehe... suami tak der ape pun isterinya jer yang lebih2. kehkeh kehkeh.

Bulan 2 baru ni dia ada kursus kat kl jer, jadi tak der masalah. Tapi kali ni agak risau sikit sebab tak boleh balik hari. Yang duk saya fikir. Macam mana nak handle 4 org anak ni sorang-sorang, tambah2 belah pagi. Nak mandikan diorang, nak turun naik keta, azwar pulak nak letak macam mana nanti (sebab car seat aqil dulu dah bagi kat adik, konon2nya dah tak nak guna lagi, huhuhuu...). Belah pagi jer yang pening sikit, sebab belah pagi macam2 ragam anak2 saya ni. Hohohohoo... tak boleh nak fikir panjang lagi (poning).

Tapi sebenarnya saya tak risau sangat. Sebab saya yakin Allah akan menolong saya dan semoga Allah permudahkan urusan saya nanti. Tak nak risaukan suami sebenarnya, kesian kat suami tak tenang nak berkursus nanti. Saya yakin saya boleh handle. Allah sentiasa ada bersama kita. In Sha Allah.



p/s: entri saja2 nak luah perasaan, tak marah pun kat kawan unit suami cuma ada sedikit ralat kat alasan dia saja, harap maklum. Ampuni dosaku Ya Allah.

3 comments:

Irfa said...

salam awak..
tq follow blog caca marba saya ;)
emm susah jugak ye klu kerja yg asik kena gi course ni.kalau sehari dan dekat ok lagi//kalau smpi minggu2 dan jauh pulak mesti susah..nak pulak ada anak

jgn pentingkan diri sndiri
org lain ada family dan anak2 juga
sabar ye

psstt..kalau buang verification code tu senang sikit nak komen :)

rinkume_zi said...

salam kenal awak.

kan.

eh, ada ker, nak buang mcm mana yer.

tq.

Irfa said...

ok dah takde ;)
maaf kalau komen tadi buat awak terasa saya mengada2.