04 July 2011

Warna warni kehidupan di pejabat



Ambik mood kerja dihari isnin. huhuhuuuu....


Warna warni kehidupan di pejabat 

-Ada 
  lelaki     & ada wanita 
Ada yg pura2 rajin   & ada yg   bersantai  
Ada yg pengampu     & ada yg pak turut 

Ada yg main games   & yg tidur 

- Ada yg 
suka marah²   & yg stress 

- Ada yg 
suka gosip   & yg suka jln² 

- Ada yg suka 
merosakkan harta pejabat     & ada yg suka 
ulang alik ambil minuman 
 

- Ada 
pujian  & makian 
-Ada 
yg ceria    yg boring    
-Tp katanya "We're a team" 
 
-So be fun 
 , enjoy your timeyour work   & achieve the best  


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JGN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI......... 

 

*kat atas ni juga dicopy dari emel. :)



Syaaban dan kelebihannya

Baca emel lama, bahan mana yg sesuai, elok juga saya copy dlm blog ni, lg pun skang ni dah masuk bln Syaaban dah, utk rujukan masa akan datang. :)



Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban 

Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban) pada tahun ini adalah bersamaan 17 Julai 2011 (15 Syaaban 1432) . 

Apa pentingnya Nisfu syaaban?
Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :
(*) Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukankan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
(*) Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.
(*) Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.
(*) Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.
(*) Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.
Antaranya disebut dalam kitab-kitab :
(*) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.
(*) Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
(*) Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:-Angkat kepala mu ke langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.
- Sabda Nabi s.a.w:-
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)
- Sabdanya lagi:-
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)   
- Tersebut dalam kitab A-Barokah:-
Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
- Tersebut dalam kitab Iq'na:-
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-
Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.
Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.
Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.
Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-
Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-
Sehingga naik fajar subuh.
Dan katanya lagi :-
Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

IMPORTANT NOTE:
Untuk makluman semua....Malam Nisfu Syaaban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin (sebaik saja masuk maghrib), 17 Julai, 2011.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &  mati di dalam iman &  pohonlah segala yang baik....
    Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
    Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.     Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat. 
Sabda Nabi s.a.w: " Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya."        (Hadis Riwayat Muslim)
Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin amin ya rabbal alamin.
Wallahu'alam bissawab...Wassalam.


*saya copy paste dari emel yang diforward pada saya, jd tak tau nak bg kredit kat sapa. harap tuan punya emel ni izin saya copy kat sini yer. 

01 July 2011

Kisah Sedih

Smalam,
masuk
http://ratuhati.com/
masuk forum ni.
http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,2703.0.html
pastu baca blog ni.
http://mawarnafastari.blogspot.com/
dan
http://hasyasofea.blogspot.com/
sedih sgt.
rasa insaf sgt.
dunia hanyalah sementara.
apa segala kemungkinan.
seharusnya kita bersedia.
semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada mereka.




*saya sgt sensitif ngan che abe saya. sikit2 nak merajuk. sikit2 nak marah2. sikit2 buat muka. aduhh... buruk betul perangai. insyaAllah, pas ni saya akan control dan ubah sikap buruk ni. kesian kat che abe, tetiba jer bini dia buat muka, tak tau ujung pangkal. tp, saya betul2 respek ngan dia, sbb dia tak penah ambil hati n buat2 tak tau jer bila saya marah2, dia cakap ngan saya mcm biasa mcm tak de apa2. lama2 saya sendiri yg jd cair n back to normal. huhuhuu..... syukur Ya Allah kerana kurniakan suami ini untuk saya.

24 June 2011

Berdebar

Ya Allah Ya Tuhanku,
Permudahkanlah segala urusanku pada hari esok.
Amin Ya Rabbal Alamin.

23 June 2011

Langkah untuk menurunkan kandungan kolestrol anda

Baca paper ari ni. wah, satu tajuk yg menarik. jd saya copy paste kat sini utk panduan saya pd masa akan datang. benda-benda mcm ni bukannya kita tak tahu kan, tapi selalu leka dan terlupa nak amalkan. tu yg berat badan ni statik jer, turun tak naik pun tak. jadi renung-renungkan lah. ;)

Amalkan langkah-langkah ini untuk menurunkan risiko anda terhadap kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.


Makan makanan yang sihat untuk jantung, seperti:

a.  susu skim atau susu 1% lemak
b.  yogurt rendah lemak
c.  keju rendah atau tanpa lemak
d.  ikan
e.  ayam dan ayam belanda tanpa kulit
f.  daging yang dipotong nipis
g.  bijirin, pasta dan kekacang
h.  jagung, roti
i.  sayur-sayuran dan buah-buahan


Kurangkan pengambilan makanan-makanan berikut:

a.  marjerin dan minyak
b.  nangka, cempedak, langsat, pisang, anggur dan air kelapa
c.  kacang tanah


Elakkan mengambil makanan ini:

a.  susu penuh krim
b.  krim dan ais krim
c.  keju tinggi lemak
d.  mentega
e.  lemak daging
f.  sosej, hot dog, bologna
g.  organ dalaman haiwan seperti hati dan pedal
h.  kuning telur
i.  santan kelapa dan lemak haiwan


Pilih aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga anda seperti:

a.  berjalan
b.  senamrobik
c.  berkebun
d.  menari
e.  bersukan
f.  bermain lompat tali


Sasarkan berat badan unggul anda. ambil langkah-langkah yang dapat menurunkan berat badan anda jika terlebih berat badan. cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan. cuba amalkan cara-cara berikut:

a.  elakkan mengmabil makanan yang tinggi lemak dan kalori
b.  ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit
c.  makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek
d.  bakar, rebus dan panggang makanan anda
e.  lakukan aktiviti fizikal setiap hari.


sumber: berita harian 22Jun 2011


dulu 48kg, sekarang 60kg!!!!!! sapa tak sedih wei, berapa kg bezanya tuuu. tang perut, bumper, paha ngan lengan yg tk blah. suami pun asyik duk ejek jer. hadoiiii.....
tunggu kemunculan saya lepas hari raya nnti. ahaaa .... 
heheheee.... apa yg suprise nya. nnti la. saya ada projek sepanjang 2, 3 bln ni. 
kalo berjaya sy kongsi kat sini yer.



09 June 2011

Rasa hati

Bila la kemelut ni nak habis,
rasa dah malas nak kerja,
hati tak ikhlas kerja,
nak buat kerja tak senang,
sedangkan separuh hari masaku di sini,
blh jer buat2 tak tahu,
tapi hati rasa sakit,
persekitaran kerja makin huru hara,
rasa ingin pergi jauh,
apa sangat kuasa aku di sini,
akur pada pemerintah,
dayaku cuma......
Ya Allah Ya Tuhanku Engkau yang Maha Pemurah,
hanya Engkau yang mengerti perasaanku,
hanya Engkau tempat ku mengadu,
....................
atau aku kah yg melampau?



hohohoho.... kat atas tu genre suka hati. asal sesedap rasa hati. ;)

08 June 2011

Godek-godek ;)

Godek-godek apa? heheheh....
tgh hr gini ada ngantuk sikit, kerja pun tak banyak. jd kena la cari kerja yg blh buat mata ni jd segar smula lah.
apa lagi. godek-godek blog saya ni ha. 
tukar mcm tu tak kena, mcm ni tak kena. makin lama makin seronok pulak yer main tukar2 ni. ;)
tak per. kita try ni dulu, blum habis godek lg ni. header tu kosong nampak tak cantik lak. smbung lain kali la. pening pulak lama2 duk main menda ni jah.

adik ariq tengah rilek2.

07 June 2011

Rejab oh Rejab

Bulan Rejab dah menjelma. :)
blh la ambik peluang ni nak tambah pahala.
sekaligus blh buat program diet sendiri. ~angan-angan yg tak penah menjadi~ :)

thn ni saya betul2 nak turunkan berat bdn saya. anak yg kecik tu dah nak masuk 2 thn, tapi berat saya masih menten 60kg. sedih sungguh. bila la nak capai berat badan mula2 kahwin dulu.
49kg!, huh tak mungkin rasanya. semua part2 tertentu dah kembang. dah la kembang, lembik2 pulak tu. huhuhuhu.. sungguh tak cantik.
tak per la kembang tu sbb dah bersalin tiga org ~pujuk hati sendiri sebenarnya~.
tapi tang perut ngan paha ni. sadis sungguh. buntu.
semua maklumat diet dah search, semua jenis senaman dah search, semua pantang larang makan dah search. bak kata ilmu tentang nak kurus ni mmg dah search la. segala petua pun dah tau dah. alamatnya semua tu dah dlm kocek ni ha.
tapi........ errr .... setakat search jer ker. buat tak, praktik tak. hehehee..... sendiri mau ingat la.
ok, start bln ni saya pastikan saya buat, saya praktik apa yg saya tau utk turunkan berat badan saya.
nekad. mmg nekad. semangat tengah berkobar2 ni. heeee..

jadiiii, step pertama saya, saya nak merebut pahala puasa di bulan rejab ni. seingat saya, badan saya dapat turun dengan cepat kalo saya berpuasa. thn lepas berat saya turun 3kg dlm masa sebulan disebabkan berpuasa ramadhan. jd saya rasa puasa cara pertama saya kena praktik. ho ho ho.... saya tau ini bukan cara sebenar kalo betul2 nk kurus, kan. tapi tak per, setakat ni, dgn cara puasa jer yg saya mampu blh buat. yg lain2 tu mcm tak blh nak praktik lagi. ada jer halangannya. lagi pun kita kena start pelahan2 kan. mood kena ada, kalo mood diet hilang kang tunda thn depan pulak azam ni. huuhuhhuuu.... sedih betul, buat utk diri sendri pun susah.

apa kata kita tengok apa kelebihan yg ada dlm bln REJAB ni. semoga kita mendapat keberkatan.

Kelebihan Bulan Rejab

"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)

1.   Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
2.   Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
3.   Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
4.   Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
5.   Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
6.   Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

7.   Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
8.   Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
9.   Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
10.  Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
11.  Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
12.  Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
13.  Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.



kalo nak banyak lagi maklumat blh jenguk http://ahyeop.blogspot.com/2009/07/kelebihan-bulan-rejab.html ~minta izin tuan blog saya copy paste entry tuan kat blog saya ni~


bestnya kalo dapat gi bercuti rehatkan fikiran. tensionnya ari ni. :(



06 June 2011

Anak-anak saya

Perkembangan anak-anak saya. Makin besar makin lasak, tapi terhibur. Sabar pun kena la banyakkkkkk. errrr....

time elok diorg tengok kamera, gambar kelabu pulok. em em emmm...

ha,,, tak leh lama2, mcm2 gaya dah diorg ni. haaa...

tak tau la ape pesen gaya diorang. belasah jerr la... :)

ada benda nak tulis, tapi emosi tengah terganggu, nnti tak pasal2 saya merapu meraban. jadiii, biar la ia tersimpan di dalam hati. yg penting setiap masalah akan pergi dan berlalu juga. semoga saya mendapat pengajarannya.
seronok baca entry kawan2 yg rajin sgt mengupdate. tapi saya pula...... emmmm.... sendiri pikir la. heee...

08 April 2011

Jika seorang ISTERI menangis..

Menarik bagi saya dan nak kongsi ngan kawan2.

oleh JomSayang

Sahabat…

* Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!

* Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis krnmu, tolong pegang tangannya dng penuh
pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia-nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat