Sebelum tu awal2 lagi saya nak cakap, saya bukannya org bijak pandai dalam bab2 agama. saya seorang yang biasa2 saja. Cuma, saya sedang mencari dan mendalami ilmu agama untuk bekalan akhirat seksok. Selalu berdoa semoga menjadi muslimah sejati dan diredhai Allah di muka bumi ini. Apa yg saya kongsi kat sini atau dientri2 lain adalah untuk panduan saya sendiri sebenarnya, bukan nak tunjuk alim tapi berasa nak kongsi dengan sesiapa yang baca blog saya ni. :)
Apa yang saya nak kongsi kat sini adalah sedikit cerita dari kuliah yang saya hadir jummat lepas. Saya mengaku tak pandai nak cerita balik yang ustazah bincang hari tu. Pergi pun tadah teling jer, huhuhuuu.... ni saya mintak pinjam buku kak yus kat opis ni. Kalo ayat lintang pukang tu mintak maaf la yer. :)
Apa ceritanya?
Yang menarik perhatian saya ialah satu cerita tentang seorang kawan ustazah ni. Dia seorang ibu yang sgt sibuk. Banyak kerja nak dilakukan dlm satu masa. Bangun dari tidur dah bersusun dalam kepala nak buat apa hari tu. Itu ini, macam2 perkara. Semua nak kena buat dalam masa satu hari. Bila dah mula, yang itu nak capai yang ini nak capai, tengok2 hari dah malam, banyak kerja yang tak sempat nak buat, ada yang dapat buat tapi separuh jalan. Hinggakan dia selalu stress dengan urusan harian dia. Kerja kat rumah tak siap kerja kat opis pun tak siap.
Sehingga satu hari (ewah, mcm serius jer cerita, heee) dia dapat satu doa dari seorang ustaz/ah (saya tak ingat pulak) . Lapas dapat tu dia selalu amalkan. Tiap2 hari dia baca lepas sembahyang subuh, tak pernah tinggal.
Seperti biasa lepas sembahyang subuh, start buat kerja2 rumah sebelum pergi kerja. Urus anak, urus suami, urus rumah. Kuasa Allah, semuanya dapat diselesaikan sebelum dia bertolak pergi kerja, sampai di opis pun tepat pada masa. Dia rasa pelik la, eh, semua dah settle ker? mcm tak percaya. Dia ingat balik, apa yang di tak buat pada hari tu, rasanya sama jer, tapi dia dapat buat dengan senang dan tenang. Baru dia teringat doa yang dia baca hari2. Alhamdulillah, nampak keberkesanan amalannya itu.
Seronok dengar masa ustazah tu cerita. Yang pasti semua kerja dia untuk hari itu selesai. Dia tak tergopoh-gapah lagi, banyak kerja yang nak dibuat tapi dapat diselesaikan dengan baik.
Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang paling baik. Dia dah aturkan setiap perkara untuk kita dan Dia juga yang boleh menyelesaikannya. Berdoa tanpa jemu semoga Allah bantu kita untuk menyusun setiap kerja2 kita untuk hari tu.
Nak tau doa dia tak? Mesti la saya copy kat sini, jgn riiiisauuu. :)
Ini doa yang diberi oleh ustazah Suraya, sumbernya dari buku 50 Wasiat Rasulullah s.a.w. Untuk Wanita.
Baca yang dalam kurungan, mula dari Yaa Haiyunn sampai habis.
Harap2 boleh baca yer.
Tapi kalo tak jelas boleh beli buku 50 Wasiat Rasulullah s.a.w. Untuk Wanita di pasaran. he he heh...
Bahasa Melayu.
Doa ni kita baca lepas sembahyang subuh, iaitu sebelum kita mulakan tugas harian kita. Insha Allah.
Salam Maulidur Rasul.
* saya buat entri ni sebab terkesan dengan kisah kawan kita mia. Dah lama saya baca blog mia, menarik. Ayatnya sedap dibaca. :) Sebetulnya, saya amat bersimpati dengan keadaannya. Punyai anak kecil, pjj dengan suaminya, dan juga guru yg sgt komitment dengan tugasnya. Dugaan demi dugaan, sehinggakan tragedi kemalangan yang menimpa. Kalo saya berada ditempatnya tak tahu mcm mana, kuat ker saya. Semoga mia tabah hadapi ujian dariNYA. ada hikmah disebalik ujian itu mia. :)
Saya tak pasti mia baca ke tak blog saya ni. Saya cuma nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat untuk semua kawan2 saya. Kita kan ibu2 yang hebat! Insha Allah.


No comments:
Post a Comment