Amalkan langkah-langkah ini untuk menurunkan risiko anda terhadap kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.
Makan makanan yang sihat untuk jantung, seperti:
a. susu skim atau susu 1% lemak
b. yogurt rendah lemak
c. keju rendah atau tanpa lemak
d. ikan
e. ayam dan ayam belanda tanpa kulit
f. daging yang dipotong nipis
g. bijirin, pasta dan kekacang
h. jagung, roti
i. sayur-sayuran dan buah-buahan
Kurangkan pengambilan makanan-makanan berikut:
a. marjerin dan minyak
b. nangka, cempedak, langsat, pisang, anggur dan air kelapa
c. kacang tanah
Elakkan mengambil makanan ini:
a. susu penuh krim
b. krim dan ais krim
c. keju tinggi lemak
d. mentega
e. lemak daging
f. sosej, hot dog, bologna
g. organ dalaman haiwan seperti hati dan pedal
h. kuning telur
i. santan kelapa dan lemak haiwan
Pilih aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga anda seperti:
a. berjalan
b. senamrobik
c. berkebun
d. menari
e. bersukan
f. bermain lompat tali
Sasarkan berat badan unggul anda. ambil langkah-langkah yang dapat menurunkan berat badan anda jika terlebih berat badan. cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan. cuba amalkan cara-cara berikut:
a. elakkan mengmabil makanan yang tinggi lemak dan kalori
b. ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit
c. makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek
d. bakar, rebus dan panggang makanan anda
e. lakukan aktiviti fizikal setiap hari.
sumber: berita harian 22Jun 2011
dulu 48kg, sekarang 60kg!!!!!! sapa tak sedih wei, berapa kg bezanya tuuu. tang perut, bumper, paha ngan lengan yg tk blah. suami pun asyik duk ejek jer. hadoiiii.....
tunggu kemunculan saya lepas hari raya nnti. ahaaa ....
heheheee.... apa yg suprise nya. nnti la. saya ada projek sepanjang 2, 3 bln ni.
kalo berjaya sy kongsi kat sini yer.
No comments:
Post a Comment