17 April 2013

GEMUK!

As-salam,

"Akak ada isi lagi ker".
"Wah, sihatnya sekarang".
"Gemuknya awok sekarang ni".
"Tengok belakang tak cam dah".
"Makan lalu yer sekarang ni".
"Dah berapa bulan dah".
"Bila nak diet ni".


Glup.............
Hodoh sangat kot bila saya gemuk ni. Terasa tu memang la ada. Tapi saya lalikan aje. Tapi bila ramai sangat yang dah menegur sekarang ni, malu la weh. Tak boleh ker saya gemuk. Gemuk sangat ker saya ni. Saya tengok orang lain gemuk ok jer. Wah, takut pulak taip GEMUK ni banyak kali.

Ker orang gemuk ni pernah melalui fasa2 macam saya ni. Huhuhuuuu......


*tak huduh gano, mula2 kerja bera 48kg, sekarang  65kg. tak ker haruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

16 April 2013

Tak nak ebm

As-salam,

Saya tengah susah hati sekarang ni.

Kemarin pengasuh azwar tetiba bagi msg. "Azwar tak nak minum susu". Start hantar pukul 7pg sampai pukul 10pg dia tak menyusu. Duk nangis2 lapar. Saya suh pengasuh bagi kot sudu pun tak nak, kot cawan pun tak nak. Asyik tolak2 ngan lidah dia. Pengasuh kata azwar bukan tak nak botol, tapi macam tak nak susu tu.

Risau la saya kat opis ni. Saya kata cuba bagi makan yang saya bekalkan, campur ngan ebm tu. Kalo dia tak nak makan jugak saya ingat nak balik la tgh hari tu. Tunggu2 pengasuh tak tepon. Saya tepon pengasuh dia kata azwar makan elok, cuma tak nak susu jer. Jadi seharian tu dia tak minum pun susu, satu botol terpaksa buang.

Jenuh mikir napa dia tak nak ebm. Tak nak puting tu ker, tapi sebelum ni elok jer. Tak selesa gusi nak tumbuh gigi, tak nampak pulak gusi azwar bengkak. Bila ambil dari pengasuh, cepat2 bagi susu kat dia, elok jer. Memang lapar susu sangat kemarin tu.

Ker, dia tak dah tak suka ebm??? Jangan la anakku. Tak sanggup lagi nak campur ngan susu formula. Saya ni baru jer semangat nak beli shaklee untuk persediaan nak ganti puasa. Ebm kat peti ais tu pun dah makin banyak. Emmm.... napa pulak azwar tak nak ebm ni ye. Tak pernah terfikir pulak masalah mcm ni. Hari ni pun sama. Saya bekalkan susu yang baru perah (tak bagi yang ebm), pun tak nak minum. Buntu.

Saya dah lapan bulan dah minum susu ibu. 

Terima kasih Ya Allah

As-salam,

Tersentak saya bila seorang kawan bahagian lain menegur kawan sebahagian saya.
"Dah lama tak nampak kawan awak pergi surau ye, sayang la". (saya la yang dia maksudkan tu).
Rupanya bukan dia sorang jer perasan saya dah lama tak pergi surau, kawan sebahagian saya kata ada dua org lagi pernah tanya dia jugak dah lama tak nampak saya berjemaah.

Betul la tu, sejak naik kerja lepas bersalin hari tu lansung tak berjemaah kat surau dah. Aduhh, berdosa pulak rasa. :_(
Terima kasih Tuhan sebab bagi saya kawan yang sentiasa ingatkan saya dalam urusan akhirat.


13 April 2013

Dah pakai daaahhh

As-salam,

Nak kabor ni, saya dah pasang dah inplanon kat lengan saya ni 3/4/13 hari tu. Dah habis tempoh pakai inject hari tu dua bulan tempohnya terus pegi LPPKN sambung implanon pulak. Nurse tu soal saya jawab pasal apa2 perubahan lepas inject ari tu. Saya citer la, lepas inject ari tu, period tak der lansung, masa mula-mula inject dua kali datang dalam sebulan, bulan selepas tu tak der lansung, ada spotting jer, tu pun dua tiga hari, selang dua minggu ada lagi sehari dua, sampai tarikh ni dah tak der keluar tanda apa2 pun (sebenarnya risau gak normal ker macam tu). Nurse tu senyum jer, dia kata normal kalo macam tu puan, ada orang setahun tak datang period, tiga tahun pun ada. Ubat implanon ni dia buat sama macam hormon ibu menyusu. Ibu menyusu eksklusif memang lambat datang period. Puan tak payah risau, itu normal. Ohhh, baru la saya faham. Jadi hormon saya ok la ngan ubat ni yer (baru la lega rasa di hati).

Masa nak pasang tu agak naling sikit (berdebar kata orang bandar). Ye la kan, cucuk kat lengan yang gebu2 dan lembut ni. Ngilu rasa. Doktor wanita yang masukkan implanon tu lembut jer orang nye, jadi operasi masukkan implan pon smooth jer (kata orang putih). Masa masukkan tu tak rasa apa (sebab dia cucuk ubat bius). Dah habis ubat tu terasa la sakit2 kat tempat dia letak implan tu. Doktor pesan dalam seminggu tak boleh angkat benda2 berat, bagi implan tu duk elok2 kat situ katanya. Rasa sakit2 tu ada la 4, 5 hari jugak (sebab benda tu terkena isi2 daging lengan, sebab tu tak boleh gerak lasak sangat nanti sakit). Terasa ngan tangan benda tu kat dalam lengan kita, pas tu ada biru2 lebam kat sekeliling tempat implan tu. Lepas seminggu kena pergi balik kat LPPKN dia nak check implan tu. Dah pergi dah pun, dan nurse tu kata, OK. Maksudnya kedudukan implan tu ok dan kesan2 kat lengan saya tu pun ok. Sebenarnya masa daatng check implan ari tu nurse suruh buat pap smear. Tapi saya kata tak bersedia lagi nak buat. Nurse suh datang bila2 masa jer, bila waktu bersih. Sampai ke hari ni saya tak pergi2. Degil.
Maka setahun lagi la saya jejak ke LPPKN. ;-)



 Kad untuk pemakai implanon, kat belakang ada due date implan ni.


Nurse suh catat dalam ni jika ada tanda2 S atau B.



Nota untuk makluman si pemakai.


Sapa nak pakai ni boleh la telefon terus kat HQ LPPKN untuk maklumat lanjut.
Sekian.


Fuh, dah lepas satu dalam draf tu (lega).
:-)

12 April 2013

Pertama kali menang GA

As-salam,

Sunyinya blog saya ni.
Dah tak der idea ker tuan punya blog.
Tuan punya blog jawab, draf ada dalam 3, 4, 5 tuuu, nak publish tu tak tau la masa mane. alasan! ;-)

Kali ni nak citer pasal saya menang GA. Pertama kali join GA terus meeenaaaang. Suka!
Saya join GA Suka Hati dari Mama Alya, nama GA pun suka hati kan, jadi saya pun suka-suka jer la join GA tu, tak sangka adik alya cabut nama saya, maka dapat saya hadiah tersebut.

Mana satu yang jadi milik saya yer.


Oh, hitam itu menawan. :-)


Dah selamat jadi hak milik kakak effa pun.

Itu je nak citer. 

Senyuuuummm.




03 April 2013

Marilah mari, mari mengundi .....

As-Salam,

Tak sabar nak balik kampung weh (padahal baru jer balik cuti sekolah ari tu). Balik kali ni meriah la bendera kat tepi2 jalan tu. Tentu seronok on the way balik kampung nanti. :-)

Ni kali kedua saya buang undi, sepatutnya kali ketiga, tapi masa ngundi tahun 2008 saya ngan suami duk kuching tak dapat nak balik. Rasa eksaited pulak nak ngundi kali ni. hihihihi....

Sedikit info ringkas:

Selepas Perlimen dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU-13 untuk membentuk kerajaan baru. SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Kini kita ditadbir kerajaan sementara (bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini).


Untuk mereka yang nak mengundi nanti, hati2, jangan sampai jadi undi rosak ye.

21 March 2013

Terganggu sikit

Salam semua,





Petang semalam saya dapat berita yang agak mengganggu fikiran saya. Rasa sedih ada. Rasa malu pun ada. Terfikir2, napa saya susah nak dapat yang saya nak tu. Bila target saya dah ke arah tu, ada jer halangannya. Buntu rasa. Kadang2 rasa macam nak mengalah je, tapi saya tak boleh duk lama2 macam ni. Tak boleh. Kesian pulak rasa diri ini. uhuk uhuk.....


~ Begini la nasib diri ku yang malang oh Tuhannnnn...... ~


Takpe.
Allah yang bagi rezeki kat kita, bukan manusia yang bagi rezeki kat kita. Manusia tu perantaraan saja, kalo Allah dah janji itu hak kita, in sha Allah akan tiba jugak masanya nanti. Amin. (ayat nak sedapkan hati sendiri ni)

Tapi,
Kalo yang kita berharap sangat tu tak dapat2. Kena la terima. Allah dah aturkan semua benda dalam hidup kita. Kena kuat sabar dan redha dengan qada' dan qadar. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. (uhuhuhuuu.... sedih balik)


Macam mana ni. Pening weh.

Nak letak gambar anak lah, kalo macam tu. ;-)




Gambar baru dapat daripada taska,

abang aqil, seriusnye kamu.


wah, kakak areefa, terlebih senyum nampak.


abang ariq pulak kontrol senyum ek.


baby azwar gak yang comel, yey. 


hai, puji anak sendiri pulak. 
ni sedih ke tak sedih ni.
;-))




20 March 2013

Perkembangan terbaru

Salam semua,

Sebenarnya nak update perkembangan selepas saya inject unidepo kat lppkn ari tu. Ada dua minggu lagi untuk temujanji seterusnya.

Cuba tengok ni :-
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 Februari 2013
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31 Mac 2013

Itu la kitaran period saya lepas inject ari tu. Saya start inject 5hb. Tapi yang betul2 ada darah 25 - 28 jer. Yang bulan Mac ada tanda2 jer tapi tak der darah. Agak sedikit pelik sebab tak pernah terjadi kat saya sebelum ni. Yang dia kata tak sesuai tu sama ada darah keluar lama dan banyak sangat atau migrain yang teruk sangat. Setakat ni tak der tanda2 macam tu. Rasa2nya ok la kot.


Bangun tido smalam, muka rasa tak selesa. Raba2 kat muka, eh, sakit lah. Aik, banyaknya jerawat aku. Naik serentak pulak tu, aduhhhh. Dah la besar2, naik pulak kat atas bibir ngan dagu, bukan dua jer, tapi LIMA!.
Adoiiii, macam mana nak gi kerja ni. Malu nyeee. :-(
Ari ni dah 20hb (em, lambatnye nak gajiii). Nak datang period ker. Mungkin jugak kot. Tapi tak keluar2 lagi. Jerawat jer yang rajin keluar ni. Adoiiii. Nak mengadu muka naik jerawat jer ni, malu rase tua2 pun ada jerawat lagi. huuuuuuu.....



Saya kepilkan pamplet ni untuk rujukan mereka yang berminat.





















 Sekian, terima kasih. :-))





Milk boosterku

Salam semua,

Baru ku tahu, milk boosterku ialah nasik!.

Nasi wei.

Nasi.

Nasi.

Nasi.



Itu jer nak update. heeee.....



07 March 2013

Saya tak kisah bersusah-susah dahulu.....


Saya bukannya orang yang baik, tapi berusaha untuk menjadi lebih baik. In sha Allah.




Pertama.
Saya tak kisah kena susah-susah bagi anak saya susu ibu sepenuhnya. Saya tak kisah bila kena susah-susah nak perah susu, kena bangun awal pagi-pagi semata-mata nak perah susu, kat opis pun berkejar-kejar nak perah susu, angkut beg susu bila datang opis (berat wei sebab dalam tu la ada spectra 3, stok susu dan ice pack), ada masa fikiran risau kalo susu tak cukup, selalu jer fikir macam mana nak banyakkan susu, pernah balik awal sebab bekal susu tak cukup, huhuhuuu. Tapi saya senang hati buat benda susah2 ni sebab saya tau apa yang baik untuk anak saya, selagi terdaya saya akan bagi susu ibu sampai anak saya 2 tahun. Senang hati saya bila anak saya minum susu ibu. Nak berbangga tak boleh lagi sebab perjalanan perah susu ni panjang lagi. Saya tak suka nak berdebat2 pasal ni sebab saya bukan dalam bidang kot tu. Orang boleh kata apa saja, saya ok aje. Yang paling penting suami saya sokong dan family saya suka saya bagi susu ibu sepenuhnya kat baby saya itu. Lagi pun 2 tahun jer, sekejapan jer pun.

Kedua.
Saya tak kisah bila terpaksa buat puri untuk anak saya hari-hari (tak semestinya hari2 sebab puri boleh buat stok jugak). Kena rebus lama la, kene lenyek ngan penapis lagi la, lenyek pulak kena betul2 jadi puri,  sebelum bawak gi umah pengasuh kena panaskan dulu la, ah senang kata banyak step la. Leceh. Ada masa kalo stok puri dah abis, dan ada pulak vitamin M kat badan malam tu, pagi2 tu kena la bangun awal dari biasa sebab nak buat puri, tapi ok jer bagi saya. Saya tak kisah kena susah2 gitu. Dah itu pilihan saya jadi saya terpaksa rajin2 kan diri. Saya tak nak bagi anak saya makan nestum, sebabnya saya rasa nestum tak sesuai untuk baby (tak buat kajian pun, andaian sendiri jer). Sebabnya lagi, baby kan awal2 makanan dia tak boleh ada perasa, pada penilaian saya makanan yang dalam tin mesti dia letak 'sesuatu' untuk bagi makanan tu tahan lama, benda tu mesti 'sesuatu' kan. Eh apa aku taip ni. Empat2 anak saya, Aqil sorang jer pernah rasa makan nestum (sebab masa tu saya masih baru bergelar ibu, ilmu masih kurang lagi). Eh, bukan nak kata nestum tak bagus cuma andaian yang saya pandai2 reka tu buat saya tak bagi anak saya makan nestum. Lagi pun saya tak kisah nak susah2 buat puri untuk anak saya. Lagi pun tak lama, bila dia dah tumbuh gigi, dah masuk taska tak perlu lagi nak buat puri, lenyek2, kan.

Ketiga.
Saya tak kisah antar anak saya ke taska permata. Malah suka sangat bila anak saya dapat masuk taska permata. Anak saya begitu seronok bila bercerita tentang taska, kawan2, cikgu2, apa yang dia buat kat taska. Masa kat taska lama tak seseronok gini. Saya tak kisah terpaksa susah-susah bila pagi2 kena hantar anak pergi taska jalan kaki, balik petang pun ambik anak jalan kaki (tak jauh pun 5 minit jer ngan opis saya). Saya ok jer walau pun letih jugak la (tapi bagus sebenarnya boleh bakar sikit lemak2 tepu saya ni, nak harap buat senaman memang tak la). Saya juga tak kisah terpaksa kena luang masa 4 jam kat taska anak (wajib dalam sebulan). Tak susah pun sebenarnya, saya keluar dengan izin bos, jadi tak perlu susah2 hati, boleh buat aktiviti dengan kanak2 kat taska dengan seronok dan senang hati. Dapat kenal kawan2 anak kita, kenal ibu bapanya sekali, cikgu2 permata hari2 bagi laporan apa anak kita buat kat taska, makan apa kat taska ari tu, join aktiviti keluarga yang dirancang oleh pihak AJK taska (lawatan, konvo, dinner, gotong royong). Pengalaman yang tak boleh kita dapat kat nursery lain. Lagi pun setahun jer, tak lama la. Ingat tahun depan nak letak azwar pulak, hehee. :)

Keempat.
Saya tak kisah sekolahkan anak saya dekat dengan opis suami (jugak dekat dengan opis saya). Saya tak nak anak saya sekolah dekat dengan rumah sebab rumah saya jauh dengan opis. Pendapat saya lebih senang sekolah dekat opis sebab senang kita nak ulang alik kalo ade apa2 hal (tak mintak, tapi kalo ada). Saya jugak tak letak anak saya kat transit. Jadi suami saya terpaksa susah2 ambik anak waktu pulang sekolah pagi, siap2 anak untuk ke sekolah agama pulak. Suami saya ok jer. Malah dia yang offer nak buat. Kalo suami ada kursus kat luar kawasan saya boleh handle sebab opis saya dekat jugak (tang ni agak segan2 nak mintak izin bos keluar awal sebab nak ambik anak sekolah, tapi bos ok jer). Saya tak kisah bersusah-susah gitu, sebab saya puas hati tengok anak saya selamat pergi sekolah dan ambik dia sendiri bila balik sekolah. Siapkan sendiri anak ke sekolah petang pulak, puas hati dia bersih dan kemas dan jugak kenyang bila ke sekolah petang.

Kelima.
Saya tak kisah orang selalu tegur saya dah gemuk. Saya dah lali pun. Saya tau saya gemuk sebab apa. Badan saya memang cepat naik kalo tak kontrol makan. Pernah nak diet, tapi tak jadi nak teruskan sebab hasil perahan saya merundum. Pernah diet tak makan nasi, tapi tak boleh, susu kurang. Jadi saya tak boleh tinggal nasi, makan benda lain rasa tak puas. Saya pulak tak ambil apa2 supliment tambah susu kecuali obimin, jadi kena la banyak makan, hhihihiii.... alasan. Lepas perah susu mesti rasa sangat lapar. Sebab tu saya kuat makan. Huhuhuhuu..... Saya tau, ada orang beranak ramai pun masih slim, jugak perah susu macam awak pun masih slim. Lain orang lain badan. Jadi saya tak kisah apa orang kata kat saya. Saya ok aje. Tipu la kalo tak nak kurus tu. Saya ada target nak turunkan berat badan tapi kena tunggu habiskan misi saya menyusukan azwar dengan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun dulu. Glup! terpaksa la saya tahan telinga yer. ;-)


Semua kat atas tu memang kena susah-susah. Susah-susah yang saya buat tu untuk anak saya. Bagi saya tak susah pun, cuma kena rajin jer. Saya gembira dan puas hati dapat buat semua tu. Masa diorang kecik jer kita boleh rasa susah2 macam tu, kalo teringat balik ianya pengalaman manis sebenarnya. Kalo tak der anak kecik mana boleh kita buat benda2 tu semua kan. Jadi saya lakukan dengan senang hati jer dan saya mahu berikan yang baik-baik untuk anak saya. Ada la terasa sikit dengan cakap2 orang ni. Saya cuma boleh senyum saja. Saya dan suami akan buat apa yang kami mampu. Semoga Allah mudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak kami. Doa saya hari-hari, Semoga Aqil, Areefa, Ariq dan Azwar jadi anak soleh dan solehah. In sha Allah.



* Saya sangat kagum dengan ibu, ibu dan ibu ini (dan ada lagi ibu2 lain yang hebat di luar sana). Saya jadikan mereka contoh dalam mendidik anak2 saya.