Oleh
Zaharuddin
Abd Rahman
Minggu
lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam
perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara
berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau
berkenaan kes jenayah yang wujud di
Malaysia .
Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di
Bahrain .
Natijah
dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada
pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya
berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah
berkata
"kita
kena kembali kepada Islam"
Tetapi
disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak
memberikan idea itu.
"Ia
perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk
merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun
yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya
mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin
Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa
Malaysia
sehingga kini.
"Bukankah
Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke
dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun
apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak
berfikir.
Memang
benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan
pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap
anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang
tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi.
Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu
merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah
tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga
menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita
tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita
khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan
lainnya.
JANGAN
DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun
tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu
tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah
suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa
kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang
ibubapa.
Akhirnya,
sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang
bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa
padah.
Memang
benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa
depan.
Ramai
yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung
kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan,
ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk.
Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa
memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana
itu kita perlukan seorang Chief Operating
Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang
paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak
sebagai Chief Executive Officer
(CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih
besar dan menyeluruh.
"Namun
apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai
dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si
ibu"
Anak-anak
diswastakan kepada nursery yang
kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan
seumpamanya.
Kita
boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik
sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun
anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan
nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
WAHAI
IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat
your child with respect" itu
saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya
amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu
mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak
anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya
apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan
menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu
tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas
sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih
ihsan.
Bukankah
elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita,
cuba
kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan
kita. Kelak
nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan
mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak
juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang
diperolehi.
Maka si
anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa
minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua
pulak"
Lebih
teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap
dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta
ihsan. Contohnya:
"Makan
tu"
"Habiskan
ini!"
"Pergi
mandi!"
"Cepat
masuk kereta!"
"Gosok
gigi!"
"Kenapa
sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii,
kenapa buat macam tu!"
Itulah
yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang
serta malam.
Setiap
hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya.
Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga
ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada
masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya
kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah
‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh
ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa
sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang
dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang
terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru,
lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya,
akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya
di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan
dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya
‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan
ibubapa yang kasar.
Patut
kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah
penghormatan, semudah-mudah penghormatan
adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang
sedap didengar. Cuba tambah
sikit sahaja sebagai contoh
"Boleh
tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik
baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan
pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di
samping itu, jangan sesekali memungkiri janji, membohongi anak dan lain-lain
kelakuan negatif.
Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting
berbanding yang lain.
TUNJUKKAN
PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga
menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia
menghala ke dapur.
Ibu yang
terlihat anak, ayat pertamanya :
"Hah apa
lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas
tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak
boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh
nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si
ibu.
Terasa
dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia
untuk diarah dan ditengking.
Permintaan
tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari
perminataannya.
Malah
ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak
begitu sahaja.
Tahap si
anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak
disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya,
anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang
diperlakukan di masa hadapan.
Kalau
ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi
larangan sahaja.
Justeru,
sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah
bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju,
memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih
tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju,
jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak
muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk
dipenuhi.
Tunjukkan
rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang
dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan
berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau
sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat
kita.
KESIMPULAN
Semoga
dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi
ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana
anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada
Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak
terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul.
Nauzubillah.
Perbaikilah
masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula
dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
4
Muharram 1431 H 21
Disember 2009
*Terima kasih ustaz. :)
1 comment:
hari ni saje blogwalking sungguh terinspire bace tntang parenting skill..mudah2an Allah mudahkan urusan merancang dan mentadbir 'aset' berharge kite..salam ukhuwwah fillah! ;)
Post a Comment