16 January 2013

Risaunyeeeee saya :-(

Salam semua,
:-)

Hati tengah risau ni, susu makin kurang, biasa pam dapat 8~12 auns.
tapi, dlm seminggu ni nak dapat 6 auns pun susah, risaunyeee.
azwar makin kuat susu sekarang ni. ;_(



15 January 2013

3 Perkara - 2012

Disebabkan tahun 2012 saya sepi tanpa berita, 3 perkara ini memberi perubahan besar kepada saya sepanjang tahun lepas. kena la masukkan dlm blog untuk kenang-kenangan. ;)

Pertama
Semestinya yang paling menggembirakan ialah kelahiran anak saya yg keempat, syukur sgt sbb dapat melalui proses mengandung dan bersalin dengan jayanya. cumaaaaaaaaaa, ada jugak cuma tu, heheh.... alahan teruk masa minggu pertama amat memeritkan saya, sbb tiga anak yg sblm ni saya tak ada alahan yang teruk, setakat muntah2 biasa saja. yg keempat ni, alahannya saya tak boleh makan langsung, makan muntah, makan muntah, sampai nak bangun pun tak larat, badan lemah-selemahnya. banyak jugak solat yang kena khada. Ya Allah ampunilah dosa aku. :(  bila muntah baru ada tenaga sikit, pas tu layu balik, dua bulan jugak keadaan mcm tu, datang kerja pun selepek jer kat meja, gagah jugak gi klinik ambik mc sbb tak tahan sgt, pas tu tido jer kat surau. menangis-nangis depan doktor, sampai bila keadaan saya mcm ni doktorrr. heheheh.... lucu pulak bila ingat balik, biras saya cakap alahan mcm tu bagi dia biasa2 saje, tak kuat mana pun, dia lagi la, siap muntah darah, mata pun pecah darah. huhuhuhuu,,, takut saya dengar. last2 saya jumpa ubat yg blh kawal alahan saya tu, gi klinik idzham dia bagi inject kat bahu, wah, terus tak muntah2 lagi dah, doktor kata ubat tu blh tahan 2 or 3 hari, tapi sejak cucuk tu, badan tarus jadi sihat,  dan saya dapat melalui proses hamil dengan gembiranya. hheheheh..... yang tak tahannya, banyak2 klinik yang saya jejak, klinik idzham yang last saya pergi, huhuhuhuuuuuu..... Allah Maha Mengetahui. :)


Lahir 29 julai, berat 2.71 kg




Kedua
Adik saya dah kahwin. kira lewat gak la dia kahwin, umur 27, dah lama mencari last2 dapat kawan sekerja. mulanya, hujung tahun 2011 dia tunang ngan org senegeri, tetap tarikh kahwin raya cina 2012, tup2, dapat msg dr dia tak jadi kahwin, apalagi kecoh la dua2 belah pihak. malu weiii tetiba putus tunang ni, masa tu mmg banyak dugaan la. sabar, sabar, sabar jer yang blh buat masa tu. tuan punya badan dah bagi kata putus, kena la terima. tak blh buat apa2 dah. jenuh gaya, pujuk rayu, tetap ngan keputusan dia. apa masalah sebenarnya kitorg pun tak tau, dia tak nak cakap. duduk sbln dua tetiba cakap nak kahwin pulak. apa lagi laaaa..... dia ni. takut pulak kitorg. bln 5 tapi tarih lain, adik saya selamat kahwin ngan org lain, dan extunang dia jugak dah selamat kahwin ngan org lain. Alhamdulillah. dua2 dah jumpa jodoh yang sesuai. kuasa Allah, apa saja blh berlaku. yg saya rasa ralat sgt tu, sbb saya yg kenenkan diorg. serik weh, tobat tak nak dah kenen2 kan org, sekali jadi mcm ni, haruuuuu sgt. serik! adik saya kahwin ngan org johor, 1st time saya pergi johor, masa tu kandungan dah masuk 7 bln. perut saya jenis besar, kalo org tengok kata perut saya tu dah tunggu bulan dah, pergi tak pergi, pergi tak pergi. memandangkan adik yg kahwin, harus la pergi jugak. jauh sungguh johor ni, letih tok leh nak cakap bila sampai sana, mungkin sbb tgh mengandung kot. yg best kat situ homestay yg kami duduk sungguh selesa. masa sampai tu tengok rumah yg besar, serba lengkap, hilang terus rasa penat.  :)



Tengok la saya, gemuk sgt weh.


Ketiga
Adik perempuan saya dah tak duduk kat kl dah. sedih wei. selama duk kl ni, dia la tempat saya gebang2, ronda2, manja2. ye la kan. adik sendiri sesuka hati la nak buat lagu mana pun. ajak gi mana2, on, minta tolong jaga anak, on, tengah sedih giler, on. sekarang saya keseorangan. ehh, tak la keseorangan, ajak suami pun blh jugak, tapi susah sikit la kan, tak leh nak shoping lama2, kalo ngan perempuan dari pagi sampai mlm pun bolehhhh. :) melampau la tu! adik saya ni dah lama kat kl, sejak poli kat shah alam, terus kerja kat sri damansara, pastu kat sungai buloh. 11 tahun gak la. skang dia dapat pindah kat ppd jeli. seronok la dia balik kg. ajak saya pindah kelate jugak, boring la tu. heeee... selalu call dia, bila nak turun kl, bila nak turun kl. :)


Cik irah



3 perkara ni banyak beri kesan kat saya sepanjang thn lepas. manis, pahit, sedih, gembira, suka, duka. semuanya bermakna. semoga diri saya dan orang2 di sekeliling saya menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini untuk tahun2 yang mendatang. Insha Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita. daaaaaah ;)



Tak sah kalo tak letak gambar anak kan, :)


11 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~4 Terapi Kambing



Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.


Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


*sumber: saya baru dapat dari emel, wahh ini sudah bagus, sbb saya mmg suka makan daging kambing. :)


10 January 2013

Kita kongsi sama-sama ~3 TOLONG FIKIRKAN WAHAI IBUBAPA ....



Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia . Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan meraih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"Makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"Boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negatif. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"Hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
4 Muharram 1431 H 21 Disember 2009


*Terima kasih ustaz. :)

Abang Aqil: 1 Cekal & 1 Abu Bakar

Dah bersekolah abang aqil.


Hari orientasi, duduk dekat ngan kawan masa kat tadika dulu.



Banyak borang kena isi, sapa siap dulu boleh balik awal, kitorang siap kul 11.30 (kira awal la jugak kan, huhuhuuuu).


Hari pertama belajar, semua murid bersemangat nak belajar ok. hehehee......



Sebelum balik kita posing dulu, hai.....


Sebelah petang kita ke sekolah agama lak.



Kakak areefa ngan abang ariq seronok dapat pergi sekolah abang aqil. ;)


Alhamdulillah, urusan masuk sekolah abang aqil berjalan ngan lancar, minggu pertama ni agak risau masa kat kantin jer. dalam kelas insha Allah tak risau sangat. kat kantin takut dia tak biasa nak membeli. sebab tak pernah biasakan dia pergi beli2 kat mana2. apa yang dia beli, sempat beli ker tak, urus duit mcam mana. tapi bila tanya dia, ok jer, "abang aqil pandai beli". emmm... biasa la mak2 kan, 1st time anak masuk sekolah, macam2 dalam fikiran ni ha. abah dia rilek jer. tapi, tiap2 hari waktu rehat saya suruh abah dia pergi jenguk, ok tak dia kat kantin. insha Allah, lama2 ok la tu kan. biasa la budak darjah 1, baru nak kenal sekolah, nak kenal kawan2, nak kenal cikgu2, banyak benda baru bagi dia. Semoga abang aqil jadi anak soleh dan jadi contoh yang baik buat adik2. :)


Kita kongsi sama-sama ~2 15 Perkara


15 Pintu Syaitan yang Ada Didalam Diri Kita
- Pintu marah 
- Cinta dunia
- Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Ujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa 



sumber: emel.

09 January 2013

Ahli baru

Kenalkan permata hati baru saya. ;)

 Dulu .......................................
Nur Azwar Syafiya 




































Sekarang ....................................
Dah masuk 5 bulan dahhh. :)



*amboi2, semangatnya saya buat enrti ari ni, sampai 3 kau, tengok 2,3 hari lagi rajin ker tak. hehehe..... 



Kita kongsi sama-sama ~1 Doa Untuk Anak Kita


Ya Allah,
Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya,

Kami memohon kepada Mu,
perelokanlah akhlak mereka,
permudahkanlah perjalanan hidup mereka,
lindungilah mereka dari fitnah dunia,
kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik,
jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan solat dan lembut hatinya,
serta ampunkanlah mereka.

Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan.
Amin.
 
 
sumber: dari mana saya ambil lupa pulak, mintak maaf pemiliknya, saya mintak izin copy kat sini (kalo dia ada terbaca la). heeee..

Selamat tinggal 2012, Selamat datang 2013

Bismillah hirrahma nirrahim.

Baru rasa ada keinginan berblog semula. heheh.

Tahun 2012 banyak perkara yang berlaku. Yang baik-baik alhamdulillah, syukur. Yang tak molek ambil pengajaran.

Tahun 2013 insha Allah semoga diberi kemudahan oleh Allah untuk tingkatkan lagi usaha ke arah kebaikan untuk saham akhirat.






Alamak, kenapa tak blh masukkan gambar pulak ni. huhuhuuu....

16 November 2011

Masih begini

Oh, kesiannya kat blog saya ni. tak der entry baru lansung. tu la, org ada blog, ko nak ada blog. huhuhuhuuu....

hati saya masih tak stabil. susah nak cakap. apa2 yg saya buat rasa tak happy jer. tengok blog org hilang sikit tension ni. nak update blog sendiri rasa berat. tak tau sampai bila berterusan.

saja nak luah sikit2 kat blog ni perasaan saya masa dan ketika ni. kot2 nnti bila bahagia datang semula, belek tarikh, bln, thn saya buat entry ni, akan ingatkan kenangan pahit yg pernah berlaku kat saya dan akan saya kenang sampai bila2.

setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi di dalamnya. ;)