29 January 2013

Nak buat power pumping jugak lah

Salam semua,

Sekarang ni tengah giat cari maklumat untuk tambah EBM. Sedih tengok EBM kat dalam peti sejuk tu, nasib baik azwar dah mula makan. Tak la bergantung sangat dengan EBM semata. Rasa tak bersedia lagi nak bagi azwar susu lain.

Tapi yang sebenarnya salah saya jugak sbb tak kumpul EBM banyak2, azwar sekarang ni sangat la kuat menyusu, suka tengok, tapi tu la tak sempat nak top-up, tup2 EBM dah tinggal nyawa2 ikan. huhuhuhuu... tak der gunanya nak sedih2 kan. :)

Mcm2 cara ada untuk tingkatkan penghasilan susu ibu, terima kasih en. google.
Tapi yang menarik minat saya ialah POWER PUMPING. Sangat bersemangat bila baca dari blog2 ibu yang exclusive breastfeeding. Dan-dan tu gak rasa nak buat. hehehe. Ramai yang kata masa paling sesuai pada waktu awal2 pagi atau sebelum subuh. Insha Allah, pagi esok saya akan start. Semoga impian saya untuk menyusu azwar tercapai sampai 2 tahun.
Amin.

No comments: