Assalamualaikum.
Cerita saya kali ni lebih kepada sesi luahan rasa kat blog sendiri. ;-)
Suami balik dari kerja, sampaikan berita yang bakal merubah hidup kami.
Katanya tempat kerjanya akan berpindah ke SERENDAH.
Hah? Serendah? Kata mana tu? tanya saya.
Biasa dengar Serendah, kawasan mana yer.
Jauh ngan tempat sekarang la. Atas lagi dari Rawang.
Ooooo, jauhnya (sebab saya tahu Rawang kat mana).
Jauhnya abang nak berulang gi kerja nanti eh.
Emmm, nak buat macam mana.
Bila agaknya kena pindah tu.
Mungkin dalam tempoh tiga tahun lagi.
Dah pecah tanah dah kat sana, tak lama lagi start la kerja2 pembinaan tu.
Kompom ker ni.
Yer la. Baru tadi Pengarah tunjuk plan bangunan nak buat kat sana. Kompom la jadi.
Oooooo...
Tak tau nak kata macam mana masa tau berita ni. Dalam kepala duk berfikir macam mana la nanti suami kerja kat Serendah nu. Macam mana pulak corak hidup kami nanti. Walau pun lambat lagi, tapi dah kena rancang awal-awal sebab banyak benda yang akan berubah nanti.
Perancangan awalnya (sebelum tahu pasal Serendah ni), tahun depan kami bercadang nak pindah kawasan Kg. Pandan dekat dengan opis suami, dan dekat jugak ngan opis saya, anak-anak pun sekolah disitu. Nak pindah sangat tu sebab tak tahan jauh ngan rumah sekarang, dan hari-hari kena tempuh jalan jam. Stress wei hari-hari macam tu. Nampaknya plan tu kena buang dalam senarai la. Tahan je la duk rumah sekarang dan menempuh jalan jam hari-hari. Huhuhuhuuu.
Kalo nak duduk rumah sekarang pulak, suami jer ulang alik ke sana susah juga. Sekarang ni suami yang uruskan transit anak yang sekolah, sebab dekat ngan opis suami, saya susah nak handle, nanti tak pasal2 naik nama time rehat keluar awal dan masuk lewat. Sekali sekala dengan izin tak pe la, tapi kalo dah hari-hari, tak sedap la pulak saya.
Sejak dapat tahu berita ni. Hari-hari duk bincang macam mana nanti, macam mana nanti. Bincang punya bincang, penyelesaiannya kami ambil keputusan kena cari rumah kat sana, dan anak pun pindah sekolah di sana, saya pulak ulang alik naik komuter saja (wah, boleh kurus la saya pas ni, kan). Setakat ni itu yang paling senang dan banyak memudahkan urusan kami. (Yeyyy, tercapai jugak impian saya nak duduk rumah teres). Saya pilih nak duk Rawang, kat situ kan banyak kawasan perumahan yang baru-baru. Suami kata tengok dulu tempat kerjanya dekat tak ngan Rawang. Opis baru ni ada disediakan kuarters. Tapi saya tak nak lagi la duk rumah tingkat-tingkat. Nak duk rumah atas tanah pulak. Ehek, ngada-ngada la pulaaaaakkkkk, dia ni, ;-).
Untungnya kami, kami belum beli rumah lagi di sini (rancangnya nak buat rumah kat kampung, anak jati kampung la kata kan, iye :-). Jadi nak sewa di mana-mana pun tak kisah. Suami kata, kawan-kawan dia dah pening kepala bila dapat berita kena pindah Serendah. Ramai kawan suami dah beli rumah, yang baru beli rumah, dan dah siap buat renovate lagi rumah tu. Beli pulak kawasan Cheras, Ampang, Bangi, Kajang. Fuhh, memang betul-betul pening la kan. Nak bagi sewa kat orang tu, kalo saya pun kena pikir seratus kali. Sayang weiiiii.
Tapi manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Siapa sangka opis suami kena pindah (sebab tu ramai kawan dia yang ambil keputusan beli rumah kawasan tu). Kami pun ingatkan lama lagi la kami kerja kat KL ni, letih ulang alik Gombak - Kg. Pandan, itu yang ambil keputusan nak cari rumah kat Kg. Pandan pulak, memang dah nekad la nak pindah, dah berangan-angan dah duk kawasan tu. Rupanya lain pulak jadinya.
Suami saya kata duk mana-mana pun tak kisah, malah suka pulak dia opis kena pindah sana, tempat tak sibuk, ada hutan-hutan, tenang fikiran. Eh, yer ker kat sana tak sibuk. Saya tak pernah sampai lagi kawasan sana, jadi tok leh nak bayang. Yang saya tahu, alamatnya pas ni nak gi shopping kl jauh doh la. Nama dah perempuan kan benda-benda gitu kena pikir. Betul tak. Tapi suami kata kalo nak shopping pegi Shah Alam la, dekat ngan kawasan sana. O, ehe he heh. Shah Alam pun best gak. Ehek hek hek... (ke situ pulak perginya yer).
Apa-apa pun tiga tahun tu lambat lagi, macam-macam lagi boleh jadi. Tapi kita kena ada perancangan supaya tak kelam kabut nanti kan. Dalam tempoh tu, perancangan nak balik kerja kat kampung tu belum ada lagi la. Itu perancangan jangka masa sederhana kami. Kami rancang, bila anak-anak dah masuk sekolah berasrama baru nak mohon pindah balik kampung. Kiranya dah masuk umur 40an la. Terbayang-bayang dalam minda, seronoknya bila kerja kat negeri sendiri kan. Itu lah impian kami. In sha Allah, semoga menjadi kenyataan.
Semuanya dalam perancangan Allah s.w.t.
Semoga dipermudahkan urusan hambaNya ini.
Amin.
1 comment:
ayo, pitam/pening juga nih. ada hikmahnya tu, ceywie.... insya-Allah, Allah pasti tolong hamba-hamba-Nya. eloklah tu, 3 tahun bukan lama kejap je tu, elok rancang dr sekarang...bincang elok2...
(nk soping shah alam yang tak tahan tu..hahah, lucu! sempat lagi mikir soping tu..kih3 tapi dieyana pun suka kalu jalan2 area s.alam, suka! w.pun tk pernaH soping s.alam, tapi hati manyak suka kalau g jalan2 area sana, sbb rumah sana cantik ke hape...tk tau la...tak tau kenapa...ha3...
Post a Comment