As-Salam,
Saya terjumpa blog yang menarik, jom klik sini.
Saya kenal al-Mathurat masa belajar kat U dulu. Kalo jemaah kat surau, lepas subuh dan asar tu wajib baca. Masa tu dah ingat dalam kepala otak ni dah. Indahnya zaman belajar dulu tetiba.
Tapi bila dah abis U, hidup pun penuh dengan pancaroba dunia, amalan al-Mathurat dah lama saya tinggalkan. Sibuk betul saya dengan urusan dunia! kalah PM, huhuhu......
Bila terjumpa blog kat atas tu, terasa bersemangat nak mulakan balik. Zaman sekarang ni canggih betul. Terpulang pada kita jer nak rebut ker tak. In sha Allah, berazam pada diri, kalo tak buat selalu pun, buat sekali sekala pun jadilah, jangan lupa terus sudah. Kalo jadi amalan lagi la baik kaedahnya kan. Semoga bermanafaat. :-)
22 April 2013
18 April 2013
Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir
As-salam,
Bila tengok tajuk tu mesti ramai yang dah tahu zikir ni kan.
Kali ni saya nak ceritakan satu kisah benar. Belaku kat diri saya sendiri. Subhanallah, sampai ke hari ni saya masih tak percaya lagi.
Mula2 nak minta maaf mungkin ada yang tak faham jalan cerita sebenar yang saya nak sampaikan sebab ia berkisar bidang penerbitan dan sebab utama jugak saya ni tak pandai bercerita, ehee.... Harap2 motif sebenar dalam kisah ni akan sampai, :-).
Kisahnya begini. Seorang editor A bertanya kepada saya tentang satu judul komisi yang dah lama daftar. Judul tu pulak dia ambil dari editor B yang dah tukar ke wilayah lain. Semua proses kelulusan nak terbitkan buku ni dah lepas dengan jayanya semasa di tangan editor B. Tapi bila tiba ke bahagian harta intelek ada masalah bila nak buat lesen perjanjian. Editor A punya la gelabah dan pening kepala sebab tak tau nak selesaikan masalah ni, sebab dia baru ambil alih dan tak paham sangat dengan cerita sebenar. Tanya editor B dia kata semua dia buat dah betul. Tambah pulak Ketua editor A ni punya la mendesak suruh selesaikan masalah ni tak kira mcm mana caranya. Tanya situ tanya sini hingga sampai la ke bahagian saya. Saya terlibat dalam masalah ni sebab saya yang sediakan bahan2 untuk kelulusan lembaga. Sebab tu editor A cari saya. Mula2 tu saya ingatkan masalah ni ringkas jer. Bila ditilik-tilik di tengok-tengok, memang pening kepala. Saya pun turut gelabah jugak la. Jangan main2 dengan hasil karya orang ni, kalo kita salah buat, banyak komplikasi akan berlaku. Antaranya tak dapat buat lesen perjanjian, maka buku tak boleh terbit lagi dan penulis tak akan dapat royalti. Andaikata penulis tu penulis tersohor. Tak ker haru. Huhuhuuu.....
Maka start la saya cari dan selidik dari mula proses judul komisi berkenaan. Cari punya cari rupanya ada masalah kat part saya. Wah gelabah sungguh. Dalam hati duk berzikir tak henti2. Cari dalam fail yang berkenaan tak jumpa. Sepatutnya makluman judul untuk dibawa ke mesyuarat lembaga saya akan simpan dalam fail hijau. Dua tiga kali saya belek memang tak der, dan saya yakin tak der dalam fail tu. Oh, mungkin ada dalam kotak2 bawah meja saya ni, kertas2 yang boleh kata guna tak guna saya simpan elok2 dalam kotak dan letak bawah meja untuk buat recycle. Mana tau kot2 saya terbuang ker, jenuh saya selongkar tiga kotak A4 tu. Letih!. Tak jumpa jugak. Satu jalan lagi mungkin ada dalam emel. Mungkin editor B ada emel kat saya maklumat judul berkenaan. Kecewa jugak. Tak der. Hah, berdebar jugak la sikit, pening fikir mana maklumat berkenaan. Tak kan saya tak terima, kalo tak terima mana boleh masuk mesyuarat. Tak kan saya senang2 jer buang dan kertas2 macam tu tak mungkin saya buang, kalo tak buang mana pulak pergi kertas tu. Dalam hati tak berenti berzikir. Saya bagitau editor A bagi saya masa nak cari maklumat tu. Pada hari tu memang tak jumpa. Saya dah penat, esok jer la saya tepon editor A tu. Kebetulan esok dan lusa tu editor A bercuti, sabtu dan ahad. 4 hari tu puas saya fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Sebab punca kat part saya buat. Ya Allah macam mana ni. Hati saya tak berhenti berzikir. Risau.
Masuk isnin, editor A telefon saya bertanyakan judul dia tu. Sebelum tu saya dah maklumkan masalah ni kat kawan sebahagian saya. Dia cadangkan editor A turun dan bincang sama2. Maka kitorg bincang la apa sebenarnya masalah ni, puncanya kat mana. Bila kawan saya suruh ambil fail yang berkenaan tu, saya dah susah hati. Dalam hati tak berenti berzikir. Maka tawakal jer la saya gi ambik dan belek satu2 kertas dalam fail berkenaan tu. Terkejut sungguh saya pada masa tu, maklumat judul yang saya cari selama ni ada dalam fail tu. Dalam hati saya terdetik, biar betul kertas ni saya jumpa dalam ni. Hari tu memang saya dah belek satu2 kertas dalam fail yang sama memang tak der. Kalo tak, tak kan saya sanggup selongkar tiga kotak A4 yang penuh dengan kertas2 semata2 nak cari sekeping kertas ni. YA ALLAH tak tau nak gambarkan macam mana leganya hati saya bila jumpa sekeping kerta yang penting pada masa tu. Terharu pun ada jugak, tak sangka terlepas jugak saya dalam masalah ni. Editor A lagi la lega, tak habis2 ucap terima kasih kat saya, saya pun mintak maaf jugak sebab lalai. Alhamdulillah. Maka selesailah masalah berkenaan.
Sampai ke hari ni saya masih terfikir. Batul ker saya tak jumpa kertas tu dalam fail yang saya cari mula2 tu. Saya masih ingat lagi 2, 3 kali saya belek satu2 kertas dalam fail tu. Sah tak der. Tapi kenapa hari kemuncak tu jumpa pula. Dalam 4 hari tu saya susah hati betul. Mana la saya nak cari kertas tu. Macam mana la nak selesaikan masalah ni. Saya fikir, Allah nak uji saya. Hati saya tak berenti berzikir. Akhirnya masalah tu dapat selesai dengan mudah sekali.

Inilah zikir yang selalu saya baca masa tu. Sehingga sekarang saya amalkan. Hati saya kuat mengatakan sebab zikir ni Allah memudahkan urusan saya itu. Subhanallah.
17 April 2013
SMART KIDS '13
Terbelek dalam paper hari ni.
Nampak menarik.
Napa la sebelum2 ni saya tak pernah tau ye, atau mungkin sejak anak dah masuk sekolah ni selera ekspo saya dah berubah dah. ehek. :-)
Nak tau lebih lanjut boleh klik sini.
Daftar untuk masuk percuma dah tutup dah. Rugi eh.
Jom gi ramai2.
Label:
apa-apa aje
GEMUK!
As-salam,
"Akak ada isi lagi ker".
"Wah, sihatnya sekarang".
"Gemuknya awok sekarang ni".
"Tengok belakang tak cam dah".
"Makan lalu yer sekarang ni".
"Dah berapa bulan dah".
"Bila nak diet ni".
Glup.............
Hodoh sangat kot bila saya gemuk ni. Terasa tu memang la ada. Tapi saya lalikan aje. Tapi bila ramai sangat yang dah menegur sekarang ni, malu la weh. Tak boleh ker saya gemuk. Gemuk sangat ker saya ni. Saya tengok orang lain gemuk ok jer. Wah, takut pulak taip GEMUK ni banyak kali.
Ker orang gemuk ni pernah melalui fasa2 macam saya ni. Huhuhuuuu......
*tak huduh gano, mula2 kerja bera 48kg, sekarang 65kg. tak ker haruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

16 April 2013
Tak nak ebm
As-salam,
Saya tengah susah hati sekarang ni.
Kemarin pengasuh azwar tetiba bagi msg. "Azwar tak nak minum susu". Start hantar pukul 7pg sampai pukul 10pg dia tak menyusu. Duk nangis2 lapar. Saya suh pengasuh bagi kot sudu pun tak nak, kot cawan pun tak nak. Asyik tolak2 ngan lidah dia. Pengasuh kata azwar bukan tak nak botol, tapi macam tak nak susu tu.
Risau la saya kat opis ni. Saya kata cuba bagi makan yang saya bekalkan, campur ngan ebm tu. Kalo dia tak nak makan jugak saya ingat nak balik la tgh hari tu. Tunggu2 pengasuh tak tepon. Saya tepon pengasuh dia kata azwar makan elok, cuma tak nak susu jer. Jadi seharian tu dia tak minum pun susu, satu botol terpaksa buang.
Jenuh mikir napa dia tak nak ebm. Tak nak puting tu ker, tapi sebelum ni elok jer. Tak selesa gusi nak tumbuh gigi, tak nampak pulak gusi azwar bengkak. Bila ambil dari pengasuh, cepat2 bagi susu kat dia, elok jer. Memang lapar susu sangat kemarin tu.
Ker, dia tak dah tak suka ebm??? Jangan la anakku. Tak sanggup lagi nak campur ngan susu formula. Saya ni baru jer semangat nak beli shaklee untuk persediaan nak ganti puasa. Ebm kat peti ais tu pun dah makin banyak. Emmm.... napa pulak azwar tak nak ebm ni ye. Tak pernah terfikir pulak masalah mcm ni. Hari ni pun sama. Saya bekalkan susu yang baru perah (tak bagi yang ebm), pun tak nak minum. Buntu.

Saya dah lapan bulan dah minum susu ibu.
Label:
asi
Terima kasih Ya Allah
As-salam,
Tersentak saya bila seorang kawan bahagian lain menegur kawan sebahagian saya.
"Dah lama tak nampak kawan awak pergi surau ye, sayang la". (saya la yang dia maksudkan tu).
Rupanya bukan dia sorang jer perasan saya dah lama tak pergi surau, kawan sebahagian saya kata ada dua org lagi pernah tanya dia jugak dah lama tak nampak saya berjemaah.
Betul la tu, sejak naik kerja lepas bersalin hari tu lansung tak berjemaah kat surau dah. Aduhh, berdosa pulak rasa. :_(
Terima kasih Tuhan sebab bagi saya kawan yang sentiasa ingatkan saya dalam urusan akhirat.

kerja
13 April 2013
Dah pakai daaahhh
As-salam,
Nak kabor ni, saya dah pasang dah inplanon kat lengan saya ni 3/4/13 hari tu. Dah habis tempoh pakai inject hari tu dua bulan tempohnya terus pegi LPPKN sambung implanon pulak. Nurse tu soal saya jawab pasal apa2 perubahan lepas inject ari tu. Saya citer la, lepas inject ari tu, period tak der lansung, masa mula-mula inject dua kali datang dalam sebulan, bulan selepas tu tak der lansung, ada spotting jer, tu pun dua tiga hari, selang dua minggu ada lagi sehari dua, sampai tarikh ni dah tak der keluar tanda apa2 pun (sebenarnya risau gak normal ker macam tu). Nurse tu senyum jer, dia kata normal kalo macam tu puan, ada orang setahun tak datang period, tiga tahun pun ada. Ubat implanon ni dia buat sama macam hormon ibu menyusu. Ibu menyusu eksklusif memang lambat datang period. Puan tak payah risau, itu normal. Ohhh, baru la saya faham. Jadi hormon saya ok la ngan ubat ni yer (baru la lega rasa di hati).
Masa nak pasang tu agak naling sikit (berdebar kata orang bandar). Ye la kan, cucuk kat lengan yang gebu2 dan lembut ni. Ngilu rasa. Doktor wanita yang masukkan implanon tu lembut jer orang nye, jadi operasi masukkan implan pon smooth jer (kata orang putih). Masa masukkan tu tak rasa apa (sebab dia cucuk ubat bius). Dah habis ubat tu terasa la sakit2 kat tempat dia letak implan tu. Doktor pesan dalam seminggu tak boleh angkat benda2 berat, bagi implan tu duk elok2 kat situ katanya. Rasa sakit2 tu ada la 4, 5 hari jugak (sebab benda tu terkena isi2 daging lengan, sebab tu tak boleh gerak lasak sangat nanti sakit). Terasa ngan tangan benda tu kat dalam lengan kita, pas tu ada biru2 lebam kat sekeliling tempat implan tu. Lepas seminggu kena pergi balik kat LPPKN dia nak check implan tu. Dah pergi dah pun, dan nurse tu kata, OK. Maksudnya kedudukan implan tu ok dan kesan2 kat lengan saya tu pun ok. Sebenarnya masa daatng check implan ari tu nurse suruh buat pap smear. Tapi saya kata tak bersedia lagi nak buat. Nurse suh datang bila2 masa jer, bila waktu bersih. Sampai ke hari ni saya tak pergi2. Degil.
Maka setahun lagi la saya jejak ke LPPKN. ;-)

Kad untuk pemakai implanon, kat belakang ada due date implan ni.
Nurse suh catat dalam ni jika ada tanda2 S atau B.
Nota untuk makluman si pemakai.
Sapa nak pakai ni boleh la telefon terus kat HQ LPPKN untuk maklumat lanjut.
Sekian.
Fuh, dah lepas satu dalam draf tu (lega).
:-)
Label:
implanon
12 April 2013
Pertama kali menang GA
As-salam,
Sunyinya blog saya ni.
Dah tak der idea ker tuan punya blog.
Tuan punya blog jawab, draf ada dalam 3, 4, 5 tuuu, nak publish tu tak tau la masa mane. alasan! ;-)
Kali ni nak citer pasal saya menang GA. Pertama kali join GA terus meeenaaaang. Suka!
Saya join GA Suka Hati dari Mama Alya, nama GA pun suka hati kan, jadi saya pun suka-suka jer la join GA tu, tak sangka adik alya cabut nama saya, maka dapat saya hadiah tersebut.

Mana satu yang jadi milik saya yer.
Oh, hitam itu menawan. :-)
Dah selamat jadi hak milik kakak effa pun.
Itu je nak citer.
Senyuuuummm.
Label:
apa-apa aje
03 April 2013
Marilah mari, mari mengundi .....
As-Salam,
Tak sabar nak balik kampung weh (padahal baru jer balik cuti sekolah ari tu). Balik kali ni meriah la bendera kat tepi2 jalan tu. Tentu seronok on the way balik kampung nanti. :-)
Ni kali kedua saya buang undi, sepatutnya kali ketiga, tapi masa ngundi tahun 2008 saya ngan suami duk kuching tak dapat nak balik. Rasa eksaited pulak nak ngundi kali ni. hihihihi....
Sedikit info ringkas:
Selepas Perlimen dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 untuk membentuk kerajaan baru. SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Kini kita ditadbir kerajaan sementara (bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini).
Untuk mereka yang nak mengundi nanti, hati2, jangan sampai jadi undi rosak ye.

21 March 2013
Terganggu sikit
Salam semua,

Petang semalam saya dapat berita yang agak mengganggu fikiran saya. Rasa sedih ada. Rasa malu pun ada. Terfikir2, napa saya susah nak dapat yang saya nak tu. Bila target saya dah ke arah tu, ada jer halangannya. Buntu rasa. Kadang2 rasa macam nak mengalah je, tapi saya tak boleh duk lama2 macam ni. Tak boleh. Kesian pulak rasa diri ini. uhuk uhuk.....
~ Begini la nasib diri ku yang malang oh Tuhannnnn...... ~
Takpe.
Allah yang bagi rezeki kat kita, bukan manusia yang bagi rezeki kat kita. Manusia tu perantaraan saja, kalo Allah dah janji itu hak kita, in sha Allah akan tiba jugak masanya nanti. Amin. (ayat nak sedapkan hati sendiri ni)
Tapi,
Kalo yang kita berharap sangat tu tak dapat2. Kena la terima. Allah dah aturkan semua benda dalam hidup kita. Kena kuat sabar dan redha dengan qada' dan qadar. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. (uhuhuhuuu.... sedih balik)
Macam mana ni. Pening weh.
Nak letak gambar anak lah, kalo macam tu. ;-)
Gambar baru dapat daripada taska,

abang aqil, seriusnye kamu.
wah, kakak areefa, terlebih senyum nampak.
abang ariq pulak kontrol senyum ek.
baby azwar gak yang comel, yey.
hai, puji anak sendiri pulak.
ni sedih ke tak sedih ni.
;-))
Label:
apa-apa aje
Subscribe to:
Posts (Atom)