Bismillah hirrahma nirrahim.
Baru rasa ada keinginan berblog semula. heheh.
Tahun 2012 banyak perkara yang berlaku. Yang baik-baik alhamdulillah, syukur. Yang tak molek ambil pengajaran.
Tahun 2013 insha Allah semoga diberi kemudahan oleh Allah untuk tingkatkan lagi usaha ke arah kebaikan untuk saham akhirat.
Alamak, kenapa tak blh masukkan gambar pulak ni. huhuhuuu....
09 January 2013
16 November 2011
Masih begini
Oh, kesiannya kat blog saya ni. tak der entry baru lansung. tu la, org ada blog, ko nak ada blog. huhuhuhuuu....
hati saya masih tak stabil. susah nak cakap. apa2 yg saya buat rasa tak happy jer. tengok blog org hilang sikit tension ni. nak update blog sendiri rasa berat. tak tau sampai bila berterusan.
saja nak luah sikit2 kat blog ni perasaan saya masa dan ketika ni. kot2 nnti bila bahagia datang semula, belek tarikh, bln, thn saya buat entry ni, akan ingatkan kenangan pahit yg pernah berlaku kat saya dan akan saya kenang sampai bila2.
setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi di dalamnya. ;)

Label:
apa-apa aje
18 October 2011
Gambar anak
Wah, lama rasa tak update citer baru, emmmmm,
mood tgh tak elok malas nak corat coret kat blog ni, kang tak pasal2 mcm2 ayat tak blh blah terkeluar kat sini, haruuuu...
tak der apa2 citer sgt, nak tempek gambar anak2 jer. tak meriah la blog kalo tak der gambar banyak2, kan. pegi jogging ari minggu baru ni, kat taman layang2 kepong. best.

apasal abang aqil naik basikal pink tu, heheheee...
seronok sbb dapat main kat taman. suka sgt korang ek.
adik ariq yg tak leh berenggang ngan ultramannya. tak nak letak lansung, takut org ambil katanya. haaaa.
bila petang kita jln2 tempat lain pulak, hah nak cari gaduh la tuh. grrrrr.
adik ariq gosok gigi tak tu. eeeee.
kakak efa yg suka buat muka 'cantik'. 'cantik' nyaaaaa kakak oii.
katanya nak letak gambar anak2 jer kan. hhehehe....
Label:
anak
11 October 2011
Keadaan Hari Kiamat
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad
Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat❞.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
①Sedekah/amal jariahnya.
②Doa anak²nya yang soleh.
③Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

kongsi
Khasiat Madu Lebah
menarik bagi saya, kena simpan kat blog, nnti senang nak buat rujukan, kan.
oleh Enco Encho
Antara mukjizat Al-Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran,
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” [Surat An Nahl ayat 68-69 di mana ]
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Di bawah disenaraikan beberapa khasiat madu lebah.
BAYI/KANAK-KANAK
- Menyembuh dengan segera cirit-birit.
- Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
- Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak
WANITA:
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
LELAKI:
- Menguatkan tenaga batin.
- Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
- Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
IBU MENGANDUNG
- Menambahkan tenaga utk ketahanan diri semasa mengandung & semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
- Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
ANAK DALAM KANDUNGAN
- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
- Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
- Mengelak dari kembung perut bayi.
- Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
- dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
- Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
- Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
- Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
UNTUK SEMUA:
- Baik untuk perempuan bersalin.
- Memulihkan penyakit berpanjangan.
- Kurangkan kesakitan bila datang haid.
- Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- Membantu/menerangkan pemandangan.
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
- Memulihkan batuk dan lelah.Menghindarkan badan letih dan lesu.
CARA MENGGUNAKANNYA
- Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
- Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
- Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
- Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
- Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
- Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
- Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
- Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.(Berhati-hati jangan tersedak)
- Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
PERHATIAN!
- Jauhkan dari litar elektrik.
- Jangan disimpan dalam peti sejuk.
- Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
- Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
- Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
- Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak. Madu ialah “Miracle Antibiotik”.
Label:
kongsi
10 October 2011
♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥:
la ni, mood mmg ke laut, nak update cerita2 sendiri tak der semangat, cuma nak kopi paste artikel2 yg berkaitan kat sini, bila baca, hati rasa tenang. hhuhuhuhuuuuu....
by rizalrazul
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL. Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan saya. |
Label:
kongsi
04 October 2011
JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
Saya panjangkan emel yg saya dapat tadi.

UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka
sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan
terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu
banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
pas ni kalo sakit sikit2 tu bolehlah cuba cari alternatif lain utk berubat. tak nafikan keberkesanan ubat2 yg ada kat pasaran, tapi kesan masa panjang tu kita takut tu. kasihan kat badan kita, dari sakit sikit2 jadi sakit lain pulak. ayat kat bawah ni saya dapat dari buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT (Dato' Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid).
Doa dan amalan untuk mengatasi sakit kepala.

"Dengan nama Allah sebaik-baik nama. Dengan nama Allah Tuhan bumi dan langit. Dengan nama Allah yang nama-Nya membawa berkat dan menjadi penawar. Dengan nama Allah yang tidak akan memudaratkan bersama nama-Nya sesuatu yang di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
InsyaAllah, usaha ni macam2 cara, tok leh cara tu cuba cara lain lak. mana tau salah satu yg kita cuba tu berkesan, kan. ;)
Label:
kongsi
26 September 2011
Hari ni terasa sangat jiwang ............
Copy paste dari blog ni untuk saya baca bila rasa ........
~ Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
~ Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
~ Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
~ Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
~ Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
~ Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
~ Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
~ Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
~ Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
~ Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
~ Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
~ Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
~ Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
~ Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
~ Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
~ Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
~ Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
~ Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
~ Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
~ Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
~ Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
~ Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Indahnya CINTA bagi mereka yang tahu menghargainya.
Indahnya CINTA bagi mereka yang tahu menghargainya.
Label:
kongsi
21 September 2011
Buat apa kat PUDU??????
Ni ha, temankan kawan beli barang2 utk jamuan raya jabatan jumaat niiii.
sapa yg tak kenal pudu kan, terkenal dikalangan peniaga. kita yg tak beniaga pun blh beli gak, tapi kena beli banyak2 la, kalo nak beli sikit2 tu harga ok lg, masih murah dari kedai2 kat tempat kita, tapi tak blh banyak kurang la. adoyaaaiiii. situ memang manyak mulah woo, terpegun sekejapan sbb baru first time pegi n kenal tempat tu. terikut dialog johan lak sbb tengok edisi khas smalam. hehehehe.....
ok la, mesti tertunggu-tunggu nak tengok gambar kan. saya pergi sana tumpu kat tempat jual pinggan polistrin jer. keluar pun dlm waktu pejabat kan, haruslah kena cepat2. cerita pun kena cepat2. ok. heheh...

Pudu yang 'indah'. huhuhhuuu....
ni la kedai yg kawan saya pegi, mula2 pegi kedai yg besar yg pada mata kasar banyak barang, tapi tu la indah khabar dari rupa, harga ok la tapi tak blh nak kurang langsung, dah la nak tak nak jer layan kita, mcm la kita ni ambik barang free, terus pegi tempat ni, lagi best sbb barangnya sama jer, tapi harga mmg terbaik!
"apek nak mangkuk ni 1300 yer".
kedainya sempit jer, tapi nak yg jenis mana mesti ada punya laaa.
antara barang yg ada kat kedai tu.
ni la barang yg dicari.
yg nak kenal pasar pudu
juga pasar pudu
yg menarik perhatian saya. siap ada jual mainan kereta kontrol dlm van lagi, tokeynya tak kuasa nak sewa kedai bagai ker, atau barang tu yg haram ker, atau mmg kat pudu pesen jual mcm ni ker. kenapa eik???
yg saya tau mamak jual rojak tepi jln biasa la bukak kedai dlm van ni. kan kan.
lagi tempat menarik di situ. bagi penggemar bela ikan akuarium. mesti tau tempat ni kan. wahh suka sgt tengok ikan2 kat sini, murah gilerrrr.
yg dah siap bungkus.
6 ringgit ada 7 ringgit ada, macam2 harga. siap blh mintak kurang lagi. bukan sekor jer dlm tu, banyak ekor. mcm2 jenis. jenis2 ikan? errrr saya tak kenal ikan2 bela ni, suami jer yg suka beli. saya suka tengok jer :)
ikan gapi, 7 ringgit, 10 ekor. kakak pejabat yg punya. tak senonoh betul tukang ambik gambar ni ek (saya la tu), tak menyempat buang ker plaktik kat belakang tu. huhuhuhuu....
ikan sepat, pun kakak pejabat yg punya ;)
5 ringgit, 5 ekor.
haaaaa............
yg ni baru saya punya. hajat dihati nak buat dadih ujung minggu ni. heheheheh....
100 bekas = 10 ringgit. sudu kecik, 50 batang = RM1.50
murah tak murah tak. murah kan. ;))
itu saja laporan saya utk kali ni.
:)
Label:
apa-apa aje
15 September 2011
Jamuan, Jamuan, Jamuan, Jamuan, Jamuaaaaannnnn.......
Duk KL ni, katanya sebulan sambut hari raya,
bila hari kerja hari2 ada jamuan raya kat opis, tak bahagian tu, bahagian ni, tak jabatan tu, jabatan ni, tak kementerian tu kementerian ni.
bila hari minggu pulak jamuan raya kat umah sedara atau umah kawan2 pulak. tak umah jiran tu umah jiran ni, umah kawan sendiri, umah kawan suami, umah adik beradik, umah sepupu sepapat.
betul la kan bln syawal ni jamuan, jamuan, jamuan, jamuan, jamuaaaaaannnn jer.....
hai dah rezeki, tak baik ditolak kaedahnyakan.
yg nak cerita ni Jamuan Hari Raya kat taska anak jeeerrrrrr.
baru sat tadi. seronok tengok anak2 hepi. kemain hepi bila mak ayah pun ada skali. :) layan gambar jek la eik. kenyang sgt ni. buntu nak karang cerita. huhuhuuuu.....
abang aqil yg hepi sgt bila ummi ngan abah dah sampai.
si abah yg sibuk melayan.
kakak efa ngan rin.
ngan cikgu ani.
abang aqil ngan hakimi. sopannya anak aku ni makan yer. huhuhuuuu....
kakak efa ngan cikgu umi
suasana hari raya di taska dbkl kampung baharu.
bestnye esok cuti.
Selamat Ulang Tahun Malaysia.
;-)
Label:
anak
Subscribe to:
Posts (Atom)