26 September 2011

Hari ni terasa sangat jiwang ............

Copy paste dari blog ni untuk saya baca bila rasa ........



~ Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

~ Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

~ Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

~ Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

~ Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”

~ Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.

~ Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

~ Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

~ Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

~ Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

~ Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

~ Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

~ Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

~ Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

~ Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!

~ Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

~ Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

~ Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

~ Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

~ Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

~ Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

~ Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.



Indahnya CINTA bagi mereka yang tahu menghargainya.





21 September 2011

Buat apa kat PUDU??????

Ni ha, temankan kawan beli barang2 utk jamuan raya jabatan jumaat niiii.
sapa yg tak kenal pudu kan, terkenal dikalangan peniaga. kita yg tak beniaga pun blh beli gak, tapi kena beli banyak2 la, kalo nak beli sikit2 tu harga ok lg, masih murah dari kedai2 kat tempat kita, tapi tak blh banyak kurang la. adoyaaaiiii. situ memang manyak mulah woo, terpegun sekejapan sbb baru first time pegi n kenal tempat tu. terikut dialog johan lak sbb tengok edisi khas smalam. hehehehe.....


ok la, mesti tertunggu-tunggu nak tengok gambar kan. saya pergi sana tumpu kat tempat jual pinggan polistrin jer. keluar pun dlm waktu pejabat kan, haruslah kena cepat2. cerita pun kena cepat2. ok. heheh...


Pudu yang 'indah'. huhuhhuuu....

ni la kedai yg kawan saya pegi, mula2 pegi kedai yg besar yg pada mata kasar banyak barang, tapi tu la indah khabar dari rupa, harga ok la tapi tak blh nak kurang langsung, dah la nak tak nak jer layan kita, mcm la kita ni ambik barang free, terus pegi tempat ni, lagi best sbb barangnya sama jer, tapi harga mmg terbaik!


"apek nak mangkuk ni 1300 yer".

kedainya sempit jer, tapi nak yg jenis mana mesti ada punya laaa.


antara barang yg ada kat kedai tu.


ni la barang yg dicari.


yg nak kenal pasar pudu


juga pasar pudu


yg menarik perhatian saya. siap ada jual mainan kereta kontrol dlm van lagi, tokeynya tak kuasa nak sewa kedai bagai ker, atau barang tu yg haram ker, atau mmg kat pudu pesen jual mcm ni ker. kenapa eik??? 
yg saya tau mamak jual rojak tepi jln biasa la bukak kedai dlm van ni. kan kan.


lagi tempat menarik di situ. bagi penggemar bela ikan akuarium. mesti tau tempat ni kan. wahh suka sgt tengok ikan2 kat sini, murah gilerrrr.


yg dah siap bungkus.


6 ringgit ada 7 ringgit ada, macam2 harga. siap blh mintak kurang lagi. bukan sekor jer dlm tu, banyak ekor. mcm2 jenis. jenis2 ikan? errrr saya tak kenal ikan2 bela ni, suami jer yg suka beli. saya suka tengok jer :) 


ikan gapi, 7 ringgit, 10 ekor. kakak pejabat yg punya. tak senonoh betul tukang ambik gambar ni ek (saya la tu), tak menyempat buang ker plaktik kat belakang tu. huhuhuhuu....


ikan sepat, pun kakak pejabat yg punya ;)
5 ringgit, 5 ekor.


haaaaa............ 
yg ni baru saya punya. hajat dihati nak buat dadih ujung minggu ni. heheheheh....
100 bekas = 10 ringgit. sudu kecik, 50 batang = RM1.50
murah tak murah tak. murah kan. ;))


itu saja laporan saya utk kali ni. 
:)





15 September 2011

Jamuan, Jamuan, Jamuan, Jamuan, Jamuaaaaannnnn.......

Duk KL ni, katanya sebulan sambut hari raya, 
bila hari kerja hari2 ada jamuan raya kat opis, tak bahagian tu, bahagian ni, tak jabatan tu, jabatan ni, tak kementerian tu kementerian ni. 
bila hari minggu pulak jamuan raya kat umah sedara atau umah kawan2 pulak. tak umah jiran tu umah jiran ni, umah kawan sendiri, umah kawan suami, umah adik beradik, umah sepupu sepapat.
betul la kan bln syawal ni jamuan, jamuan, jamuan, jamuan, jamuaaaaaannnn jer.....
hai dah rezeki, tak baik ditolak kaedahnyakan.

yg nak cerita ni Jamuan Hari Raya kat taska anak jeeerrrrrr. 
baru sat tadi. seronok tengok anak2 hepi. kemain hepi bila mak ayah pun ada skali. :) layan gambar jek la eik. kenyang sgt ni. buntu nak karang cerita. huhuhuuuu.....

abang aqil yg hepi sgt bila ummi ngan abah dah sampai. 

si abah yg sibuk melayan.

kakak efa ngan rin.

ngan cikgu ani.

abang aqil ngan hakimi. sopannya anak aku ni makan yer. huhuhuuuu....

kakak efa ngan cikgu umi

suasana hari raya di taska dbkl kampung baharu.


bestnye esok cuti. 
Selamat Ulang Tahun Malaysia.
;-)




09 September 2011

Kisah Raya - Nak Mundok

kisah raya yang nak citer ni tak der kena mengena nga baju2 raya atau pegi beraya umah orang. :)
tapi nak citer pengalaman beraya di Nak Mundok baru-baru ni.
Hah? Nak Munduk? gapo Nak Mundok tu?

ok ok ok. biasa la duk kelantan ni kan, kalu tak gi tempat2 org duk sebut2 barang kat sana murah tak sah kalo tak pegi. tambah2 org kelate sendiri pun tak penah pegi. apa kes. :) org berniaga, mmg kenal sgt la Nak Mundok. sblm ni saya tertanya2 gak la best sgt ker shopping kat sana. apa yg bestnya kat sana.

hah, Nak Munduk tu apa?
Nak = pasar
Munduk = nama tempat tu, tempatnya kat belah siam sana, area rantau panjang gak, tapi jauh tak jauh, dekat tak dekat jugak ngan Golok tu.
Nak Munduk = Pasar Munduk

jd, nak jadi citer, raya ke7 tu kitorg dah tak tau nak pegi mana2 dah, saya pun ajak la sesapa yg nak gi Nak Munduk ni. tambah2 lak semua tak penah pegi lagi, kecuali isteri bapa sedara yg mmg asal org sana. cun sgt la kebetulan Nak Munduk tu bukak ari Jumaat ngan Isnin jer. maka bersiap2 la kami dan bertolak kul 11pg dr rumah saya dan aduhhh sampai sana kul 1 lebih mmg masak sgt la. panas mmg terikkkkkkk. tp disebabkan nak gi jugak tahan jer la. seb baik bawak aqil sorang je, kalo tak mmg kesian la kat budak dua org tu.

sebenarnya tak banyak sgt ambik gambar masa menyoping ari tu. sbb jakun sgt sampai terlupa nak snap gambar, maklum la saya bukan pemblog tegar. gambar yg mana ada je letak kat sini. jom kita lihat mcm mana Nak Munduk ni.

belum apa2 lagi dah sebok beli air, ayoo panas tak hengat la masa ni.


pemandangan dari malaysia, sana dah negara thailand :) tengok la air sungai tu, walau panas terik, deras airnya, dan semestinya dalam.

perahu yg mengangkut org2 yg nak gi shopping alik sana. org panggil pengkalan. tak sampai 3 minit duk dlm tu, dah sampai dah. dekat sesangat. ket tepi2 sungai tuuuu, kedai-kedai Nak Munduk la, kat tengah2nya ada lagi pasar Munduk besar la jugak.


pasar2 yg kat dalam. kedai2 dia ada kat setiap jalan, rugi sgt tak ambik gambar banyak2, masa tu tak terpikir pulak nak letak dlm belog ni. tambah lagi ghalit sgt tengok2 barang kat situ, blh? :)


dalam2 banyak2 kedai situ, kedai ni yg paling besar dan nampak glamer. yg ni kedai kasut/selipar, tak tau la kenapa yg ni sebijik jer lain, mungkin tuan dia kaya sgt kot. yg dlm gambar tu bukan saya yer :)

abang aqil yg merah padam muka dia, tapi hepi sbb dapat mainan, kan.


bila tengok balik gambar ni rasa ruginya tak ambik banyak2 gambar masa pegi ari tu. nak pegi lagi tak tau la bila pulaknya.

apa yg best sgt kat sana? 
mula2 sampai mmg terkejut gak, woi ramainya org, napa ramai sgt ni, best sgt ker kat sini. suasananya mmg sesak, dengan panasnya dengan kita yg tengah laparnya dengan bunyi bising lagu2 siam/ dikir barat modennya. fuh, serik pegi time tghari camtu. 
emm, bagi saya barang2 dia lebih kurang mcm kat rantau panjang jer, kain baju, tudung, toto, periuk belanga, beras, dan mcm2 la. harganya pun blh la, org kata lagi murah dari rantau panjang, tapi org lain kata Golok lagi murah. org kata lagi periuk2 dan beras2 dia mmg murah giler, tapi hari tu saya tak beli pulak beras tak tau la harga dia berapa yg org kata murah tu. dengar org2 kata jer, hehehehe.... tapi mmg betul murah la, ipar2 saya selalu datang sini diorg bgtau beza harga agak banyak. 

berapa harga murah tu? ni yg lemah kalo org tanya pasal harga2 ni, saya betul tak penah nak ingat atau nak tau harga2 beras periuk ni sbb jarang saya yang beli, selalunya che abe yg beli beras2 ni, saya tau makan jer. so tak dapat nak jawab. :)
tapiiiii.... yg saya betul2 tau mana murah mahal pasal harga ni, cuba tanya harga pampers ngan susu anak saya, kompom saya blh jawab. jadi harga beras ker harga periuk ker sori ek, tok dapat nok jawab. :) ecehceh.... mcm la ada org nak tanya. huhuhuhuuuu...

abih apa yg kau beli kata sana ek. 
hehehe... tujuan sebenar nak kenal Nak Munduk jer, tak der target nak beli apa2 pun. tu yg tak tanya harga barang tu berapa harga barang ni berapa, lebih kepada jalan2 saja. ada la satu dua tiga pat lima barang2 dapur yg menarik harganya yg saya beli kat situ. hohoho... blh pulak mcm tu ek, sanggup tu berpanas semata2 nak kenal Nak Munduk. 

ok itu aja.

Selamat Hari Raya





04 September 2011

Raya kat kl la pulak

Esok dah nak balik kl.
Sekejap jer rasa kat kg.
Raya thn ni tak berapa best. tak mcm thn2 lepas. 
Mood sedih :_(


tapi anak2 seronok sgt bila kat kg tok ayah dia. ptg2 g ronda2 keliling kg. 
heeeeeepiiiiiii ;)



26 August 2011

Dah kat kampung

Ari ni keje setengah hari, btolak dr rumah kul 2, sampai kg kul 9 mlm.
Alhamdulillah, selamat sampai.
Hepi ok. :)

11 August 2011

Boring

alaaahaiii...

tak sabarnya nak balik kg. terbayang2 kat mata makanan kegemaran saya.
yg saya suka bln2 puasa ni .......


sotong sumbat 
(gambar dari blog ceria resipi)
terasa nyaman hirup kuah dia tu. :)


kerabu perut 
(dari blog jintan manis)
terasa masam2 limau nipis, pedas cili dan rangup kacang panjang, wah sedap. hehehee...


 
gulai kawah 
(dari blog kaknah)
siap berasap lagi tuh.


pecal
teliur nyooo la tengok gambar ni. :)


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
manisan buah bidara (gambar cari kat google)
nak cari buah bidara yg dibuat manisan. tak de la pulak kat google ngan yahoo ni. org kelantan mesti tau manisan ni key. rasa mmg manis, tp saya suka, mungkin sbb hanya ada pada bln puasa jer kot.


setiap kali balik kg wajib cari la makanan2 ni. kat sini susah sgt nak jumpa. em, tak penah jumpa pun. atau mungkin ada kat kl, emh tak kuasa eh nak pi jelajah semua param kat kl ni. tunggu balik kg jo la.


02 August 2011

Urusan berat badan?

Lamanya tak coret apa2 kat blog saya ni. nak menulis, tak der mood, tak der idea, ada cerita ada idea, malas pulak nak menulis. apa dah jadi, apa dah jadi, blog dah bersawang pun tak peduli (irama lagu s.m. salim). ;)


em, ari ni rasa mood menulis dah mari sikit, nak citer pasal ceramah yg saya hadir dulu. ala yg pasal berat badan tuuu. semalam gi tesco ampang, saja ngada2 timbang berat kat mesin yg blh baca mcm2 kat badan kita ni apa tah namanya yg kena bayar singgit tu. sedih sungguh, berat naik pulak 1.5 kg. em,em,em,emmmm. apa dah jadi ngan saya ni. minggu lepas mmg makan ikut selera tekak. tapi cepat benar naik yer badan saya ni. tak blh makan lebih skit. rupanya badan saya jenis yg senang naik. cabaran saya. 1 ramadan berat saya 59.5 kg. berat ideal antara 42-55 kg jer. jadi saya target 55kg pun dah ok. kena kurang 4.5 kg. banyak tuuuuu nak kena turun. blh ker dlm masa sebulan ni? blh ker. kita tengok lah nnti. :) ha, tengok la result saya tu, sedih kan.





apa yg saya dapat masa ceramah tu? saya bg point jer la yer, senang skit nak baca.

  • mula2 dia suh ukur lilit pinggang, ukuran lilit pinggang menggambarkan lemak yang terkumpul dalam organ badan kita. ukuran yang normal adalah <80cm sahaja. bg lelaki lak <90cm. kalo lebih dari tu maknanya lemak kita tinggi jadi ada risiko utk dapat penyakit diabetes dan penyakit jantung. utk pengesahan lanjut, kena la pegi check kat klinik. mana lak nak tau jenis penyakit kita hanya tengok ukur lilit pinggang jer kan. itu cuma petunjuk saja. cara nak ukut lilit pinggang kita, jadikan pusat sebagai penanda aras, ambil bacaan dlm keadaan pita pengukur dlm kedudukan mendatar. lilit pinggang saya 85, huhuhuhuuuu,,, sila la kagum. +_+

  • pasal kalori, terlebih kalori ni bahaya kat badan kita. kalo makan banyak kalori kena buang balik kalori yang banyak tu. katanya, nak sihat kita kena makan jumlah kalori yang sepatutnya saja. kat bawah ni pengiraan jumlah keperluan kalori/tenaga utk badan kita. saya bagi contoh pengiraan saya masa hadir ceramah tu, tarikh kejadian 14/7/2011.

    • berat badan = 58kg
    • BMI dan status (kurang, normal, lebih, obes) = 26 (lebih) blh tengok sini
    • status aktiviti fizikal (tidak aktif, sederhana aktif, sangat aktif) = tidak aktif (rujuk jadual kat bawah)
    • nilai faktor (F) = 25 (pun rujuk jadual kat bawah)
    • formula pengiraan jumlah keperluan kalori :  berat badan (kg) x faktor (F) = ______ kcal
    • saya punya, 58kg x 25f = 1450 kcal

  • jadi kalo nak kekalkan berat badan, saya kena makan 1450 kcal sahaja dalam sehari. pastu 1450 tu pulak kena bahagi dengan 5 kali makan dalam satu hari, jadi saya kena makan 290 kcal sahaja sekali makan. tapiiiii... saya tak nak kekalkan berat badan tu (58kg). sbb BMI saya dlm kategori lebih berat badan. jadi saya kena kira balik berapa jumlah kalori yg saya kena makan kalo nak turunkan berat badan. 

  • jadiii... kita kena kira ikut berat badan ideal kita lah. ok jom kita kira balik. berat ideal saya 55kg (ambil yg paling tinggi atau yg kita nak target) x 25f = 1375kcal. hah, itu la jumlah sebenar keperluan kalori saya dalam sehari kalo nak ke berat badan ideal. cuma makan 1375kcal sahaja sehari dan 275kcal sahaja sekali makan. nak tahu setiap kalori dlm makanan kena la search sendiri yer :).

  • kalo makan lebih daripada jumlah kalori yg sepatutnya dimakan, perut susah nak proses makanan yg banyak2 tuh (berlemak, berminyak, makan segera, jajan, air tin, bla,bla,bla...). pastu kalo perut tak dapat proses sepenuhnya, makanan itu la yg akan jadi lemak2 yg pergi kat pinggang, perut, punggung, peha. saya la tuh :_(  kunyah 40 kali atau tak nak kira pun ambil masa skit utk kunyah yg kita makan tu, kelebihannya kita jadi cerpat kenyang, kita makan pun sikit dan perut pun mudah hadam. 

  • errr... apa lagi yer nak tulis ni. hehehe.. lupa ingatan pulak. em, yg saya ingat: 
    • nasi tu, hadkan satu cawan atau pun dua senduk saja sekali makan, 
    • nak makan kari blh tapi hadkan 2 kali seminggu saja,
    • ambik kari tu pun memadai 2 sudu besar sahaja,
    • 2 biji kentang bersamaan dengan 1 cawan nasi,
    • durian tu cukup la 3 ulas saja, skang kan musim duyan kan, aku tibai jer sebijik aku sorang, hah parahhh...
    • telur pulak, makan 2 biji saja seminggu,
    • kalo ambil lauk tu, ambil yang masak guna minyak satu, dan satu masak tak minyak, pastikan sayur kena ada. lagi baik kalo tak makan yang masak guna minyak. semua org pun tahu kan :)
    • makan mengikut waktu yang teratur dan tetap. contohnya :
      • sarapan pagi = 6.30 pg - 8.00 pg
      • minum pagi = 10.00 pg - 10.30 pg
      • makan tengahari = 12.00 tgh - 1.30 ptg
      • minum petang = 4.00 ptg - 5.00 ptg
      • makan malam = 6.30 ptg - 8.00 mlm
    • buat senaman sederhana aktif sekurang-kurangnya 45-60 minit sehari. kalo kurang dari tu lemak2 tak sempat nak pecah. sbb 30 minit pertama warm-up saja 30 minit kedua baru la lemak2 blh pecah.
    • yg penting, amalkan air kosong, air kosong : 0 kalori. minum banyak2 pun tak apa. ada org tanya kalo kita minum air manis satu gelas pas tu cover balik ngan air kosong bergelas2 paras gula akan kurang ker? saya pun terfikir jugak mcm tu sblm ni. tergelak puan tu. dia cakap, minum la bergelen atau bertong pun, paras gula dlm air manis tu tetap mcm tu jugak. sbb tempat yg proses gula dan air kosong tu lain2 part dlm badan kita ni. opss, saya tak tau istilah2 sainsnya. yg saya ingat dia cakap air kosong disalur tempat lain dan air manis yg kita minum tu ke tempat lain, sbb tu air kosong tu tak blh meneutralkan gula tu. minum air manis blh katanya, kalo blh satu gelas sahaja sehari. ;)
    • kurangkan berat badan haruslah secara perlahan-lahan sehingga mencapai berat badan normal, iaitu dlm masa 6 bln. tak blh gesa2 badan kita. itu pun semua org tau kan.

  • banyak sgt maklumat yg saya dapat dlm ceramah tu. puan tu pun sempoi jer tak der nak skema2. kita pun seronok dengar ceramahnya, tak boring. tapi tak terdaya la nak menaip kat sini. tengah puasa kan. huhuhuuuu... alasan! :) ok la, kalo nak tau banyak, banyak, banyakkkkk maklumat yg soheh, gi bukak laman KKM , kat situ mcm2 ada pasal kesihatan kita. tak pun blh emel pertanyaan direct kat pegawai dia. senang kan.

kat bawah ni jadual utk kita tentukan status aktiviti fizikal dan nilai faktor kita.



contoh yang saya punya. cara bacaan mula2 no. 1 aktiviti kita sehari2, mcm saya yg separuh hari kat opis n tak banyak gerak n duduk depan pc jer, kategori saya dalam tidak aktif (yg saya bulatkan tu). no. 2 tengok kat nilai faktor, mcm saya BMI saya dlm kategori lebih berat badan, jadi saya bulatkan kolum lebih berat badan. bacaan ketiga tengok kita duk dlm row dan line mana kita punya. saya buat arrow senang nak tengok.  tengok anak panah yg saya lukis tu faktor yg saya dlm kolum 25. jadi pengiraan keperluan kalori kita : berat badan x faktor (yg dapat dari jadual ni) = ______ kcal.

saya main taip jer ni. bahasa pun lintang pukang, ringkas2 jer. tak per kan, yg penting ada maklumat2 nya. :) skang pun dah bln puasa. elok sgt la bg saya nak turunkan berat ni. org tengok tak la gemuk sgt. tp diorg tak tau yg lemak2 tersembunyi saya ni. pakai baju kurung mmg blh cover, ok la sendiri mau ingat. :_(

apa perubahan yg perlu saya buat?

1. tetapkan matlamat saya. >>>> matlamat saya 55kg dlm masa 6 bln.

2. lakukan perubahan kepada 3 perkara

  • pemakanan >>>> saya terpaksa kurangkan makan nasi dan makanan berminyak. terpaksa ok :( nampak tak ikhlas jer kan. hehehe.... kalo nak turun berat kena kurang makan, kurang makan, kurang makan (maksud kurang makan ialah ikut jumlah kalori kita yer) kalo kita makan lebih dari kalori yg sepatutnya pada satu kali makan tu, perut tak dapat proses sepenuhnya, jadi makanan tu terpaksa pergi ke tempat lain. lemak la tu. 
  • menu harian >>>> menu kena rancang awal, apa nak masak mlm ni, apa nak makan, seimbangkan lauk pauk nak makan tu. saya ni jenis suka makan kari, gulai2, sambal2, masak kicap, hadoiiii. makanan segera sebulan sekali. jajan2 tak payah beli. agak mencabar jugak cabaran ni ok. bhl kah saya? nak tak nak jer kan.
  • aktiviti fizikal >>>> ha, yg ni saya dah start naik opis guna tangga waktu pagi, alah tiga tingkat jer, tak per la, dari tak buat kan. sblm tidur erobik nga vcd. anak2 pun nak join sama. lagi la seronok kan. start kul 10 mlm - 11 mlm. ok la tuh. tengok keadaan la kan, harap2 blh buat tiap2 hari. ooo... ada tengok2 pulak, mcm tak serius jer. ok, ok, yg ni pasti kan buat, sekurang2 4 kali seminggu.
aduhhh, tak pasal2 kena buat semua ni kan. kalo pikir2 balik buat apa la saya nak susah2kan diri ni. badan  tak la gemuk sgt, ok jer. kan,kan. yer la, time ni ok la, tengok bila tua nanti, tiba masanya nnti keluar satu2 penyakit berantai kata ko. nak ker? tak nakkkk.... badan kurus ker gemuk ker yg penting kesihatan, mmg la tak semua org gemuk tu tak sihat dan tak semua org kurus tu sihat. penyakit tak kenal semua tu. badan kita menunjukkan apa yang kita makan. 
sumber rujukan : nota dan pamplet dari puan penceramah. oh lagi satu, mungkin yg saya tulis ni ada yg benar dan ada yg tak benar, saya mintak maaf kalo ada yg tersilap atau ada yang tak setuju ngan saya tulis ni. masa ceramah tu saya tak tidur tau, yg saya tulis ni apa yg saya catat dlm buku nota saya eh. ;)




seronok betul tiga beradik ni naik lrt. yg tu bukan saya yer, itu adik saya, maaf muka dia tak bersedia lagi nak keluar dlm blog. heheh :)



***selamat berpuasa pada muslimin dan muslimat. semoga Ramadan tahun ini membawa keberkatan pada kita semua. AMIN.




15 July 2011

Kalori oh kalori

Smalam saya hadir ceramah Pengurusan Berat Badan: Ada Apa Dengan Kalori?.
mmg sangat bermanafaat kepada saya yg tengah usaha kuruskan badan ni. puan penceramahnya dr jab. kesihatan wilayah persekutuan. kecik comel jer puan tu. nnti ada masa saya taip apa yg saya dapat dlm ceramah semalam tu.

gift yg saya dapat.
itu la bmi saya sekarang. huhuhuuu... sungguh sadis.

nak pegi upsi jap lg ni. che abe kita nak konvo 27hb ni. ;)



05 July 2011

Aku? Masih menunggu..........

Smalam, dapat berita gembira dari mak,
Tahniah mak dapat jawatan tu, bangga lak rasa bila mak ada jawatan kat kg aku tu. bestnya mak.

Ari ni, baru tadi, pun dapat berita gembira adik ipar. dia berjaya dlm interview ngan TM tp tak tau posting kat mana lg, kena gi training dulu. wah bagus ko dik. bangga gak ada sedara kerja ngan TM.

Aku?
Bila lak giliran aku yer. tak sabar nak tau, tapi dlm hati Tuhan saja yg tau. berdebar-debar.
Akan tiba jugak masanya. Tunggu jer la.
Doa, doa, doa.

Anak-anakku, doakan mak berjaya yer. :)

Wajah tiga beradik yg ceria. 

kalo time gaduh, ya ampun, maunya jadi singa aku. :)
tapi kalo diorg tak bising tak best lak. 
cuba kalo demam sorang, tak ceria jd rumah tu. 
biar la depa nak bising ka, nak ngada2 ka. 
bila diorg dah besar nnti, tak dak dah perangai ngada2.
mesti kita mak pak ni rindu time hinggar bingar tu.
semoga anak2 mak jadi anak yg soleh dan solehah.