09 February 2011

Waeng, sawadikhaaaap

Haluuuu..........
aduhhh senyap jah blog kita ni. itu la lama bangat dibiarin. tak dan nok update benarnya. ada cite tp malas pulok nak naip. huh, masalah betul.
k la. cny baru ni kita balik kg. jadual mmg padat gi mari gi mari. umah kita umah che abe. umoh che abe umoh kita. penat. hohohhoo....
kita nok cite skit balik kg baru ni. kenduri kahwin 'org alik sana'. tempatnya di waeng, bangkok, thailand,sempadan siam/rantau panjang. kenduri  sambut menantu, sepupu che abe yg kahwin. utk pengetahuan, che abe kita ni asal silahnya org alik sana (tp bukan org sana). mek (mertua kita) org sana, pas kahwin ngan org sini, buat k/p sini n dah jadi org sini dah. mek 12 beradik, 6 org duk sana 6 org duk sini. jadi masih kuat lagi la gi mari gi mari kot sana. huhuhuuu.. apa la yg kita cite ni sana la sini la. harap2 paham la yer.
pas tengok gambar2 masa gi sana,rugi lak rasa tak sempat ambik banyak2 gambar, maklum la anok 3 ni, tak dan nak jadi mamarazi sepenuh masa. che abe pulak jenih tak minat bergambar.
gambar hok mana dan jah ni. aduhhh la. panjang pulak citenya nih.
k la, kita tengok gambar jer senang cite. 


kehadiran tetamu disambut oleh dj n kugirannya. rasa mcm vip. heheh.



kebetulan sampai, diorg start acara silat menyilat.



apalagi, ke meja persegaran lah kita. majlis ni tumbang 2 ekor kerbau ok. eerrr... kita tak berani nak rasa, terbayang2 jer muka kerbau yg besar garang tu. lauk pauknya, sup kerbau, gulai darat kerbau, ayam masak merah, rebung, suhun goreng, sambal belacan, beledor (agar-agar). sori, gambar jd merah sbb khemah warna merah. tak leh ejas doh.



adik ipar kita, ngan sepupunya yg kahwin itu, dan kawan polisnya. yg berbaju merah kat belakang tu jo ngakak (penghidang makanan).




pat ngidey (tempat org menghidang makanan)

tiga buah khemah


jemputannya 2 ribu org, rasa hok mari ramai lagi, kebetulan cuaca panas molek, org kg tak berenti-renti datang. mak sedara che abe ni org terkenal kat kawasan ni, dia tukang jahit, ada kedai kat sini n rantau panjang, suami dia lak pesara polis. anak hok nikah ni pun polis. jd mmg ramai la jemputan, org mesia (malaysia) pun ramai gak yg datang.







Che Abe tengah pujuk ceywie yg tengah meragam

hah, ni nak cita panjang skit, yg best+pelik kat sini, masa majlis tu, kiri kanan ada org bukak payung jual mcm2 barang. (kebayakan mainan n makanan ringan). mmg terkejut gak mula2 sampai, aik, ni ada pasar pagi ker apa. rupa2nya mmg pesen org kat sini mcm tu. kalo diorg dengar umah buat kenduri kahwin, diorg pakat2 gi la menjual kat situ (tanpa diundang tau). mmg dah budaya kat sana.
apa lagi, tiga budak kecik ni sonok la. nak mainan nak mainan. banyak gak la simpan duit kat sini. kuang,kuang,kuang, pensan che abe.
eh, lagi satu, yg kelakarnya. org2 jual ni blh kenal org tempatan ke org mesia. kalo kita cakap mesia tu harga mahal 50 kop (50 sen). sedara kita cakap, kena cakap stail org sana baru blh harga biasa, kalo tanya waper khop ni? hah dio tak leh nak nipu dah. hehehe.. mcm2. 
pah tu ada lg kelakarnya, kedai2 payung ni, belah pagi harga mcm biasa, makin lama makin mahal, makin petang makin mahal, aik... tebalik pulak dah, bukannya makin murah ka. pg 2 ringgit, ptg jadi 3.50. huhuhu.. banyak gak naik tu. sedara kita cakap. org kat sini, belah pagi diorg gi noreh getah, jadi ramai yg datang belah petang (80% org sini kerja noreh getah) skang ni org noreh gerah kaya okey. tu yg peniaga makin menjadi2 naikkan harga tu. kelakar lak rasanya, sesuka hati jer naik harga. hehe



seharian kat sana balik la kita ke mesia semula. panjang umur kita jumpa lagi. benarnya kg che abe kita ngan waeng ni dipisahkan oleh sebatang sungai jer. tak sampai 5 minit duk dlm perahu tu. sapa doh eh mesia. dekat jer benarnya. tapi nak gi ke kg sepupu yg kahwin tu ada la 20 minit gak. tak der la kg tu duk kat tepi sungai ni. sbb malas nak pegi secara sah (buat paspot) tu yg kita-kita ni gi ikut sungai ni. nak jadi cita, kebetulan gi hari tu, kita ambik la kesempatan beli beras siam, kan kat sana terkenal berasnya yg molek dan murah, beli 30 kilo jer, 6 kampit (5 kilo 5 kilo). sampai jer pengkalan tu, tetiba tercongok jer 2 askar kita siap ngan senapang nya. huaaa.... takut gak kita. sbb tak biasa tengok. ingat kan dia nak tahan kitorg ker apa. che abe cakap setakat 30 kilo tu apa sgt la. dia cuma nak tanya sajaa. kitorg cakap la beras utk makan2 sendiri jer. bukan nak jual. masa ni. kita yg panik lebih. kat pengkalan ni mmg ada org seludup barang2 alik sana. tu sbb ada askar yg jaga kat sini. ooo... utk kawalan keselamatan.

aduh, letih weh karang mengarang ni. baru pendek ni dah lenguh jari. apa daaaaa. 
k, akhir cerita kita letak gak la gambar pengantin hari tu.

pengantin yang keletihan.

HABIS.





2 comments:

InaAchik said...

kito ni tok sapa lg lek sano...
kalu gi lek sano naik perahu, tak dok pasport pon tok apo ko? namo ke brigak keng! ;p

rinkume_zi said...

heheh. tak po la na. stakat nok gi shoping kat golok tu blh lg. tapi tok leh gi jauh la. takut jupo ngan polis dio. keno ado org kenal kat sini raso yakin skit. kalu dok takut gok.